KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Sugar Spice and Everthing Nice. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sugar Spice and Everthing Nice. Papar semua catatan

10 Ogos 2012

TEH TARIK TERBAIK!


Sepanjang puasa belum pernah teguk air keruh ini. 

BAKAL PENGGANTI RAJA ULAR

Tak sangka, memang dia berani. Mak dia nak tengok pun tak lalu apatah lagi nak dililit-lilit kat leher.


Mama bangga dengan adik. Bagi se 1000 pun Mama lari jauh-jauh. Qayyum langsung tak geli. Sepanjang hari sibuk suruh tinggalkan duit sebab nak amik gambar ngan ular. Adakah Qayyum bakal Raja Ular? Hehehehe...

09 Ogos 2012

JAWAPAN....

Salam Khamis teman-teman. Semoga kalian sihat hendaknya. Semoga murah rezeki kalian.

Berkenaan ENTRI SEMALAM memang berpinau mata mencari kan? Maklumlah gambar zaman dahulu kala (^__^)

Gambar tu masa saya Tingkat 2 tahun 1993. Muka semua tahap suci jek. Kekekeke....

Nak tahu mana satu saya???Meh saya tunjuk wajah saya yang manis-manis ayu tu...hehehehehe...

Ngeh!Ngeh! Peneka yang tepat adalah ATUK YANG HENSEM & KAK EYNDA YANG GORJES.

Kepada MOHD FAZLI a.k.a ABANG...memanglah ko tau sebab ko satu kelas ngan aku kan...ngeh!ngeh!

Rindunya zaman ni. Rindu kawan-kawan semua. 


06 Ogos 2012

Ikan Todak Boleh Makan Ke?

Permintaan pelik anak saya, Firhan Qayyum.

"Mama, adik nak makan ikan Todak boleh tak? Mama belilah". pinta Qayyum.

"Allahuakbar..manalah Mama nak cari ikan Todak dik". Nak tergelak pun ada. Kalau puasa, macam-macam yang dia mintak.

Dan paling sadis, kami tidak di benarkan menonton rancangan masak-masak sebab katanya nanti dia jadi lapar.

Ikan Todak boleh makan ke? Kat manalah nak cari? Kata Cousin saya yang kat Sabah tu...kat sana ada. Nanti Mama suruh Pakngah carikan ye sayang...

Alin Marlini : Salam Nuzul Quran. Baru masuk juz 2...hehehehehe...

03 Ogos 2012

Aku Yang Berdosa

Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh pada..Mu
segalanya dusta
gelap menggaburi ku
Ya Allah, apa yang bisa
ku tebus kepadamu
atas dosaku

Bait-bait lagu ini memang ada kena mengena dengan setiap manusia. Saya mengaku. Saya sedar. Dan saya sedang berubah. Ringkas tapi padat. Penuh makna. 


02 Ogos 2012

Ganti Puasa

Sudah 3 hari Qayyum tak boleh berpuasa. Akibat muntah dan cirit birit. Pada mulanya dia tetap nak berpuasa tapi nenek kata tak payahlah nanti mudarat diri. Qayyum tak makan pun cuma minum air jek. Sudahlah badan kurus sekarang ni lagilah kurus kering.

Malam tadi...

"Mama, dah 3 hari Adik tak puasa" rintih Qayyum.

"Takpelah. Bukan sengaja. Adikkan tak sihat." pujuk Mama.

"Nanti Mama suruhlah kakak gantikan puasa untuk Adik"

Saya nak tergelak tapi still cover line. Tak sia-sia modal saya bercerita tentang Puasa ini. Terserap dalam sanubari dia. Alhamdulillah.

Dan saya terangkan bahawa Adik tidak perlu mengganti puasa Adik sebab adik masih kecil dan belum baligh (betulkan saya jika saya salah ek). Tapi saya tak cakap bab baligh tu...jap gi nak cerita jenuh nak bagi dia faham sebab selagi dia faham selagi tulah dia bertanya. Sampai masa saya akan terangkan apa erti baligh itu.

