17 September 2009

Minggu pertama berpuasa berjalan lancar.
Minggu kedua berpuasa beli persiapan nak buat biskut raya.
Minggu ketiga berpuasa sibuk membuat biskut raya.
Minggu keempat berpuasa sibuk menghabiskan sisa-sisa duit yang tinggal ...shopping...
Kini, tinggal satu hari mahu menghabiskan ibadah berpuasa.
Habis shopping...habis duit baru puas hati
Selagi tak raya ada saja barang nak beli
Hai.. raya...cepatlah menjelma...
Nasib baik dapat x-gratia + ABJ bagi + HHA bagi + Kutu
Tapi lawyer tak bagi lagi nih...(kecuali Encik Laza)...
Bolehlah coverlah balik simpanan yang dah tinggal tipis tu...
Apa-apapun hari adalah hari kemenangan..hari untuk bergembira..tak kiralah berapa budget dah guna asal hari puas.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YANG MULIA BUAT RAKAN TAULAN YANG TIDAK JEMU DAN SEGAN-SEGAN MELAWATI BLOG SAYA INI. JIKA ADA YANG TERSINGGUNG AMPUN MAAF SAYA PINTA...

BUAT SUAMI TERCINTA..SAYANG MENYUSUN 10 JARI TANGAN & KAKI MEMOHON KEMAAFAN ATAS SEGALA KESALAHAN YANG TELAH SAYANG LAKUKAN SELAMA SETAHUN INI. HALALKAN MAKAN MINUM SELAMA INI.

BUAT BABAH & MAK YANG TERSAYANG..ANAKMU INI MEMOHON KEAMPUNAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI. SEGALA JASAMU SAMPAI HUJUNG NYAWA TIDAK TERBALAS.

BUAT ADINDAKU MAZIAH & MURNI..ADINDA IPARKU SHAM..MOHON AMPUN DAN MAAF JUGA DARI KAKAKMU INI.

BUAT KELUARGA MENTUA, IPAR DUAI..AMPUN MAAF JUGA DIPINTA...

AKHIR KATA SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT UMAT ISLAM. MAAF ZAHIR & BATIN DARI SAYA SEKELUARGA.



25 August 2009

Pejam celik pejam celik sudah 6 hari kita berpuasa.

Saya agak panas hari ini walaupun aircond opis agak dingin sebab satu entry di facebook yang mana kawan saya dari negara seberang in******* berbunyi :

"Dasar Malaysia = Malingsiya"

Saya tidak faham lantas saya bertanya padanya apa maknanya. Langsung dia membalas :

"Mohon maaf, kenapa negara you suka mengambil kebudayaan indonesia. Dri angklung, wayang kulit, batik, keris, reog ponorogo, yg merupakan kebudayan asli jawa bkn melayu. yg terakhir tari pendet from bali yg d siarkan d iklan animatic malaysia d discovery chnl, why??? Apa you punya negeri tdk ada kebudayaan yg bisa d tunjkan kpada dunia luar???" (saya copy petikan dia)

Saya masih tidak faham mengapa dan kenapa dia begitu tidak berpuas hati dengan discovery kebudayaan Malaysia itu? Saya amat terasa sebab saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Saya marah kepadanya sebenarnya sebab sudah 2 kali dia memburukkan Malaysia. Saya katakan padanya bahawa di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai kebudayaan, tidak semestinya Malaysia meniru kebudayaan negara dia. Ini fakta sejarah. Sila kaji tentang sejarah wahai mamat in******. Anda perlu faham rakyat Malaysia berbilang bangsa dan berbilang kaum. So, usah terperanjat jika terdapat persamaan budaya antara negara kamu dan Malaysia.

Mengapa saya marah sangat ni? Sebab dia kutuk negara saya Malaysiak . Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana tidak ada negara lain yang akan menandingi Malaysia.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52...Semangat perlu ada demi Malaysia....

20 August 2009



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...

