KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Deco-Deco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Deco-Deco. Papar semua catatan

26 Januari 2012

Meja Kecil Untuk Dapur Kecilku :)

Memang dah lama niat dihati nak meja kecil tu. Setiap kali pergi Ikea..asyik berkira-kira nak beli ke taknak. Sebab time pergi tu belum ada keperluan..jadi kena abaikan. 

Last week pergi Ikea yang keberapa puluh kali..akhirnya meja kecil itu jadi milik dapur kecil saya. Suka? Suka sangat (^__^)

Cuti Raya Cina menjadi agenda mengemas + tidoooo....
 Tukang rasmi kenalah budak kecik jugakkan...

Sebelum letak meja kecil tu..saya sumbat peti ais + mesin basuh. Nampak sempit (taklah sangat pon). Jadi..merengek ngan Encik Suami..letak peti ais dalam bilik baking saya. Sumbat mesin basuh gak. Senang citer.

Tujuan meja kecil dibeli adalah sebab tak mahu aka kedekut nak letak makanan kat meja depan. Bersepah. Tak suka. Jadi..lepas masak..lauk pauk letak atas meja kecil dan 2 orang kecik boleh makan kat situ dengan aman tanpa dengar bebelan mak dorang.

Tajuk : Meja Kecik @ Muddus
Tempat Beli : IKEA
Harga : RM199

15 Disember 2011

English Home Style Part 3

Sori kengkawan sebab 2-3 hari lama menghilang. Bertapa. Sibuk dengan kerja-kerja sebelum bercuti merehatkan minda minggu depan.

Tak banyak foto yang diambil dan foto pun taka berpa cantik sebab kamera cap ayam jek. Kalau cap buaya mesti cun ckit. Sila menjamu mata entri English Home Style.
 Cermin ajaib..:)


Pinggan mangkuk vantage tersimpan dalam lemari coklat tu...sikit hari lagi kaler putihlah tu...hehehehe...ampun mak :)




Harap orang berpuas hati entri saya tanpa hujahan yang panjang. Mulut terkaku. Idea ke udara.

09 Disember 2011

Berangan Bukan Kena Bayar Duit Pun (^_^)

"Kehidupan lebih sempurna jika kita berasa bahagia"-Alin Marlini

Ada rumah? Tapi masih duduk rumah mak...

Sayalah orangnya itu. Bak kata Encik Suami, masih tidak puas tidur bawah ketiak mak! Memang betul pun..T__T

Rumah mak cantik. Rumah saya belum cantik. 

Bila buat entri rumah mak, rasa jeles plak..ni jeles positif. Rasa macam nak cantik jugaklah rumah sendiri. Mak...pinjam uang boleh? :)

Semua orang sukakan rumah cantik kan? Bukan untuk ditunjuk-tunjuk tapi untuk kepuasan diri sendiri. Bak kata pepatah "Alah membeli..menang memakai". Tapi saya belum menang apa-apa contest lagi..macamana nak membeli..tet!!!
Berangan itu sangat penting dalam hidup saya. Tak dapat tak kempunan pun. Angan Mat Jenin. Bilalah sofa saya ni nak sampai. Dah karam kot..hehehehe..kalau ruang tamu saya tu..biarlah ala-ala gini. Sempoi. Tapi nak tukar kaler sofa tu kaler kelabu kot. Kalau putih alamatnya kesekejapan jek jadi belacan.
Cuba berangan tidur di katil nan empuk ini bersama Encik Suami. Pehtu ada ekon. Tet! Sampai ke sudah tak bangun-bangun kot. Bestkan? Katil impian inilah salah satu sebab kami tidak tinggal sepenuhnya di rumah kami.
Ini aksesori tambahan buat dapur saya :) Cantikkan bowl warna-warni tu..bila sorang budak kenit tu datang..habih dilambung macam bola..
Aah! lihat bilik air itu..Nyaman sekali. Bermandi-mandi dalam tab tu sambil berangan nak jadi orang kaya. Pepss! Tak payah pergi Sunway Lagoon. Boleh berenang-rengan bersama Balqis & Qayyum. Jimat.
Aduh! Alangkah tenangnya duduk di sofa empuk itu sambil baca novel kegemaran saya kan? Berangan jika ada ruang dalam bilik saya untuk shelves book.
Berangan lagik untuk buat ruangan picture wall di ruang tamu atas. Sweet kan? Kalau kamu mahu lihat wajah comotan saya..sila naik ke ruangan atas. Berangan okay (^_^)

Sekian sahaja angan-angan saya untuk hari ini ye. Berangan tak pe..bukan kena bayar pun :)

08 Disember 2011

English Home Style Part 2

Salam para sahabat yang saya kasihi. Mudah-mudahan kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Ampun maaf sekiranya ada yang ternanti-nanti entri terbaru saya. Kat opis agak kesibukan sedikit disamping mata-mata bos yang agak liar melilau. Nanti tak pasal-pasal kena potong bonus plak..maklumlah...dah ujung-ujung tahun niekan...Kat umah plak..tengah tunggu  BIL settle bil intenet baru boleh bertenet..hehehehe..

