KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan

21 November 2011

Blog Alin Marlini kena removed? Gilaksss!!!

Terjelopok saya seketika tadi...

Mana idaknya...tetiba jek keluar nih...

"Blog has been removed"


Adohyaiiii....sampai hati Pakcik Google nak remove blog saya. Nak menangis sekejap tadi. Terus rasa give up nak berblogging. 

Sesungguhnya Allah tak suka orang yang mudah putus asa. Yup!!!!saya tak puas hati..saya terus berusaha mencari jalan penyelesaian..kalau tidak jiwa saya tidak tenteram nanti.

Mintak tolong kat kawan-kawan di twitter. Yang rajin layan saya CEROI & IEYLA jelah...

Sesaper pernah terjadi cam saya kena..meh try cam saya buat..

Jangan mudah gelabah @ panik..cam saya. Relaks. Search kat engine google korang. Banyak dah cara-cara mengatasinya.

Dan korang boleh follow bagaimana saya mengatasi blog yang kena remove ni..

Mula-mula pergi www.blogger.com dan login macam biasa. Akan keluar seperti dibawah..


Macam biasa..korang isikan email & password korang then sign in.


Akan keluar macam di atas. Isikan nombor telefon korang ex : 6017 xxxxxx. Google nak buat verification samada korang ni orang ke ataupun robot spammer. Pehtu klik Send Verification Code.

Akan keluar macam di bawah pulak..
Korang tunggu beberapa saat. Nanti Pakcik Google akan sms code tu kat handphone korang. Bila dapat code tu isikan kat ruang Verification Code. Klik Verify.

Then, akan keluar seperti dibawah..

Korang masukkan password korang. InsyaAllah...kalau ok..akan masuk balik ke dashboard blog korang. Dan hati berbunga-bunga semula sebab masih boleh terus berkarya.

Dan saya berjaya mencari jalan penyelesaian. Chayok!Chayok!

Terima kasih bebanyak pada IEYLA kerana berjaya mencari jalan penyelesaian di SUNAH SAKURA


13 Oktober 2011

Perabot Dari Bahan Terbuang...

Kalau dah kreatif tu...ada aje idea..tapi korang berani ke nak letak perabot ni kat umah korang?
















Cool kan?

27 September 2011

Dekorasi Untuk Hari Raya

Alangkah indahnya tinggal dirumah sendiri. Sukahati mau bangun pukul berapa. Sukahati nak pakai baju apa. Sukahati nak masak ke tak masak ke. Sukahati nak lepak mana-manapun. Tapi still tak boleh jadi tarzan. Malu nanti didengar jiran tetangga. Cuma belum masanya untuk terus tinggal di rumah sendiri. Mungkin selepas ini ..sedikit demi sedikit masa.

Bila dah rumah sendiri, berputar-putar otak mahu mendekorasikan rumah dengan citarasa sendiri. Puas belek majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur, Renovation..segala macam majalah. Idea bersepah-sepah.

Rumah saya simple jek. Banyak perabot yang belum beli. Bak kata orang 'pelan-pelan kayuh'. So, setiap bulan akan beli + kumpul + simpan satu barang untuk rumah. Tak terasa sangatkan..


Dekorasi di meja makan masa raya...


Meja + bunga + pasu..semuanya beli 3 hari sebelum raya..
Kombinasi Purple & Grey


Yey! Our theme for 2011. Purple Lavender!!Mesti BUDAK PURPLE ni suker...Langsir yang dibeli di Nilai dan dijahit oleh Adik Tengah saya. So Jimat!


Sila jangan dongak ke atas. Hips! frame tanpa gambar. Ada orang datang beraya rumah saya dan bertanya "Kenapa letak cermin nun jauh di atas? Camner nak tengok muka?"

Konsepnya...segera + jimat. Tak sempat nak cuci-cuci gambar yang sepatutnya. Dari terletak jek baik gantung terus.

Hiasan di tangga. Tak tau mana dapat idea picisan ini. Ketika berjimba-jimba di IKEA bersama Encik Suami..terlihat pasu nan putih bersih. Langsung terpikat. Lalu singgah pula ke kedai bunga yang famaous amous di Bandar Sri Damansara..terlihat bebola nan hijau..terpikat jugak. Langsung beli. Mix & Match dari tangan picisan ini.

Sekian, dekorasi rumah Alin Marlini. Jumpa lagi!

19 Mei 2011

Tutorial Macamana Nak Tukar Nickname di Yahoo Mesengger

Pagi..lama tidak ke udara..tetiba ada soalan "Macamana nak tukar nickname kat YM?" Kalau sesaper yang selalu chatting ngan aku mesti perasan aku tak letak Alin Marlini. Nickname aku Little Voice. Okey..aku nak bagi tutorial yang aku tau serba sedikitlah...

Step 1

Jika anda mengguna Yahoo Mesengger.. Sila buka akaun YM anda. Pehtu korang tulislah Yahoo ID ngan password korang. Sign in.