01 Ogos 2012

Kereta Warna Merah

Dihari jumaat minggu lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Di jalan raya di Sungai Buloh, Selangor. Kelihatan kereta merah menyala membahang di jalan raya itu. Semua mata tertumpu pada kereta itu sebab itu kereta luar biasa. Tiba-tiba dalam hati rasa bangga bila lihat pemandu tersebut. Bangga dengan bangsa sendiri. Bangga lagi pabila pemandu itu memakai baju melayu. 

Orang sedaerah saya mampu pakai kereta merah itu. Tentu bagus perniagaan dia. Kereta merah itu adalah kereta idaman Firhan Qayyum. Kalau tanya, kereta apa Adik nak beli bila besar nanti. Pasti jawapannya kereta merah itu. Besar sungguh harapan anak saya yang sorang tu. Kalau Babah Adik banyak duit, tak payah tunggu besar. Sekarang pun boleh beli. Ngeh!Ngeh!Ngeh!Doa saya semoga impian anak saya yang sorang ni akan tercapai.  

Nak tau kereta apa?






Kereta merah inilah kereta impian Firhan Qayyum. Kerja sampai hujung nyawa pun takkan dapat. Tapi itu semua kerja Allah. Selagi Dia di hati kita, apapun akan tercapai. InsyaAllah.

30 Julai 2012

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..di hari ke 10 kita berpuasa, Allah telah limpahkan rezekiNya pada saya. Amat bersyukur dengan nikmatnya. Setiap kegagalan pasti ada kejayaan. Setiap kesabaran pasti ada hikmahnya.

Terima Kasih Allah di atas rezekiMu ini. Semoga anda dimurahkan rezeki jugak :)

 

27 Julai 2012

Buat Anak-Anak

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
~Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :-
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Sekadar berkongsi rasa. 
Yang benar,
Mama
 


26 Julai 2012

Tumpang Twitter


Ada ke patut nak tumpang twitter kita? Haruslah tak patut. Twitter kita..kita punyalah. Mana boleh share.

Sekian.

Somebody That I Used Know

Jujurnya. Saya tak berapa suka lagu ni. Lagu ala-ala disco zaman Hail Amir. Hehehehehe....
Muzik yang menyakitkan hati tapi bestttt.....

Somebody That I Used Know - Gotye

Sibuk Masak

Bila puasa semua orang bos bagi pulang awal. Saya masuk kerja pukul 8.30, rehat 0.30 minit & balik 4.30. Bahagiakan kalau hari-hari begitu. 

Orang lain sibuk bekejar pulang ke rumah untuk masak bebagai. Saya pulang lenggang kangkong jek. Sebab. Mak dah masak. Hehehehehehe. Kejam kau wahai anak.

Mak saya biasa masak awal. Pukul 4.30 dah start prepare bahan-bahan masak. Pukul 5 start masak. Pukul 6 semua dah siap.

Saya sampai rumah 5.30. Mak dah habis masak. Suka hati. Mandi-mandi. Siap-siap. Tidur-tidur ayam kejap. Celik mata dah buka puasa. Bahagiakan!

Mak. Terima kasih kerana sudi masakkan lauk sedap-sedap untuk kami. Kenyang perut kami. Berkat mak masak.

Korang mesti masak lauk sedap-sedapkan? Saya masak mungkin di hujung minggu sahaja.

17 Julai 2012

Majlis Berendoi Raihana Al-Zahra & Kenduri Tolak Bala

Awal bulan 5 ritu Adik Kecik saya buat kenduri berendoi anak dia si Sepet tu....Abah saya buat kenduri tahlil dan tolak bala untuk saya dan suami jugak. Mak yang suruh. Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan buat kami sekeluarga. Amin.

Saya memang takde mood sebab kaki masih belum pulih sepenuhnya. Tak boleh berdiri lama-lama. Luka belum kering sepenuhnya. Hanya mampu duduk dan memerhati jek.

Oleh yang demikian, jangan tanya dimana saya...cuma 2 keping gambar saya jek.

Untuk bercantik-cantik semestinya tiada mood.


Geng Marhaban Kg Paya Jaras Dalam. Untuk tempahan, sila hubungi saya ek :)


 Group ke 2. Tak muat kat depan...ramai beb...alhamdulilah..


Sesi memotong jambul Zara. Nasib baik si Sepet ni tertib jek...good girl (^_^)


Sesi salam kaut...hehehehehe. Memang tradisi orang Melayu..bila ziarah baby mesti sedekah duit. Orang kata berkat nanti murah rezeki.
 