Jom kita menggembarai kisah  English Home Style mak saya...

Seperti yang diketahui..rumah mak saya ada 4 ruang tamu..kali ni saya tunjukkan ruang ke 2 rumah mak saya. Harap-harap Citarasa Rinduan a.k.a Ayu sudi usher-usher line ek..
Tengoklah! Sampai pintu pun kena abdikan diri dicat putih.
Inilah ruang tamu ke 2 mak saya. Ruang makan..bersebelahan ruang tamu pertama. Pada asalnya kerusi makan ni diletakkan di ruang tamu ke 3 (next entry ek) tapi ruang tu agak sempit dan tidak selesa. Dengan kepakaran abah saya renovate ruang tamu 2 & 3. 
Troli tu asalnya kaler coklat. Cam biasalah..orang terlebih kreatifkan....mak cat putih. hantam sajalah mak..janji mak bahagia.
Nie lagi satu mangsa keadaan (^_^)
Abah tengok sambil geleng kepala :)
 Gambar tuan rumah haruslah ada ye :) bersama geng marhaban (^.^)
 Gambar anak-anak tuan rumah pun haruslah ada..tapi gambar yang masih tak update sebab anak-anak kedekut duit nak cuci gambar...hehehehe..
 Kalau takder yang tergantung kat umah ni memang tak sah! sampai abah bising asik ketuk sana..ketuk sini. Tapi mak ketuk paku sendiri tau...
 Atas tu pun jadi gantung. Tak baik membazir kata mak..
nampak tak ruang sebelah sana? tulah ruang tamu yang pertama....tak taulah apa motif mak suruh abah buat tingkap kecik tu... 
Memang merata mak saya cari barang-barang kesukaan dia untuk merealisasikan impian dia..tapi taklah beli sekali gus. Beli sikit-sikit dan mak saya suka reka-reka sendiri.

Pada yang sama minat ngan mak saya..bolehlah cari-cari barang tu kat Romantika @ Plaza Alam Sentral. Memang murah dan berbaloi barang-barang kat situ.

02 Disember 2011

Konsep Inggeris @ Vantage

Mak saya memang sukakan bunga-bungaan. Dalam mencari identiti menghias rumah kesayangannya..idea berkonsepkan Inggeris menjelma disaat-saat konsep itu sedang glamer.

Bermula dari tahun 2009 hingga kini, sedikit demi sedikit Mak saya mengumpul hiasan bertemakan Inggeris @ Vantage.
Ruang Tamu Pertama

Rumah Mak Abah saya ni rumah kampung jek..Rumah asal rumah atas bawah (atas papan/bawah pun papan..ahakss!)

Kemudian..dengan kepakaran Abah saya..sedikit demi sedikit buat rumah batu plak. Makan tahun jugak nak siap. Bila rumah buatan sendiri ni..boleh jadi besar + boleh ubah sana sini + boleh tambah sana sini. Macam rumah mak abah saya. Dari 1 ruang tamu..dah jadi 4 ruang tamu. Rakus sungguh mak aku nih..


Counsel Table tu asalnyer kaler coklat (jati) tapi dek sebab aura Inggeris..mak cat sendiri ngan kaler putih. Sama ngan kerusi tu. Asalnya kaler gold. Bosan nampak buruk..mak cat putih jugak.


 

Semua deco ni Mak buat sendiri. Mak saya kreatif orangnya. Dan pembersih orang jugak.


Almari kesayangan mak saya :)
 Kalau pi kenduri kahwin yang dapat door gift bertemakan Vantage...memang mak saya LIKE!
Penuh rumah mak...


 Gambar Raya 2009




 Gambar kahwin  Mak ngan Abah 33 tahun yang lepas..

Nanti saya buat entri untuk Ruang Tamu Ke 2, 3 & Ke 4 pulak ye...