Step 2

  
Akan keluar camgini. Klik kat mesengger seperti ditandai merah itu. Klik "My Contact Details".

Step 3

  
Dah tu..korang tukarlah nama glamer korang tu. Cam nama glamer aku "Little Voice". Then Save & Close.
Step 5

 Mudahkan....kalau korang ada cara lain. Sila beri tunjuk ajar jugak.


25 Februari 2011

Tutorial Macamana Nak Register Heartbeat

Actually..dah lama join Heartbeat ni ....tutorial ni aku ambik dari Mama Zarfan & Anje.

Jom follow me...

2. Klik Icon Heartbeat yang dibulatkan tu..






3. Klik CREATE ACCOUNT dan isikan apa yang patut..



4. Masukkan Password Email Address pehtu klik I agree HeartBeat's Terms of service pehtu klik continue


5. Dah create account klik Join HB!Affiliate macam kotak merah bawah ni..




6. Klik Online Application (macam  yang ditunjukkan kat bawah)
pehtu isi semua maklumat yang diperlukan



7. Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang dibawah)


8. Pilih cara pembayaran yang korang suker pehtu klin continue


9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat


10. Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)



11. Copy Code2 yang anda suker (bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat (seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah bawah) .Setiap code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)



AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG



1. Pi Kat Design
2. Klik Add A Gadget


3. Klik add HTML/JAVA SCRIPT  pehtu ulang cara yang sama untuk letak ketiga2 iklan berkenaan
 

4. Last sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...




siap!!

selamat berheartbeat korang!! 

jgn kedekut utk u click me i click u, sbb HB memang based on click2 yer..ak de isu fraud click! (ayat copy dari Mama Zarfan jugak..hehehe)

katalah ada 100 orang klik kita punya banner HB..dah dapat RM4 (sapa nak bagi free2 kan)pehtu korang congak RM4 X 30 hari = takke RM120...saper lagi nak bagi FOC kan...So, korang janganlah intai blog aku ni then blah je..tolongkan aku ek..aku mau beli macam-macam ni. Jangan risau..aku akan klik2 tuk korang jugak. Promise!! Jangan lupa pulak kalau dah klik HB aku..let me know kat cbox atau entry ni..sebab aku akan balas klik2 tuk korang pulak. Dengar macam selfish kan???Tidak...kenalah tolong menolong baru berkat...:)

Alin Marlini : Sesaper nak copy & paste tutorial ni boleh ajek...tapi mintak jugak izin dari Mama Zarfan & Anje. Jangan lupa saling klik2 tau..


Khas untuk KAK ZIANA jugak...sila buat tau..

14 Januari 2011

Cara Nak Pasang Linkwithin & Ubah Ayat

Assalamualaikum...kalau u all perasan..dalam blog saya ni dah tambah 'Linkwithin'. Ianya akan lebih memudahkan u all usher2 enty2 saya yang sudah2 tu..tak payah susah cari kat Label. Pada mulanya saya pun blur2 gak..camnerlah nak buat menatang tu..tapi dengan adanya CIK TOM yang comei tu..mudah saja..kena pandai godek2 je....

Dan atas permintaan bakal jiran saya di Saujana Utama, Sg Buloh  SHIDA...saya ajarkan tutorial camner nak buat 'Linkwithin'. Camner CIK TOM ajar..camtu jugak saya follow...

Step 1

Mula-mula pi website untuk 'Linkwithin' SINI. Pehtu keluar cam di bawah ni...klik 'Get Widget'..


Step 2

Klik pada 'Install Widget'...


Klik pada 'Add Widget' plak...


Akan keluar cam di bawah ni pulak....automatik 'Linkwithin' akan berada di bahagian tepi...korang boleh drag ke bahagian di bawah catatan entri korang....senangkan....


Maka akan keluar "You might also like" @ "Anda juga mungkin meminati" cam di blog saya juga....cuma ayat jek berbeza...


Step 3

Kalau korang rasa cam tak best jek ayat  "You might also like" @ "Anda juga mungkin meminati" tu...korang leh letak ayat power korang gak....

Korang hanya TAMBAH coding kat bawah ni di depan coding yang asal tadi...


'AYAT POWER KORANG' meaning korang letak ayat korang sendiri tau..janganlah salin ayat saya tu...ngeh..ngeh..ngeh...(raser bersalah gak kalau tak bagitau...mana tau ada yang lurus bendul...)

'Linkwithin' ada keistimewaannya...mana tau pada blogger yang baru singgah blog atau blogger2 lamer yang tengah usher2 post entry lorang  pehtu rasa cam boring jek..nak nengok yang lamer2 punya entry plak...kat 'Linkwithin' ni memang dah nampak widget yang ada tajuk + gambar lagi. So senanglah sang blogger2 skodeng entry lama-lama korang. 
Disamping tu leh up skit traffic korang. Siapa untung???Saya dan korang jugak...kikikiki...


Alin Marlini : Harap-harap SHIDA berpuas hati ek..leh belanjer laksa nanti tau....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...