KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan

13 Julai 2012

Farewell @ Restoran Sri Ayutthaya

Sempena farewell Nurzali & Edynoor, bos ajak lunch kat Sri Ayutthaya Restoran di Wangsa Maju. Bersebelahan Carrefor Wangsa Maju. Pertama kali saya kesana.
 

Wajah terbaru saya selepas 2 bulan menyorok dari kamera. 
Nampak temban kan? Mana tak asyik makan + tido jek....:)
Bersama Kak Wani sempena farewell 2 orang bos saya yang akan meninggalkan kami.
 

Senyum...tak perlu kata apa-apa...

Bos yang akan meninggalkan HSK setelah hampir 4 tahun berkhidmat di Tetuan Hisham, Sobri & Kadir. Kitaorang selalu panggil dia Faizal Tahir sebab dia memang minat giler ngan FT.

NZT & Kerul....gambar terakhir...


 First time makan lobster...harga pun sebesar lobter tu jugak :)


 Kami amik set yang bernilai RM700.00


Mula-mula masuk ingatkan pekerja adalah orang Thailand. Rupa-rupanya waitress dia tu orang Indon. Terasa kat Bandung plak..hahahahah...
Bos bersiap sedia nak bayar :)


Orang yang akan meninggalkan kami jugak, Edynoor. Pun dah lama berkhimat. Sejak jadi chambering sampailah jadi lawyer yang disegani.Pasti opis kami akan sunyi lepas ni tanpa salam dia yang panjang berjela tu....huhuhuhu...

Apapun..kami berharap agar Zali & Edy akan berjaya diluar sana. Kalau masyukkkk...jangan lupa belanjer kami kat sini lagik..hehehehe...

30 April 2012

Selera Jepun

Hari terakhir di bulan April. Bulan penuh makna.
 
Minggu lepas jalan-jalan kat One Utama. Sebab utama nak pergi JJ. Bukan nak beli apapun..saje jalan-jalan ngan Encik Suami.

Perut lapar. Kami singgah food court JJ. Lihat Japan Bento (Nasi berlauk)...macam berkenan jek. Memang saya bukanlah fanatik masakan jepun..tapi kalau Teppanyanki memang saya suka. Sekarang ni susah nak dapat tukang masak yang hensem kat Teppanyanki. Bukan saya yang kata ek...Encik Suami yang kata. Kalau saya ajak makan kat Teppanyanki, mesti dia nak tengok tukang masak dulu samada ensem ke idak. Yelaa...sekarang ni bukan orang kita yang masak tapi kebanyakkannya orang asing.

Disebabkan mood Jepun sudah mari. Saya pilih Saba Mackeral Don

 
Kalau letak sambal tumis lagi sodapp...hehehehehe...Sebenarnya dulu saya penah masak MACKEREL nie...tapi versi melayulah...bukan versi Jepun. Kali dah berlegar-legar dlm otak nak masak apa plak T__T

"Gendang gendut tali kecapi
Sudah kenyang senang hati"
 
 My syiling Machine

Pertama kali lihat ada mesin syiling nie. Ingatkan mesin syiling bank. Rupa-rupanya kalau korang terlalu banyak syiling then korang nak beli barang kat JJ korang tak payah bawak duit kertas. Korek jek duit tabung anak korang then tukar ngan voucher JJ. Terus boleh shopping. Duit tabung anak korang tu jangan lupa ganti plak ngan duit kertas korang tau.

Dalam otakpun dah berlegar-legar nak buat apa ngan syiling yang berlambak kat umah tu. Kalaulah semua shopping mall ada mesin syiling ni..alangkah bahagianya....

13 April 2012

Celebrate @ Restoran Sari Ratu

 A good boss makes his men realize they have more ability than they think they have so that they consistently do better work than they thought they could
~Charles Erwin Wilson~

Murah rezeki kami semalam. Usai makan kek, bos ajak makan lunch kat Restoran Sari Ratu plak. Kat opis saya ni sedang glamer masakan dari Padang tu. Dekat jek. Berhadapan dengan Pertama Complex, bersebelahan Houz.