 Serupa tak :) Murni Jr.

Gambar eksyen je tu....

Alhamdulillah...majlis berjalan lancar. Kepada yang sudi datang, terima kasih. Yang tidak dapat datang, tidak mengapa. Yang tidak dijemput, maafkan saya.

10 Julai 2012

BFF saya dah kahwin

Peristiwa ini berlaku sebelum saya kemalangan. Dah simpan dalam draft tapi belum di postkan.

Tahniah Mior & Aishah. So sweet you all. Rasa nak nangis tengok korang di pelaminan.

Korang mesti ingat jejaka nikan? Alah....yang kami teman sampai ke malam tu masa kat Jakarta cari gift kahwin dia ritu. Lepas ni dah takde sapa yang nak tolong angkat plastik kain baju kami kalau kami shopping di sana lagik. Sobs!sobs! Serius sedih.

Sedih sebab bukan sahaja dia kahwin tapi dia akan meninggalkan saya kami di HSK ni. Yang lebih terasa department saya. Masakan tidak, dia adalah bos, staff dan kawan yang saya sayang. Diantara peguam yang rapat ngan saya. Yang selalu defend saya. Yang selalu MOB saya. Yang selalu tolong saya. Yang selalu payungkan saya. Dari dia jadi chambering sampai jadi lawyer...saya setia menjaga dia. Menjadi seorang kawan dalam masa suka dan duka. 

Ye...memang saya suka berkawan rapat ngan lelaki sebab lelaki lebih memahami wanita. Tapi rapat kami adalah antara staff dan peguam dan antara sahabat.

Saya gembira dia bertemu jodoh dengan gadis idaman yang dapat menggantikan hatinya yang pernah lara suatu ketika dahulu. Saya gembira kerana dia juga gembira.
 The Ladies of CMLT General Dept :)
Aku doakan semoga kau bahagia hingga akhir hayat, Mior sebab ko berhak mendapatkannya. Jaga Aishah baik-baik tau :)

Aku doakan semoga ko berjaya di luar sana. Dah kayo jangan lupa aku plak.

Aku doakan jugak semoga impian ko nak jadi MB Perak jugak akan tercapai. Dah jadi Datuk..jangan lupa sponsor buka kedai kek aku ek!

Aku doakan supaya ko dan Aishah dapat anak yang comel. Jangan lupa bagitau aku berita gembira itu tau.

Selamat Tinggal my Best Friend Forever (BFF) :(

02 Julai 2012

Tips Merawat Luka Kemalangan

Bukan senang nak rawat luka ni lebih-lebih lagi kat kaki. Nampak macam sikit jek lukanya tapi subhanallah...bukan main payah nak elok. Nak kata saya tak berpantang makan, memang saya pantang.

Saya selalu mencari info. Kalau jumpa ubat yang boleh keringkan luka..saya akan sms Encik Suami suruh beli. Apa yang orang bagi cadangan..saya follow.
Nilah di antara ubat-ubat yang saya cuba untuk luka saya. Menzza dan Fucidin tu ubat klinik. Dekat sebulan pakai tak kering-kering gak luka.

Lukano tu beli kat House Of Healin. Dah guna sejak Qayyum kemalangan lagik. Dan korang boleh gunakan untuk jerawat jugak. Cepat kecut.

Tips :

1. Jangan letak ubat kuning sebab nanti luka lagi lambat baik. Saya guna sebab dah klinik tu bagi. Bila pergi klinik lain, doktor tu tak galakkan guna ubat kuning sebab nanti luka tak cantik.

2. Kalau korang nak dressing, lebih baik pi dressing kat klinik @ hospital. Bukan apa, kalau dicuci oleh nurse @ doktor..sure korang tak ngada-ngada dari dicuci oleh Encik Suami kan? Lagipun dorang cuci sebersih-bersihnya.

3. Mintak antibiotik paling mahal supaya luka korang cepat sembuh.

4. Untuk keringkan luka, korang boleh gunakan Belerang Kuning (gambar kat atas tu). Korang tumbuk bagi halus dan taburkan kat luka korang. InsyaAllah cepat kering. Saya dah guna dekat 3 minggu...memang luka kering tapi kulit yang keras tu masih tak tercabut lagi.





