"Jadikan hari-hari semalam kamu sebagai satu kenangan. Jadikan hari-hari esokmu sebagai satu perjuangan yang masih belum diselesaikan" - Little Voice
Weekend kami di minggu lepas. Dari Sungai Buloh ke Kg Melayu Subang terus ke Shah Alam. Cari apa? Cari makanlah...hehehehe..
Tak terniat pun nak ke Shah Alam sebenarnya..Encik Suami sangat baik hati plak aritu..semua tempat sanggup singgah demi memenuhi kehendak isterinya.
Masuk jek dari simpang Tesco Shah Alam, belok kiri terus nampak opis Upin Ipin. Suka sangatlah bebudak 2 orang tu. Tak dapat jumpa yang real..jumpa tempat makan pun jadilah.
Restoran Upin Ipin ni berkonsepkan masakan kampung. Ada Nasi Ayam Upin & Ipin. Saya makan masakan kampung jek sebab terliur tengok gulai siput sedut. Dah lama tak makan. Balqis & Qayyum pun pelik tengok Mama makan siput sedut. Ngeh!Ngeh!
Pada saya agak sedap jugaklah masakan kat situ. Menepati selera saya. Harga pun berbaloi.
Habis makan kami possing2 kat corner opis Upin Ipin. Ada lukisan besar gambar Upin & Ipin.
Keluarga baru Upin & Ipin (^__^)
Nipun keluarga baru Upin & Ipin akan datang :)
Sekian sahaja pengembaraan kami bersama Upin & Ipin.