Walhal, baru jek sebut-sebut ngan budak chambering, Fathihah..asyik teringat-ingat air durian belanda kat situ. Orang tua kata, masin mulut sebab jadi kenyataan. Alhamdulillah.
4 kuntum bunga yang kembang di taman...hehehehehe..ni jelah kaum hawa kat department saya :)
Sebahagian staff & our lawyers yang macho (~_^)

Yes!!Inilah air kegemaran saya setiap kali bos belanjer kat Sari Ratu
Air Durian Belanda. 
Sangat awesome!

Terima kasih buat bos HHA yang belanjer kami. Tahun depan belanjer lagi ek!

29 Mac 2012

Aroma Ikan Bakar lagik..

Ini lagi entri terpendam. Disimpan lama. Akhirnya dikeluarkan jugak. 

Beberapa minggu yang lepas, kami berjaya menge'paw' Abah kami selepas dapat duit RM500 itu. Jahatkan kami? Ngeh..ngeh..ngeh..kami tak paw Abah kami cuma dengan rela hati nak belanjer T__T

Kat area Sungai Buloh tu..ikan bakar yang femes amous kat Jeram ataupun kat Muara, Klang. Cuma yang lebih dekat dihati kami hanya di Jeram. Kami ke Aroma Ikan Bakar buat kali kedua.
 
Makanan yang kami tempah. Sudah tidak berapa sedap atau tekak kami yang tak sedap...huhuhu
 Tengok gambar ni baru perasan..muka dorang sini sama...ngeh!ngeh!ngeh! Sengalll tol mak dorang nikan..
2 orang budak nencem lagi happening....boleh pening Mamalong tau :)
My Nyawa:)
Adik Buncit & Adik Tengah 
 Bersama Bapak :)
 Danial wif Poksu....
My Girl :)
 My Encem :)
Permata hati keluarga saya. Baru anak 4 orang + sorang lagi...mesti dah jadi macam 20 orang...kekekekeke...

Actually, kat Aroma Ikan Bakar ni dah ada pondok-pondok buluh ataupun saung. Jenuhlah menunggu giliran sebab Adik Buncit nak jugak duduk dalam pondok buluh tu...

Servis malam tu amatlah tidak menyeronokkan. Nak mintak air masak..punyakah payah.

Saya rasa..tokey kedai patut bawak staff-staff dia melawat ke Bandar D'Jakarta, Ancol. Tengok cara mereka bekerja. Sebab kat sana seramai manapun customer..dorang akan jaga hati kita. Tempat menunggu disediakan..takdelah kita tercangang-cangang terutama mak bapak kita kan..letihlah nak diri lelamer.

Kalau ada peti cadangan..mesti panjang lebar cadangan saya untuk tokey Aroma Ikan Bakar ni. Sorry to says lah tokey..bukan nak kondemkan kedai anda. Port dah cantik..siap ada sesaung bebagai..tapi kalau servis lembap orang akan marah. So..kenalah jaga hati pelanggan ek. Sekian.

Tambahan : Tema purple + hijau memang dah rancang. Kami satu family memang suker bertema-tema gitu...tu semua idea Adik Tengah saya.

27 Februari 2012

Dinner lagik @ Bandar D'Jakarta

Dinner malam kedua...

Malam ni baru Big Bos No. 1 sampai. Semua tertib. Tak boleh huha..huha..sangat. Ngeh!Ngeh!

 Bincang-bincang nak makan apa plak malam ni..
Inilah Big Bos No. 1 kami..dan saya merangkap Tukang Jaga dia kat opis...
Si Tukang Penjaga Bos :)
 
 
18 Februari tu befday Big Bos No. 2 kami:) kat situ boleh request nyanyi lagu befday then dorang akan bagi bunga api. Memang syok..
Tengok! Bos sedang terkejut..memang dia takmo...tapi kami suprisekan dia dengan harapan esok boleh belanjer kain sorang sepasang...kekekekekeke..itu auta okay..
Yey! Our hero di request nyanyi lagu "Antara Anyer & Jakarta"
Inilah department saya :) Kecil tapi meriah...

