KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Hari Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Ibu. Papar semua catatan

17 Mei 2012

Minggu Yang Kusam :(

Assalamualaikum kawan-kawan saya. Semoga kalian sihat dan dilindungi dari sebarang penyakit. Semoga rezeki kalian sentiasa murah.

Hampir seminggu tidak ke udara di ruang legar blog ini. Macam-macam cerita terkumpul.

Saya tidak berapa sihat jadi saya tidak mempunyai aura dan mood untuk berblogwalking. Tekak saya kering. Tekak saya perit. Asyik kebatukkan melampau sampai senak perut. Hidung saya tersumbat. Saya tidak suka berkeadaan sebegini. Bukan bermakna saya tidak redha dengan ujian Allah...cuma tidak selesa untuk semua perkara.

Saya rasa tahun ni sudah 2 kali saya dapat sakit begini. Saya masih mencari punca. Mungkin antibodi semakin kurang kot :(

Mungkin saya kurang tidak bersukan. Nak jogging kena tunggu beli kasut jogging dulu. Kena tunggu beli seluar jogging dulu. Banyak alasan yang diberi. 

Tidak sanggup melihat diri sendiri terseksa...saya buat perkara paling tidak suka iaitu jumpa doktor :) Kan dah dapat ubat berjenis-jenis. Kan dah dapat MC. Tipu okey..hehehehhee :) Air asam jawa buat pengubat suara yang garau...
Dapat Kad Hari Ibu dari Balqis & Qayyum. Nak dijadikan ceriter...sebelum saya dapat kad ni dorang baru jek kena jeritan maut dari saya sebab tak dengar kata. Tup-tup tengah sibuk kat dapur..ada kad merah jambu atas meja. Rasa nak nangis tapi cover.

"Nabi ajar agar ibu dikenang setiap hari bukan setahun sekali" #ustaz azhar idrus

Benar. Saya terpukul dengan kata-kata itu. Cuma dah terbiasa ngan bulan Mei kan.

Anyway...Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang saya kenali.
 
Saja nak tayang kukus baru beli kat Padang Besar ritu :)....hehehehehehe..sebenarnya sedang sibuk mengukus Apam Polkadot untuk tempahan. Bulan Mei ada diskaun :)
Tahun ni bagi kelainan sikit untuk sambutan Hari Guru. Selalu jenuh berlegar-legar kat kedai 2 hengget. Tahun lepas berlegar-legar kat kedai brooch CK Rahim. Tahun ni berlegar-legar kat dapur Little Voice Choc Cakes plak. Idea ini datang dari customer saya , Maimun merangkap BFF. Tempah Apam Polkadot 200 bijik untuk diagih-agihkan kepada cikgu-cikgu kesayangan. Saya pun tumpang sekaki. Harap cikgu-cikgi tak kecik hati sebab tahun ni Balqis & Qayyum bagi goodies Apam jek kat cikgu-cikgi ek.

Jasa cikgu-cikgi yang tak pernah jemu mengajar anak-anak saya, memang saya hargai...terutama cikgu Qayyum. Dari tak pandai baca sampai pandai baca dan cikgu selalu puji dia. Saya bangga. Tunggu hari ambik kad laporan saya jumpa cikgu ye :) Selamat Hari Guru buat anda yang bergelar Guru :)

Esok saya bercuti. Cuti bergilir-gilir sebab mak ngan abah ke Surabaya. Seronok katanya melawat Ladang Epal di sana. Biarlah mak ngan abah ber'honeymoon'..hehehehehehe...

Sekian.

Yang benar,
Saya :)

08 Mei 2011

Selamat Hari Ibu buat Mak yang tersayang

Sedari kami dari dalam perut selama 9 bulan...dikau tetap tabah..
Sehingga kini usia kami menginjak dewasa..dikau tetap begitu..
Sehingga esok anak cucumu membesar dewasa..dikau tetap senyum..
Segala jasamu tiada tandingannya..
Segala pengorbananmu tiada mampu kami balas..
Hanya iringan doa agar Allah memanjangkan usiamu..agar diberi kesihatan yang baik..
Untuk kami terus memelukmu..untuk kami terus mendakapmu..
Kami sayang Mak.....



Selamat Hari Ibu...Mak...

Alin Marlini : Entri terlewat disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

10 Mei 2010

Hari Ibu


"Ibu..Ibu..
Engkaulah Ratu Hatiku...
Bila Ku berduka..
Engkau hiburkan selalu..
"Ibu..Ibu..
Engkaulah Ratu Hatiku...
Tempat menyatakan kasih..
Wahai Ibu..betapa tidak hanya engkaulah yang menyinari hidupku..
Sepanjang masa engkau berkorban..
Tidak putusnya bagai air lalu..
Ibu..Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Tempatku menyerahkan kasih..
Wahai ibu.."
Selamat Hari Ibu buat semua kaum Ibu seantero dunia. Semoga kita akan menjadi Ibu yang Mithali..mudah-mudahan. Aku rasa tahun ni adalah thn pertama aku dan adik-adik rancang Hari Ibu yang agak gempak sedikit walaupun last minute tapi meninggalkan momen yang sukar Mak lupakan barangkali. Puaslah kitaorang kelentong Mak. Kalau tak ..tak suprise plak kan. Aku tau Mak mesti rasa sangat terkejut, bahagia dan terharu ketika itu. Walaupun kitaorang adik beradik ni agak noty2 sikit tapi ketahuilah wahai Mak kami yang tercinta..bahawa kami sangat sayang kat Mak. Walaupun tak dapat sajikan Mak di hotel yang mahal-mahal kat Restoran De'Chiangmai pun ok kan..walaupun tidak dapat kami sadurkan lengan2 Mak dengan emas permata cukup dengan kasih sayang dan ingat-mengingati kami pada Mak. Kasih sayang Mak sampai ujung nyawa kami sanjung. Mak juga siap berpesan pada cucu-cucunya "Nanti bila dah besar, buat camner yang Mama & Mummy buat kat Nenek tau..". Amin. Semoga anak-anak kami juga akan begitu. Sayang Mak...

18 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu pada Ibu-Ibu sedunia dan untuk diri sendiri. Semoga saya akan menjadi seorang Mama yang lebih baik dari semalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...