Sesungguhnya semenjak dari kecil-kecil hinggalah ke dewasa ini bulan Ramadhan adalah bulan yang paling saya nanti-nantikan. Jika waktu kecil-kecil tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa tapi bila dah dewasa ni tak sabar-sabar melihat anak-anak berpuasa pulak. Jika tahun lepas Farhana Balqis berpuasa hanya 7 hari sahaja, mintak-mintak tahun ini puasa penuhlah.

Teringat pada sahabat suhail anak muda yang mempunyai idea-idea bernas sambil menggembara ke negara orang. Saya jadi tertarik apabila beliau telah mengadakan kuiz Ramadhan di dalam blog beliau sendiri yang mana kita sendiri sudah..mudah..tidak ambil endah dengan pengertian Ramadhan itu sendiri. Jika waktu sekolah-sekolah dulu, kita pasti akan menghafal setiap peristiwa-pristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadahan. Saya juga! Tapi dengan idea bernas Suhail, saya dengan terujanya membuat research kembali tentang soalan kuiz suhail. Terima kasih Suhail. Bagi kita cukup sekadar dengan berpuasa, berterawih dan meningkatkan lagi amalan-amalan kita. Tapi sebenarnya dengan mengingati peristiwa-peristiwa yang terjadi dibulan Ramadhan lebih cukup menginsafkan kita betapa Besar dan Agungnya kuasa Allah s.w.t.

Saya berdoa semoga Ramadhan kali ini, saya akan melakukannya lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Jika Ramadhan kali ini terakhir buat diriku..Engkau terimalah amalan-alamanku Ya!Allah..Amin.Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Maaf atas segala salah silap selama ini.

18 August 2009

Saya selalu ketandusan idea bila berada di depan PC sambil menguis-guis jari jemari hanya di papan kekunci sahaja. Tapi bila saya sedang menunggu Hubby saya datang menjemput saya..sambil saya melihat orang ramai lalu lalang..masa itu jugalah idea saya berlambak-lambak keluar.

Sejak musim Influenza A H1N1 kni kian menular di Malaysia saya juga kerap bersa tidak sihat. Baru 2 minggu lepas baik dari demam, batuk dan selsema..and now batuk dan selsema lagi. Wahai para Doktor-Doktar di serata pelusuk dunia..silalah cari penawar bagi penyakit ini. Saya bimbang dengan kematian yang semakin tertambah di Malaysia ini. Saya juga pelik mengapa 'Mask" @ 'Topeng Muka' dijual pada harga yang tidak berpatutan. Ianya sepatutnya diberi secara percuma kepada rakyat bukan membebankan rakyat Malaysia. Kata 1 Malaysia...Saya raser jika ianya diberikan percuma pasti rakyat Malaysia akan menggunakannya..maklumlah benda percumakan. Jika dulu saya agak malu untuk memakainya, kini tidak lagi..keluar pi beli makanan pun saya pakai.


Saya pernah menghadapi saat getir hampir mati atau lemas. Masih kemas ingatan itu sehingga ke hari ini. Saya masih kecil ketika itu. Seperti biasa mak dan babah saya menghantar saya ke kelas mengaji dengan Tok Lebai yang garang sangat. Saya sangat takut dengan Tok Lebai Putih namanya sehingga suatu hari saya pernah buang 'small water" ketika sedang mengaji kerana terlalu takut untuk mintak izin ke tandas. Apa lagi, habis saya kena sebat sebanyak 3 kali kerana mengotorkan tempat suci.Hehehe..Sambung balik...seperti biasa jugak apabila waktu balik kami akan beramai-ramai menggelupur nak balik cepat..satu hari cerita hantu begitu famous kat kampung saya..apa lagi semua budak-budak bertempiaran lari nak balik cepat. Dan disebabkan itu jugak, saya turut serta dan rusuhan balik mengaji tu tanpa menunggu babah saya jemput seperti biasa. Dalam berlari pecut melalui jambatan yang usang lagi reput tiba-tiba saya terbolos. Rupa-rupanya jambatan usang lagi reput itu turut berlubang-lubang jugak.Nasib menyebelahi saya, saya sempat berpaut. Saya apa lagi menjerit-jerit mintak tolong dalam kepekatan malam..nasib baik suara saya yang kecil itu didengari oleh seseorang. Lalu saya di papah keluar dari lubang yang muat-muat badan saya jer. Saya sempat melihat wajah orang yang menolong saya itu lalu saya ucapkan bebanyak terima kasih. Sehingga ke hari ini saya tidak berpeluang jumpa dengan abang tu lagi. Kalau dia tahu..saya ucapkan beribu terima kasih kerana menyelamatkan saya, jika tidak mungkin saya sudah lemas dan hanyut. Saya bersyukur sehingga ke hari ini saya masih bernafas demi kehidupan yang seterusnya.

