KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

05 November 2011

Persiapan Untuk Raya Korban

Assalamualaikum semua..mesti semua orang sibuk balik kampung..sibuk masak-masak kan....

Hari ni raser frust jugak...sebab tak dapat datang jemputan doktor manis ni Najwa. Seandainya dia buat last week..konpem saya singgah punyer sebab last week kami memang ke Teluk Intan dan Tg Tualang. Takpelah...raya next year jika berkesempatan pasti saya singgah. Malu beb!

Dah masak ke korang? Saya dah settle semua. Gandingan mak dan saya. Semua selesai! Tunggu dihidang jek..

Korang masak apa? Mesti macam-macam kan cam Kak Yan...semua enak-enak belaka. 

Semenjak kena puji lontong buatan abah sedap...abah semakin yakin membuatnya...Nasi impit tu wajib. Dah tak nampak nasi impit buatan sendiri. Masih ingat masa kecik-kecik dulu..mak selalu masak nasik lembik-lembik..pehtu letak dalam loyang. Lapik dengan plastik. Himpit-himpit ngan lesung batu. Best!
Daging Masak Kicap + Rendang Ayam

Lagi satu hidangan..Masak Lodeh buatan mak. Mesti terangkat! Tapi tu kena masak pagi esok.

Apa kegiatan korang bila raya haji?

Alin Marlini : Selamat Hari Raya Aidiladha 2011. Semoga apa yang kita korbankan selama ini...akan besar maknanya.


23 September 2011

Open House Department & Fareweel buat NNN

Open House lagik..
Tidak seperti 2 tahun lepas..kalau kami buat Open Department..kami akan jemput department yang lain. Tahun ni kami hanya makan sendiri-sendiri jek. Apa yang penting bos banjer!!!^_^


Ulangtahun department kami yang ke 3. Semoga kekal abadilah department ni..
Menu : Nasi Beriani + Kambing Kuzi + Ayam Masak Merah + Dalca + Arca + Sate + Ais Krim 


Nilah staff CMLT General. Ada 12 orang semuanya. Majlis potong kek meraikan ulangtahun department kami.


Nilah tokei kedai...hehehehe..Nama glamer ABJ. Dialah bos no. 1..merangkap bos saya. Hari-hari bukak pintu + kemas meja + semak jadual + jawab panggilan ..semua untuk dia. Aci tak?

 Jelitawan CMLT di  Tetuan Hisham, Sobri & Kadir..AHAKS!!


Open House merangkap Farewell untuk gadis jelitawan sebelah saya ni. Tak sampai setahun pun jadi peguam di HSK sudah mau pergi. Dpt keje gomen..wajib pegilah kan...Lepas ni tinggal 2 orang wanita dikelilingi 10 orang lelaki. Lepas ni..kalau pi vacation..dah takder jurubahasa. Lepas ni tak cukup korum kaum wanita. Huhuhuhuhu..sedihnya.


Our lawyer yang sangat gilak-gilak!

Lagik lawyer yang sporting morting...

 Buat kali terakhir...




ish!ish! my bosses nih...berebut-rebut...

Kepada ex-staff HSK..janganlah segan silu singgah HSK ye...kami sentiasa menanti kedatangan anda!

22 September 2011

Warna Warni Rumah Terbuka Azie Maziah


Salam Aidilitri yang ke 24...sekejap jek masa berlalu...

Ini gambar Open House Raya 2 minggu yang lepas. Open House adik tengah saya Azie Maziah yang memang rajin mengadakan Open House kat rumah dia di Bangi.

Rumah saya? ooooo...tunggulah ek..sebab akakkk baru nak bernafas dalam lumpur. Ngeh!





Macam biasa...bersama my lovely Moksu...

Bersama adik-beradik mak...tupun ada yang tertinggal..


Encik Suami jadi Chef...tukang bakar kambing..pakai lelawa kena bertugas...Good Darling!!
Inilah tuan rumah. 

