KAMU YANG SUKA SAYA

27 September 2011

Dekorasi Untuk Hari Raya

Alangkah indahnya tinggal dirumah sendiri. Sukahati mau bangun pukul berapa. Sukahati nak pakai baju apa. Sukahati nak masak ke tak masak ke. Sukahati nak lepak mana-manapun. Tapi still tak boleh jadi tarzan. Malu nanti didengar jiran tetangga. Cuma belum masanya untuk terus tinggal di rumah sendiri. Mungkin selepas ini ..sedikit demi sedikit masa.

Bila dah rumah sendiri, berputar-putar otak mahu mendekorasikan rumah dengan citarasa sendiri. Puas belek majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur, Renovation..segala macam majalah. Idea bersepah-sepah.

Rumah saya simple jek. Banyak perabot yang belum beli. Bak kata orang 'pelan-pelan kayuh'. So, setiap bulan akan beli + kumpul + simpan satu barang untuk rumah. Tak terasa sangatkan..


Dekorasi di meja makan masa raya...


Meja + bunga + pasu..semuanya beli 3 hari sebelum raya..
Kombinasi Purple & Grey


Yey! Our theme for 2011. Purple Lavender!!Mesti BUDAK PURPLE ni suker...Langsir yang dibeli di Nilai dan dijahit oleh Adik Tengah saya. So Jimat!


Sila jangan dongak ke atas. Hips! frame tanpa gambar. Ada orang datang beraya rumah saya dan bertanya "Kenapa letak cermin nun jauh di atas? Camner nak tengok muka?"

Konsepnya...segera + jimat. Tak sempat nak cuci-cuci gambar yang sepatutnya. Dari terletak jek baik gantung terus.

Hiasan di tangga. Tak tau mana dapat idea picisan ini. Ketika berjimba-jimba di IKEA bersama Encik Suami..terlihat pasu nan putih bersih. Langsung terpikat. Lalu singgah pula ke kedai bunga yang famaous amous di Bandar Sri Damansara..terlihat bebola nan hijau..terpikat jugak. Langsung beli. Mix & Match dari tangan picisan ini.

Sekian, dekorasi rumah Alin Marlini. Jumpa lagi!

18 ulasan:

- dieyana - berkata...

cantik hiasan... suka daun dlm pasu putih tu...simple....kerusi merah tu pun cantik!!

adarnadzmie berkata...

pandai alin deco2 rumah... nice...hehe

.: iEyLa :. berkata...

hihi...akk ni xsempat2 nk ckp saye suke..haha...
PURPLE!!! mestilah suke..
anyway bunga tu nmpak naik je letak ats meja tu..well..purple kot..hihi

miloais berkata...

cun!

tak pe nokkk... buat sikit2 - ikut kemampuan kan???
nanti lengkap juga tu..

kakchik@ella berkata...

Cantek hiasan rumah Arlin. KC suka.

ziana berkata...

Dik, mu panggilaa ERIC LEONG ..tak yah panggil email jer..he.he.tapi ok jer akak tengok..Cuba tanya Kak Fida...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

waaa...
canteknye...

alin berkata...

cantik la rumah kak alin :)

Mamaleesya berkata...

menarek tertarek :)

abah khalisha berkata...

Rumah area manani?Cantik..

Fieza79 berkata...

shantek..! kalah eric hehee...
pelan2 Alin...deco sikit demi sikit...jimat belanja takde keluar sekali bajet besar...so tk terasa..

Mamaleesya berkata...

haha ya betulll...yang penting kena sediakan money dulu sebelum pegi pasar malam, sebabnye banyak nau mainan kanak-kanak, belon jual kat situ. Adehhh kalo tak belikan nanti Aleesya guling-guling hehe

bella luna berkata...

sikit2 lama2 lengkap la,ye dok akak?hehe,.nice decorate ^.^

abah khalisha berkata...

oooo..kt sana..abah pernah masuk sana...leh tembus ke Puncak Alam...cantik-cantik rumah sana..skrg dah mahalkan harganya..ada sampai RM300K tak?

Rinna berkata...

Cantik rumah.. ambik laa lagi gambar..share..kat sini..nak tgk lagik.. :)

Eera Shera berkata...

cantik la..rasa nk dtg raya je walaupun raya dah abes..hehe

Liza Razak berkata...

cantik pulak combination purple gray ni..jarang jugak org cuba warna ni.saya suka pasu putih tuh !!

Sofya berkata...

cantiknya... nt kongsi la tips deko plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...