Apa yang saya bebelkan ini kan..saja mengisi ruang masa sambil menunggu hubby jemput tapi hakikatnya Epilog Hidup saya masih panjang lagi..insyaAllah. Masih banyak yang harus saya tulis untuk tatapan anak-anak saya nanti sebab saya tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata.


02 August 2009

Satu Petang di HSK......

Bila kita merindui seseorang pasti kita akan menatap gambar mengenang memori yang terpatri. Tidak salah saling merindui antara sahabat-sahabat kerana persahabatan yang pernah terjalin tidak akan pernah putus hingga ke akhir hayat. Saya bersyukur dengan adanya MukaBuku @ FaceBook..saya dapat menemui kengkawan saya yang telah lama terpisah..yang tidak berapa rapat pun kini boleh jadi rapat hanya dengan MukaBuku @ FaceBook.

Gambar-gambar diatas telah diambil oleh jurugambar yang baru nak professional dibantu oleh saya jugak. Hehehe...jangan marah Encik Laza.Kami memang sengaja mengambil gambar-gambar candid dan dituju pada sesiapa yang merindui HSK..

1. Gambar wajib bagi penulis dan jurugambar.
2. Inipun gambar wajib penulis dan juru touch up.
3. Jurugambar sengaja mengambil gambar biliknya yang konon-konon banyak kejalah..jangan marah ek ex bos.
4. Pokok yang sengaja di close upkan..untuk memberitahu Am bahawa pokok yang Am bagi tu masih segar bugar lagi..dijaga rapi..(Am..ni abang laza yang suruh)
5. Sama dengan No.3.

Beginilah jadinya jika bos baik ngan staff-staff. Semua boleh jadi.

28 July 2009

16 Mei 2009 yang lepas, saya telah dikurniakan seorang lagi anak sedara yang diberi nama Khalif Danial.

24 June 2009

"Selamat Hari Bapa"


Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Abah" buat Babah, Bapak Mentua nun di Seremban dan buat Darling saya. Hanya ucapan dan ingatan yang tidak pernah padam buat kalian dapat saya berikan.

Buat Babah Encik Matusan Bin Mohd Salimin

Babah..kakak sangat sayang Babah...
Kasih sayang Babah pada kakak, adik dan moon tiada tolok tandingnya..
Walaupun kakak telah berkahwin tapi kakak still tinggal ngan Babah sebab kakak takder rumah...
Babah masih menjemput kakak pulang dari kerja..
Babah masih boleh belikan apa yang kakak mahukan..
Walau kekadang Babah membebel tapi Babah tetap melakukannya jugak...
Kakak kan anak kesayangan Babah kan....
Babah tetap layan kakak sama seperti waktu kakak kecik-kecik dulu...manja...
Babah..Babah adalah seorang Babah yang sangat baik hati...lembut..penuh dengan kasih sayang...
Babah tak pernah meninggikan suara tapi kekadang adalah....
Kakak ingat lagi waktu sekolah dulu kita orang susah...
Kakak belanja 50 sen jer..bila kakak mintak lebih Babah kater takder duit..tapi kakak redha...
Kakak sayang Babah....
Kakak tak dapat bagi Babah benda yang berharga cuma doa agar Babah dipanjangkan umur..dikurniakan kesihatan yang sihat dan dimurahkan rezeki selalu sebab Babah selalu buat baik dengan orang lain...
Semoga kakak menjadi anak yang baik buat Babah...
Kakak sayanggggg....Babah.....selamanya........


Dan ucapan ini juga buat para Bapa-Bapa ataupun bakal Bapa diluar sana....