Untuk malam plak..jadi Chef Udang Tempura. Kalau nak tau Encik Suami saya ni memang rajin memasak.

Udang Tempura hasil air tangan Chef Encik Suami..

My little princess

My little charming

Bersama staff HSK. Adik saya pernah satu keje ngan saya..

Macam biasa...wajah ini lagik kan ^_^

14 September 2011

Pokok Beras

Qayyum panggil pokok beras..hehehehehe...

Sepanjang perjalanan dari Sungai Buloh ke Tanjung Tualang. Kami akan melalui perjalanan sawah padi di sekitar Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar & jalan ke Tanjung Tualang. 

Orang paling excited adalah Qayyum. Maklumlah dia dah besar sikit dan sikap ingin tahu mulai ada pada dirinya. Macam Balqis..dia tak berapa nak heran sebab dah pernah tengok Pokok Beras kat Taman Cahaya Alam @ Bukit Cerakah.

Bila saya tanya : 

"Adik nak tengok Pokok Beras tak? Nak amik gambar (maklumlah..diakan susah nak berpossing)". Dan jawapan positif darinya. Tapi selepas singgah Menara Condong Teluk Intan, Qayyum & Balqis tertidur. Bila sampai jek kat rumah Pakcik Kisman (abang abah saya)..terus tanya :

"Mana Pokok Beras? Kata nak amik gambar?" Kitaorang semua tersenyum. 

"Nanti balik kita singgah ye dik..hari panas nanti demam". Sib baik Qayyum okay.

Pulang je dari beraya rumah pakcik dan sepupu saya, Encik Suami mencari port menarik nak landing. Carik sawah bendang yang jauh dari rumah orang. Nanti takut tuan bendang marah plak berpossing kat bendang depa.

Walau kami bukan asal dari bendang..tapi kami sukakannya. Alangkah indahnya jika kampung kami ada sawah bendang. Ada sesaper yang nak jadikan kami keluarga angkat? Dengan syarat anda mesti asal dari bendang...hehehehehehe...



Tengok wajah kedua-dua anak saya yang kelat-kelat tu...dorang tak sabar nak main tepi sawah tu..tapi saya paksa amik gambar dulu...^_^


Cantikkan...walaupun cuaca tak berapa panas..tak berapa sejuk..angin sepoi-sepoi bahasa gitu....tenang...


Orang tak pernah tengok pokok kelapa...siap pegang buah kelapa lagi...

Qayyum pun excited tengok pokok kelapa...

Tak berani nak masuk ke tengah-tengah bendang..takut tanah lembik...possing kat tepi jelah...

Senyuman manis dari Firhan Qayyum...

Anak menantu bersama Pak Mentua...giler possing. Ahakss!!!

Abah siap bawak benih padi..kunun-kunun nak tanam kat umah..tak taulah idup ke idak..
 

Atuk amik benih pokok...cucu plak amik padi yang dah luruh..nak tanam jugak..


Bercanda di tepian bendang...


Possing di bawah pokok kelapa...

Akhir sekali possing gedik dari tuan rumah.....Sila Jangan Gelak....

Yang penting tahun ni kami beraya sambil menyinggah tempat bukan untuk orang beraya..^_^ Qayyum & Balqis pun gembira.

Alin Marlini : sungguh tidak mengetahui ada jugak geng blogger ada di sekitar Teluk Intan. Kalau tau mesti nak singgah...insyaAllah tahun hadapan Alin Marlini akan singgah rumah CEROI & NAJWA

12 September 2011

Beraya Di Menara Condong Teluk Intan?

~Citer raya yang tertunggak~

Memang setiap tahun kami akan ke Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan. Rumah abang abah saya. Tulah satu-satunya saudara saya yang tinggal jauh.