27 September 2011

Dekorasi Untuk Hari Raya

Alangkah indahnya tinggal dirumah sendiri. Sukahati mau bangun pukul berapa. Sukahati nak pakai baju apa. Sukahati nak masak ke tak masak ke. Sukahati nak lepak mana-manapun. Tapi still tak boleh jadi tarzan. Malu nanti didengar jiran tetangga. Cuma belum masanya untuk terus tinggal di rumah sendiri. Mungkin selepas ini ..sedikit demi sedikit masa.

Bila dah rumah sendiri, berputar-putar otak mahu mendekorasikan rumah dengan citarasa sendiri. Puas belek majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur, Renovation..segala macam majalah. Idea bersepah-sepah.

Rumah saya simple jek. Banyak perabot yang belum beli. Bak kata orang 'pelan-pelan kayuh'. So, setiap bulan akan beli + kumpul + simpan satu barang untuk rumah. Tak terasa sangatkan..


Dekorasi di meja makan masa raya...


Meja + bunga + pasu..semuanya beli 3 hari sebelum raya..
Kombinasi Purple & Grey


Yey! Our theme for 2011. Purple Lavender!!Mesti BUDAK PURPLE ni suker...Langsir yang dibeli di Nilai dan dijahit oleh Adik Tengah saya. So Jimat!


Sila jangan dongak ke atas. Hips! frame tanpa gambar. Ada orang datang beraya rumah saya dan bertanya "Kenapa letak cermin nun jauh di atas? Camner nak tengok muka?"

Konsepnya...segera + jimat. Tak sempat nak cuci-cuci gambar yang sepatutnya. Dari terletak jek baik gantung terus.

Hiasan di tangga. Tak tau mana dapat idea picisan ini. Ketika berjimba-jimba di IKEA bersama Encik Suami..terlihat pasu nan putih bersih. Langsung terpikat. Lalu singgah pula ke kedai bunga yang famaous amous di Bandar Sri Damansara..terlihat bebola nan hijau..terpikat jugak. Langsung beli. Mix & Match dari tangan picisan ini.

Sekian, dekorasi rumah Alin Marlini. Jumpa lagi!

12 Ogos 2011

Dalam Hati Ada Taman 2

Rentetan kisah bunga-bunga cinta hati semalam
Tekaan tepat adalah dari Budak Purple Nie..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Pertama kali saya tengok bunga purplr nie..memang aku jatuh hati..tak toleh pada yang lain lagik...

Tak taulah berapa lama Bunga ni boleh bertahan...maklumlah Tukang Kebun balik Bangla...ahahahahahha...

11 Ogos 2011

Dalam Hati Ada Taman :)

Salam Khamis semua....

Dah 11 hari kita berpuasa kan...sekejap jek rasanye...

Biasalah dah dekat-dekat nak raya ni..macam-macam nak beli tapi duit tak adoo....hehehehehe...

Last weekend....demi menyedapkan hati sendiri apabila ada orang tegur saya tanam bunga dalam plastik hitam je ke? Sila lihat SINI. Hahahahaha..Sila gelak Besar! Itu semua keje Encik Suami..lalu...saya terus mengajak Encik Suami ke Kampung Melayu Sungai Buloh @ lebih dikenali TEKO. Kat situ memang famous amouslah kalau nak beli bunga ke? Pasu bunga ke? Apa-apa jelah yang berkaitan dengan laman/taman rumah. Harga juga lebih rendah jika pandai tawar menawar.


Ini Bunga raya...memang cantik. Macam-macam warna ada. Harga pun berpatutan. Dari RM12-RM20 mengikut warna.


Yang ni tak tau bunga apa ek? hehehehe...pun cantik jugak pasal colourfull..


Mula-mula malu-malu gak nak snap gambar pasal ramai orang. Sekali tengok amoi sebelah sibuk berpossing..saya pun keluarlah mini kamera saya...


Yang ni plak pokok daun jek..takder bunga..


Saya memang suka Bunga Ros tapi susah mau jaga..


Cantik kan??


Yang ni pun tak tau bunga apa..tapi cantik kan..Purple kaler lagik...

Puas snap gambar..puas belek-belek bunga..mata naik juling..tak tau mana satu nak pilih. Semua cantik-cantik!

Cer teka..cer teka..mana satu pilihan hati saya?Ngeh!Ngeh!Ngeh!

22 Julai 2011

Lampu Dari Kotak Susu


Lepas minum susu..apa korang buat ngan kotak susu. Buangkan...opkoslah..takkan nak simpan plak...

Mulai sekarang sila jangan buang kotak susu anda. Simpan. Jadilah Tangan Yang Kreatif.








Sumber Gambar dari intenet.

ADA BERANI?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...