26 Jun 2012

Malang Tidak Berbau

Ramai yang terkejut dan ramai yang bertanya "Teruk sangatkah saya sampai tak boleh berjalan?"

Okay..mari saya tunjukkan kecederaan yang saya alami. Sila Jangan Jerit OK! Baca dalam diam ek..

Hari kejadian. Mungkin disebabkan terseret di jalan raya..kaki saya jadi putih tanpa darah. 2-3 minit kemudian terus darah mengalir dan masa tu saya steady menahan kepedihan dan ketakutan. Nak keluar air mata pun tak terkeluar. Orang ramai dah mula serbu kami. Terima kasih atas keperihatian rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dorang tunggu kami sampai adik ipar saya sampai.
Niler rupernyer bila bukak bandage. Pakai bandage lagi sakit dan kaki jadi bengkak plak. Lagi satu saya nak komplen staff Pusrawi Kota Damansara. Maybe dorang ni tak terlatih. Cuci pun alakadar jek. Tapi dah sakit nak buat camner kan..tadah jelah.
Lepas 3 hari kejadian, kaki saya jadi bengkak. Luka jadi putih..dan saya terus tak boleh berpijak di bumi yang nyata. Sakitnya...hanya Allah yang tahu.

Doktor suggest supaya letak bantal bawah kaki supaya melancarkan peredaran darah. Dan ingat, bantal kena tinggi dari aras pinggang anda. Alhamdulillah...lepas 2-3 hari..kaki saya mula ok.. tapi still tak boleh berjalan.

Dah dekat sebulan, luka masih tak kering-kering lagi. Dah macam-macam ubat try. Still tak jalan jugak.

Jumpa doktor lagi...doktor buat dressing. Saya puji staff dan doktor Pusrawi Sg Buloh plak. Dorang sental kaki saya slowly jek. Siap tanya sakit ke idak. Doktor tukar antibiotik yang mahal sikit (tak ingat nama apa). 1 biji RM8.00.

Lepas tukar antibiotik, kaki okay sikit ..dah boleh pijak tanah walaupun dengkot-dengkot. Alhamdulillah. Sebenarnya, saya jadi takut sebab doktor kata kalau lagi 2 hari tak elok2 jugak..kena refer doktor orto plak. Siang malam doa supaya kaki cepat jalan. 

Terus terang..saya memang seorang yang penakut dengan kesakitan. Sangat..sangat..tak sanggup nak mengharungi semua itu. Tapi Allah Maha Kaya. Allah uji saya supaya lebih kuat. Saya diuji dengan kemalangan yang berlaku pada Qayyum. Alhamdulillah, walaupun perit menerima kenyataan tapi saya semakin bertahan. Dan kali ini ujian kedua buat saya sendiri. Allah mahu saya lebih kuat barangkali. Kuat menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku di hari kemudian. Memang saya siang malam menangis jek. Saya merungut dalam hati..kenapa Allah beri ujian sebegini? Saya tidak berdaya sebenarnya..tapi bila Allah beri kita kesakitan..sebenarnya itulah penghapus dosa kita. Sebenarnya ada hikmah disebalik keperitan. Sebagai manusia, terlalu banyak dosa saya. Bila sakit baru kita ingat Allah. Bila sihat, seringkali kita kejap ingat kejap terlupa Allah kan? Saya sedar semua itu..dan dengan ujian yang diberikan jugak, saya lebih dekat dengan Allah. Itulah hikmahnya.

   

22 Mei 2012

Rejab Kembali

Salam 1 Rejab buat semua. Semoga kehadiran bulan Rejab ini memberi impak maksima buat kehidupan kita. Semoga apa yang didoakan akan dimakbulkan.

17 Mei 2012

Minggu Yang Kusam :(

Assalamualaikum kawan-kawan saya. Semoga kalian sihat dan dilindungi dari sebarang penyakit. Semoga rezeki kalian sentiasa murah.

Hampir seminggu tidak ke udara di ruang legar blog ini. Macam-macam cerita terkumpul.

Saya tidak berapa sihat jadi saya tidak mempunyai aura dan mood untuk berblogwalking. Tekak saya kering. Tekak saya perit. Asyik kebatukkan melampau sampai senak perut. Hidung saya tersumbat. Saya tidak suka berkeadaan sebegini. Bukan bermakna saya tidak redha dengan ujian Allah...cuma tidak selesa untuk semua perkara.