Kalau kesana kami akan ikut jalan kampung. Dari Sungai Buloh-Ijok-Kuala Selangor-Tanjung Karang-Sekinchan-Sungai Besar-Sabak Bernam-Teluk Intan-Pasir Salak-Tanjung Tualang.

Setiap kali pergi mesti akan singgah kedai apel Sungai Buloh. Dulu-dulu murahla..sekarang ni dah makin mahal sebab dia tau..mesti orang singgah situ.

Pehtu...kami akan selalu singgah ke pekan Teluk Intan. Beli buah tangan untuk saudara mara. Sebelum ni..tak pernah terfikir pun nak singgah Menara Condong Teluk Intan.

Buat pertama kalinya kami singgah sambil memperkenalkan anak-anak mengenai sejarah.

Dari apa yang saya google di intenet..Menara Condong tersebut mempunyai 110 anak tangga. Menurut abah..dulu lagi condong tapi setelah direnovate dah tak berapa senget plak.


Nilah Menara Condong Teluk Intan..


 Gambar kenangan di pintu masuk Menara Condong. 





Kami sempat naik 2 tingkat jek..tak apa pun dalamnya. Cuma tinggalan sejarah. Balqis & Qayyum memang suker..sebab boleh citer ngan kengkawan.

Lepas berpusing-pusing di Menara Condong & pekan Teluk Intan, kami terus ke Tanjung Tualang.

Insyaallah..tahun depan kami kesini lagi.

07 September 2011

Gambar Raya Alin Marlini

Selamat Hari Raya kawan-kawan. Saya pasti korang mesti dalam mood raya lagikan? Kerja berlambak pun buat bodoh jek. Tengok Mukabuku...semua update gambar raya. Saya belum kesempatan lagi...cuma entri ni khas untuk kawan-kawan blogger jek...

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi cuma bersuka ria. Tidaklah rasa gah sangat sebab itu satu niat yang tidak baik. Memang cara saya berhari raya begitu. Harus meriah!

Okay..saya mulakan Raya pertama saya. Memang setiap tahun kecuali ada satu tahun tu jek..saya akan beraya dirumah mak abah saya di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Samada petang raya, raya ke 2 @ raya ke 3 baru saya akan pulang ke rumah mentua saya di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban. 

Disebabkan kami mendapat keluarga baru tahun ini..lebih meriah gitu. Selepas menunaikan solat raya..kami adi-beradik bersalam-salaman. Kali ini, pagi raya kami lebih sadis sebab diselang seli tangisan. Mesti banyak dosa tu....alhamdulillah...tiada sengketa lagi.

Dan lebih sadis lagik...Qayyum siap mintak duit raya "Seribu" kat atuk dan neneknya. Siap nangis-nangis + mengajuk lagi. Spoil mood pagi raya...

Lepas bersalaman..kami akan meronda kampung mak..dekat jek..sebelah kampung jek..Kampung Paya Jaras Hilir ^_^..tapi still suasana kampung. Memang meriah..konvoi reramai.

Tahun ni tema kami Pink + Grey. Semua tu idea designer keluarga saya..tak lain dan tak bukan adik tengah saya..Azie Maziah. Memang tiap-2 tahun kami serah bulat-bulat nak fesyen camner kat dia...sebab dia kreatif.

Lakonan semula...ahakss!!!!

Masa ni mood Qayyum dah okie skit..pasal Mama dah janjikan sesuatu untuk dia...hehehehe...

Muka semua dah macam belacan..gagah jugak nak berpossing pasal raya kali ni tak sempat nak bergaya sangat..macam-macam hal Qayyum nie..

Anak bapak...

Anak Mama...sikit lagi dah nak sama besar ngan saya...

Nilah..satu-satunya gambar family saya yang elok rupernye...tu pun guna self timer...syok sendiri...hehehehe..

Alin Marlini : ada lagik gambar raya tapi pada adik tengah saya..kena tunggu weekend ni baru boleh C & P dari dia..Jangan sampai termuntah nengok pulak nanti..hehehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...