* Untuk pengetahuan bahawa gambar-gambar yang saya blankkan itu adalah demi menjaga kepentingan peribadi. Mereka adalah tetamu-tetamu VVVIP yang mengikut kami berlibur.


08 November 2011

JJCM @ Kluang Station

Sambungan lepas meronda One Utama, perut berkeroncong. Disebabkan Encik Suami dapat "B"so kami boleh suruh dia belanjer makanlah. nampak Kluang Station..kami singgah makan kat situ.

Balqis memang suka jenis kopitiam ni sebab makanan feveret dia ada kat situ.

Pilih apa yang nak makan...Babah belanjer..Ngeh!Ngeh!
My Chenta Hati :)
Muka tak sabar tunggu makanan...
Nasi Lemak Buah Bidara :) feveret Balqis.
Pesanan saya :) Diet!
Makan dah tak toleh kiri kanan..
Qayyum makan Chicken Wing..
Kiter ngeteh dulu!
tak sah! kalau takder 2 orang tue nih....

Alin Marlini : memang tak reti bab amik gambar makanan..

02 November 2011

Makan Dengan Percuma @ Dapur Ayam Penyet

Semalam makan free..bos banjer...

Tengahari tadi pun Makan Dengan Percuma lagik kat Dapur Ayam Penyet @ Maju Junction. Alhamdulillah. Hari-hari orang belanjer kan baguss....(^_^)

Biasalah...awal-awal bulan powlah rakan kongsi dan peguam-peguam. Semoga rezeki mereka lebih murah. Boleh share ngan kami. Ngeh!

~Bawal Bakar~

Hanya gambar makanan yang di pesan oleh saya je sempat snap. Perasaan Malu! Sebab makan ngan rakan kongsi & peguam.

Alin Marlini : Rindu :) Ikan Gurame Bakar di KAMPUNG DAUN

23 Ogos 2011

Iftar Di De Palma

Sabtu lepas saya...Iftar di Hotel De Palma

Memang 2-3 tahun kebelakangan nie..setiap kali Ramadhan..keluarga saya akan makan besar.

Tahun ni kami ke Hotel De Palma untuk kali ke 2. Itupun sebab ada kenalan yang bertugas disana..leh dapat diskaun...hehehehehe..Sangat Suker!
Dan untuk tahun 2011 ni jugak..makin bertambah yang join iftar bersama kami. Orang itu adalah orang yang bagi diskaun pada kami...hehehehe..Lagi Suker!

 Mak dan Abah tersayang saya...


Baru nak posing-posing manja..ada jek orang dengki....:)
 My Baby....
 Adik-beradik + kakak sepupu..memang tiap2 tahun dia join...
 Adik Tengah saya...kali nie dia dan 2 hero2 jek..Adik Ipar kesayangan saya tak dapat ikut sebab sedang bertugas di Sabah...kesiannnnn....takde orang nak sponsor....

Banyak sangat pilihan sampai tak terpilih..tulah ruginya bawak insan seperti saya...makan tak seberapa...perut kecik...

 Balqis n Siti...anak buah saya...


My sweet Girls.....sweetlah sangat...poyo je lebih....


Gambar kat halaman rumah bersama mak tersayang...



Bersama anak-anak orang yang bagi diskaun...hehehehehe...Kak Long & Shira..
Bulan Ramadhan nie kita kena berjimat cermat...jangan membazir. 

Betul tu....ada orang kata mahal...buatper membazir...Tapi konsep saya..sepanjang tahun bekerja keras..apalah salahnya belanjer sikit untuk diri sendiri + keluarga..lagipun untuk makan bukan membazir ke arah lain...

Untuk tahun depan plak..adik-adik saya cadangkan tempat yang mahal sikit....???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...