KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Balqis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balqis. Papar semua catatan

17 Mei 2012

Minggu Yang Kusam :(

Assalamualaikum kawan-kawan saya. Semoga kalian sihat dan dilindungi dari sebarang penyakit. Semoga rezeki kalian sentiasa murah.

Hampir seminggu tidak ke udara di ruang legar blog ini. Macam-macam cerita terkumpul.

Saya tidak berapa sihat jadi saya tidak mempunyai aura dan mood untuk berblogwalking. Tekak saya kering. Tekak saya perit. Asyik kebatukkan melampau sampai senak perut. Hidung saya tersumbat. Saya tidak suka berkeadaan sebegini. Bukan bermakna saya tidak redha dengan ujian Allah...cuma tidak selesa untuk semua perkara.

Saya rasa tahun ni sudah 2 kali saya dapat sakit begini. Saya masih mencari punca. Mungkin antibodi semakin kurang kot :(

Mungkin saya kurang tidak bersukan. Nak jogging kena tunggu beli kasut jogging dulu. Kena tunggu beli seluar jogging dulu. Banyak alasan yang diberi. 

Tidak sanggup melihat diri sendiri terseksa...saya buat perkara paling tidak suka iaitu jumpa doktor :) Kan dah dapat ubat berjenis-jenis. Kan dah dapat MC. Tipu okey..hehehehhee :) Air asam jawa buat pengubat suara yang garau...
Dapat Kad Hari Ibu dari Balqis & Qayyum. Nak dijadikan ceriter...sebelum saya dapat kad ni dorang baru jek kena jeritan maut dari saya sebab tak dengar kata. Tup-tup tengah sibuk kat dapur..ada kad merah jambu atas meja. Rasa nak nangis tapi cover.

"Nabi ajar agar ibu dikenang setiap hari bukan setahun sekali" #ustaz azhar idrus

Benar. Saya terpukul dengan kata-kata itu. Cuma dah terbiasa ngan bulan Mei kan.

Anyway...Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang saya kenali.
 
Saja nak tayang kukus baru beli kat Padang Besar ritu :)....hehehehehehe..sebenarnya sedang sibuk mengukus Apam Polkadot untuk tempahan. Bulan Mei ada diskaun :)
Tahun ni bagi kelainan sikit untuk sambutan Hari Guru. Selalu jenuh berlegar-legar kat kedai 2 hengget. Tahun lepas berlegar-legar kat kedai brooch CK Rahim. Tahun ni berlegar-legar kat dapur Little Voice Choc Cakes plak. Idea ini datang dari customer saya , Maimun merangkap BFF. Tempah Apam Polkadot 200 bijik untuk diagih-agihkan kepada cikgu-cikgu kesayangan. Saya pun tumpang sekaki. Harap cikgu-cikgi tak kecik hati sebab tahun ni Balqis & Qayyum bagi goodies Apam jek kat cikgu-cikgi ek.

Jasa cikgu-cikgi yang tak pernah jemu mengajar anak-anak saya, memang saya hargai...terutama cikgu Qayyum. Dari tak pandai baca sampai pandai baca dan cikgu selalu puji dia. Saya bangga. Tunggu hari ambik kad laporan saya jumpa cikgu ye :) Selamat Hari Guru buat anda yang bergelar Guru :)

Esok saya bercuti. Cuti bergilir-gilir sebab mak ngan abah ke Surabaya. Seronok katanya melawat Ladang Epal di sana. Biarlah mak ngan abah ber'honeymoon'..hehehehehehe...

Sekian.

Yang benar,
Saya :)

06 Jun 2011

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Masihku ingat zaman kanak-kanakku...
Seawal usia 12 tahun mak ajar masak nasi..(awal ke?)
Dah pandai gosok baju...pendek kata boleh haraplah...
Tapi anak aku baru umur 10 tahun????

So, tak kira berapa umur anak anda..memang harus dilenturkan...

Hai...nama saya Fatin Farhana Balqis. Umur saya 10 tahun. Saya baru nak berjinak-jinak dengan dapur.

Memang aku tak paksa anak dara aku nan sorang ni. Dia kadang-kadang rela hati..kadang-kadang mengeluh jugak. Tapi dah anak pompuan..kenalah tolong Mama kan....

Sedang praktis potong bawang...

 Potong kentang plak...
 Inilah hasil dari pertolongan Balqis...Nasi Impit bersama Kari Daging..

22 Disember 2010

AnAk DaRa SaYA.....

Anak dara saya ni memalu kucing orangnyer...tak banyak cakap tapi agak garang orangnya..like me lahh...hehehehe...

Memang dia suker berfashion..like me jugakkk...sampai dia kata tak sabar nak tunggu sama besar ngan Mama dia yang tak besar2 nih...sebab boleh pakai baju saya....sangat jimat dan clever...like me jugakk lagii...

Saya tak pernah sekat atau kongkong apa yang dia suker pakai...asal ok di mata jek...nasib dia faham apa yang patut & tak patut pakai...

Fashion terbaru anak dara saya....pakai tudung ala-ala syiria....