Saya rasa tahun ni sudah 2 kali saya dapat sakit begini. Saya masih mencari punca. Mungkin antibodi semakin kurang kot :(

Mungkin saya kurang tidak bersukan. Nak jogging kena tunggu beli kasut jogging dulu. Kena tunggu beli seluar jogging dulu. Banyak alasan yang diberi. 

Tidak sanggup melihat diri sendiri terseksa...saya buat perkara paling tidak suka iaitu jumpa doktor :) Kan dah dapat ubat berjenis-jenis. Kan dah dapat MC. Tipu okey..hehehehhee :) Air asam jawa buat pengubat suara yang garau...
Dapat Kad Hari Ibu dari Balqis & Qayyum. Nak dijadikan ceriter...sebelum saya dapat kad ni dorang baru jek kena jeritan maut dari saya sebab tak dengar kata. Tup-tup tengah sibuk kat dapur..ada kad merah jambu atas meja. Rasa nak nangis tapi cover.

"Nabi ajar agar ibu dikenang setiap hari bukan setahun sekali" #ustaz azhar idrus

Benar. Saya terpukul dengan kata-kata itu. Cuma dah terbiasa ngan bulan Mei kan.

Anyway...Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang saya kenali.
 
Saja nak tayang kukus baru beli kat Padang Besar ritu :)....hehehehehehe..sebenarnya sedang sibuk mengukus Apam Polkadot untuk tempahan. Bulan Mei ada diskaun :)
Tahun ni bagi kelainan sikit untuk sambutan Hari Guru. Selalu jenuh berlegar-legar kat kedai 2 hengget. Tahun lepas berlegar-legar kat kedai brooch CK Rahim. Tahun ni berlegar-legar kat dapur Little Voice Choc Cakes plak. Idea ini datang dari customer saya , Maimun merangkap BFF. Tempah Apam Polkadot 200 bijik untuk diagih-agihkan kepada cikgu-cikgu kesayangan. Saya pun tumpang sekaki. Harap cikgu-cikgi tak kecik hati sebab tahun ni Balqis & Qayyum bagi goodies Apam jek kat cikgu-cikgi ek.

Jasa cikgu-cikgi yang tak pernah jemu mengajar anak-anak saya, memang saya hargai...terutama cikgu Qayyum. Dari tak pandai baca sampai pandai baca dan cikgu selalu puji dia. Saya bangga. Tunggu hari ambik kad laporan saya jumpa cikgu ye :) Selamat Hari Guru buat anda yang bergelar Guru :)

Esok saya bercuti. Cuti bergilir-gilir sebab mak ngan abah ke Surabaya. Seronok katanya melawat Ladang Epal di sana. Biarlah mak ngan abah ber'honeymoon'..hehehehehehe...

Sekian.

Yang benar,
Saya :)

11 Mei 2012

Impian Mat Jenin


03 Mei 2012

DIY : Gunting Rambut sendiri

Do it yourself!

Qayyum ni memang cerewet sikit bab gunting rambut. Kadang-kadang hantar kedai gunting jek. Kedai mamak dia tak mau sebab busuk bau anei..Kedai Acheh pun kekadang tak mau sebab bau ketiak. Ada-ada jek Qayyum ni.

Last-last babah jugak jadi tukang gunting.

Rambut Qayyum sebelum gunting. Rambut dia memang cepat panjang. Bila dia dah mula garu-garu kepala tu memang wajib dipotong (sila abaikan keadaan disekeliling ek)
Begitulah aksi-aksi Firhan Qayyum ketika gunting rambut. Kalau kat kedai sopan gitew....bila Babah DIY...macam-macam ragam dia buat..
Teng!Teng!Hensem tak saya?Hehehehehehe...

Sebenarnya dari kecik-kecik dulu..memang saya nak sangat biarkan rambut dia panjang...tapi kalau terlebih panjang sikit..mulalah gatal-gatal.

Bila dah potong plak..lain plak citernyer...dia akan lebih agresif. Lebih besar akal dia....

Apapun..janji dia selesa. Terima kasih Babah sebab selamatkan duit poket :)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...