KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label KL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL. Papar semua catatan

16 Ogos 2011

Berbuka Puasa @ KLCC

Salam Ramadhan ke 16...
Sepertimana kebiasaan bulan Ramadhan..Big Bos akan belanjer berbuka puasa. Tempat? Biar kami yang pilih..hehehehe...

Jadi...kami memilih untuk ke KLCC..













Kenyang Perut Suka Hati
Kalau Sudi Tahun Depan Belanjerlah Lagi..


Alin Marlini : Disini saya memohon maaf atas fadhilat yang saya postkan setiap hari di Bulan Ramadhan. Ada yang menegur saya bahawa fadhilat itu adalah fadhilat yang tidak sahih. Maafkan atas kekhilafan saya. Terima kasih atas teguran anda. Apa yang penting kita sama-sama tahu bahawa bulan Ramadhan ini penuh keberkatan.

10 Jun 2011

Mr Mama 2

Tak habih citer lagi sebenarnya tentang Mr Mama saya ni....

Encik Suami saya ni jenis suka follow apa kata hati anak-anak..tapi dalam bab-bab tertentu jek...Kalau saya pulak..saya jenis yang agak tegas sikit. Itu tak boleh...Ini tak boleh..semua kena tapis dulu.

Bila anak-anak kata masih tak puas berjimba-jimba...Babah follow jek...


 Kata Mr Mama saya..nak bawak budak-budak ke KLCC lepas balik dari Lake Garden. Tapi arus jalan yang penuh kesesakan membataskan pergerakan dorang untuk ke KLCC. KLCC tu atas permintaan Firhan Qayyum. Lastly, Mr Mama saya bawak dorang ke KL Tower. Tak masuk pun cuma beriadah sambil lihat Hutan Simpan Bukit Nanas jek.

 Apalah Mr Mama saya nie..takder seni langsung mengetip gambar KL Tower..





Pandai Encik Suami saya bawak jenjalan anak-anak. Lihat flora & fauna jek...

Begitulah sifat Encik Suami saya. Seboleh-bolehnya dia tak akan menolak permintaan anak-anak. Asal jangan melampau. Dia kata..dulu-dulu dia tak merasa...

Bila Babah Jadi Mr Mama

Saya rasa sangat bersyukur kerana sehingga hari ini saya mendapat seorang suami yang boleh diharap.
Yang boleh saling bantu-membantu.
Yang boleh diharap ketika kita memerlukan.
Alhamdulillah.

Terima kasih buat Encik Suami saya kerana sudi jaga anak-anak ketika ketiadaan saya. Yang penting anak-anak bahagia.

Semasa saya tengah berliburan bersama Mak dan Adik tengah saya..Encik Suami merangkap Mr Mama membawa Balqis & Qayyum ke Taman Herba yang berdekatan Taman Tasik Perdana @ Lake Garden. Saya pun tak pernah jejak kesana lagi.
Lihat anak-anak saya yang dipaksa berpossing demi memenuhi kehendak Mama dorang. Melampau kan??

 Dan lagi possing maut yang dicipta oleh Babah dorang. Sangat skema kan?

Habih dari Taman Herba..taman permainanlah yang anak-anak saya suka. Mama mereka jugak pernah membawa mereka ke situ.

 Qayyum yang dipaksa berpossing. Muka tak boleh blahh!!

 Setiap sudut berpossing. Babah kata kalau tak amik gambar nanti Mama frust. Apa daaaa....

 Anak dara saya. Balqis. Semakin hari semakin membesar. Sudah dah sama tinggi dengan Mama dia tak tak tinggi2 ni..

Anak bujang saya. Qayyum. Alhamdulillah. Dengan kaki yang masih baru bertatih berjalan.. dengan dengkot2 lagi..tabah untuk cuba terus berlari-larian. Sangat kasihan anak saya yang sorang ni.

Tidak puas hari lagi hati anak-anak saya ni. Yang Babah dorang ni..time saya tak follow rajin plak pergi banyak tempat. Sangat tidak puas hati!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...