Ok tak anak dara saya bergaya dengan tudung syiria dia moksu dia punyer...dan sekarang sibuk suruh beli tudung camtu lagi...

15 Julai 2010

Panjangnyer nama

Panjangnyer......nama anak.......(eh!eh!anak aku..suka hakulah....kikikiki...saje jek ni)..Al-kisah lepas baca entry pn nieza td pasal nama anak yang panjang..nama anak aku pun panjang gak. Al-kisahnyer sebab nama aku kan pendek..kalau skolah2 dulu..aku jeles sangat ngan nama kengkawan ...dahlah sedap...panjang2 plak tu...nama aku dahlah tak sedap...pendek plak...bukan salahkan mak ngan abah..tapi silapkan polis yang tulih dlm surat beranak tu.....apsal tak suggest nama sesedap kat abah aku...kikikikiki...
Memang masa ngandong..aku dah berangan nak bubuh nama sesedap untuk anak aku...so..terciptalah Fatin Farhana Balqis Binti Rashidan. Nasib baik nama Babahnyer pun pendek jek...tapi aku cari nama yang senang disebutlah...taklah berbelit2 lidah cikgu ker..tok kadi ker..nak menyebut nama anak aku...hehehehehe...Bila lahir sorang lagi...aku bubuh nama Firhan Qayyum plak..2 sukukata jek...Alhamdulillah...sib baik dorang tau tulih nama sendiri walaupun letih nak tulih..aku siap buat cop nama..senang nak cop kat buku skolah dorang..(punyerlah pemaleh mama dorang ni)
Cuba saban masa aku berdoa..sepanjang nama anak2 aku..sepanjang itu jugak dikurniakan kebahagiaan, akal fikiran, rezeki untuk mereka.Amin.....

19 Januari 2009

Selamat Hari Jadi Kakak Balqis....

17 Januari 2009



Selamat Hari Lahir buat sang puteriku Fatin Farhana Balqis yang usianya telah menginjak ke 8 tahun. Dalam angan dan sedar, puteriku telah membesar. Bagi aku, puteriku tetap seperti 8 tahun yang lalu..Mama sangat menyanyangimu sayang..walaupun kemarahan dan kegarangan yang selalu Mama pamerkan namun jauh disudut hati Mama..Mama amat menyanyangimu sayang..kerna dikaulah yang bakal berjuang untuk kehidupan yang lebih terjamin dimasa hadapan. Be a good girl.

10 Disember 2008

Fatin Farhana Balqis

Musim cuti sekolah ni..jadual dihujung minggu memang padat..bukan berjalan tapi dengan kenduri-kendara. Cam minggu lepas, Moksu aku buat kenduri berkhatan anak bongsu dia. Cukup meriah..macam kenduri kahwin. Dan memang tradisi keluarga sebelah Mak aku bila buat kenduri berkhatan mesti siap ada pelamin dan kompang dan paling penting mesti ada "Pengantin Cilik". Setahu aku..setakat aku hidup hingga ke hari ini, aku belum tengoklah ada majlis berkhatan yang siap ada pengantin. Selalunya hanya budak yang nak dikhatankan sahaja akan diiring dengan paluan kompang tapi memang tradisi keluarga kami mesti ada "Pengantin Cilik". Dan anak sulungku Fatin Farhana Balqis untuk kali kedua dijadikan pasangan "Pengantin Cilik" tersebut. Dia memang suka bab berhias ni. Bermula dari awal "Pengantin Cilik" diarak dengan paluan kompang, kami sekeluarga dah tergelak sakan rasa kelakar..pasti orang yang lalu lalang yang tidak tahu hujung pangkal pasti akan tertanya-tanya siapa lak yang kahwin ni. Naper budak kecik lak yang kawin? Sampai ada orang berhenti ditepi-tepi jalan untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku. Rugi tak panggil TV3. Dari diarak dengan paluan kompang, "Pengantin Cilik" ini akan disandingkan di pelamin. Bukan pelamin angan..dan bukan pelamin mainan..tapi pelamin betul tau. Disandingkan bak Raja Sehari. Bukan sahaja pengantin jer yang cilik..pengapit pun budak-budak cilik gak.. Kemudian ditepung tawar lagi. Kami yang berada disekeliling pelamin tersebut, dah tergelak-gelak..rasa cam kelakar. Tapi aku solute anak aku..langsung tak rasa nervous..atau malu-malu. Siap control ayu lagi..Adik sepupu aku lak yang malu-malu..Tidak cukup jika tiada meja makan beradap untuk pengantin..itupun disediakan oleh kami khas untuk "Pengantin Cilik". Tetamu yang datangpun pelik bila lihat paranormal ini..yelah..dijemput kenduri berkhatan tapi ada pelamin. Siapa yang berkahwin? Tapi inilah tradisi keluarga kami (Ibrahim's Family) yang aku rasa patut dikekalkan untuk keunikan tradisi. Harap-harap ianya akan dikekalkan hingga generasi akan datang. Harap maklum gambar-gambar belum update lagi..tunggulah sikit masa lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...