Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.
Dah nak masuk 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah setakat ni anak-anak saya, Balqis & Qayyum masih berpuasa penuh. Masa darjah 1, Qayyum berpuasa awal dan hujung jek tapi tahun ni..harap-harap penuhlah. Balqis pulak..takde masalah bagi dia.
Tapi dugaannya Qayyum berpuasa..masyaAllah...sayalah yang kena banyak beralah dan bersabar. Bila time sahur, kena bersuap. Pasang tv, bukak chanel kartun...berselaralah dia makan. Bukan takat tu je...kalau mood merengek-rengek dia sampai...kena pujuk makan dalam bilik. Adohyaiii...anakku yang seorang ni...tapi dek kerana mahu dia memaham erti berpuasa..layan jek..
Bila time nak berbuka plak...asyik haus..haus..puaslah pujuk. Diamnya sekejap jek. Nak air sirap..air ribena bebagai..saya sediakan...janji dia bertahan.Tapi saya memang solute ngan dia..seingat saya zaman saya umur 8 tahun...bukan penuhpun puasa..hehehehehe...tapi saya harap Qayyum akan berpuasa penuh.
Selamat Berpuasa kawan-kawan :)