KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

30 Mac 2012

Doa Ketika Hari Hujan

Salam Jumaat. Alhamdulillah...jumaat yang penuh berkat dengan limpahan hujan mencurah-curah dari seawal pagi lagi.

Rasa malasnya ingin bersiap. Rasa malasnya mahu ke kerja. Tarik selimut sambung tidur lebih seronok rasanya.

Tapi saya sudah dibiasakan oleh bos..jangan ponteng/mc hari jumaat. Tidak elok untuk rekod pekerjaan.

Asal hujan jek kita selalu mengeluh...lahhh..hujan pulak...camner ni..

Nak sidai kain pun tak boleh..nak sapu laman pun tak boleh...

Dulu saya selalu mengeluh sebegitu...tidak pernah bersyukur sedangkan tahu..bahawa hujan itu pembawa rahmat.

Tapi nasib baik hati masih terang. Nikmat Allah berikan. Mula sedar diri. Mula insaf.

Seharusnya hujan itu pembawa rahmant buat kita. Janganlah mengeluh.

Maka berdoalah kita.

Antara waktu yang mustajab doa seseorang ialah ketika hujan mulai turun sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
 
"Carilah terkabulnya doa pada saat bertemunya dua pasukan, saat shalat didirikan, dan saat turun hujan."
Imam al-Syafi'i berkata, "Aku telah mendapati banyak orang yang mencari terkabulnya doa pada saat turun hujan dan pada saat shalat didirikan."

Lafaz doanya ialah :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.( Riwayat Imam al-Bukhari).


Dalam riwayat Sunan Ibnu Majah, baginda saw mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.

Kita hendaklah berdoa dengan doa Rasulullah saw ini bila hujan mulai turun dan boleh ditambah dengan doa hajat dan keperluan kita. Mudah-mudahan doa ketika ini diterima oleh Allah SWT.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

 
Saya suka masa hujan sebab saya akan berdoa untu kesihatan anak saya Firhan Qayyum.

16 Mac 2012

Matta Fair

Sekarang..berlangsungnya Matta Fair di PWTC selama 3 hari. Bermula 16-18 Mac. 

Pertama kali saya ke Matta Fair. Pergi bertiga time lunch tadi.

Bayar RM3, baru dapat masuk + free beg kuning tu.

Sungguh sesak dengan manusia. Rimas. Panas. 

Tak sangka. Ramai manusia yang suka berlibur. Dan paling ramai adalah Cha + Nya + Nun + Alif.

Dan..kebanyakan travel tours agency pun adalah Cha + Nya + Nun + Alif. Nampak sangat dorang ni orang kaya kan?

Pergi sana pun atas urusan kerja. Mengintai untuk tahun hadapan. Destinasi? Tak tahu lagi kemana arah. Hanya kutip segala jenis pamplet yang ada dan tunjuk.

Korang....pergilah. Tapi entah mengapa hati saya tiada di Matta Fair.
 

Pelik

Salam Jumaat. Salam Ceria. Semoga murah rezeki kalian hari ini. Amin.

Satu cerita kelakar bagi sayalah berlaku pada malam tadi. Adik tengah saya dan BIL saya ke Bandung. Memanglah sebelum ni dorang pernah gi Bandung tapi banyak tempat yang dorang tak pergi tapi saya dah pergi. T__T

Sebelum pergi memang dah bagitau tempat-tempat menarik yang dorang kena singgah terutama tempat makan. Sebab makanan kat Bandung..sedap-sedap bangat dong!

Dijadikan cerita, BIL saya ni call lagi..tanya mana tempat makan yang best kat Bandung. Memang lemau adik tengah saya ni. Dah bagitau tapi masih lupa. Sayapun dengan bangga diri ceritalah bagai nak rak.

Nak ke KAMPUNG DAUN  jauh katanya. Mengejar masa yang terhad. Nak makan kat pondok-pondok cam yang kami pergi dulu jugak. Alih-alih BIL suruh saya berbual ngan pak supir sudahnya.

Pak Supir : Dimana ya tempat makannya?

Saya : RESTORAN RM. SUNDA KELAPA GARDEN pak....

Pak Supir : Itu dimana tempatnya? Jalan apa ya?

Saya : ?????Enggak tahu pak..rasanya atas sikit dari Chow Kit Cihemplas..

Pak Supir : Okay..enggak apa-apaan. Bye.

Saya : Aku orang Bandung ke dia orang Bandung????(^__^)

Saya jadi pelik sebab orang Bandung tanya saya alamat tempat makan tu..hik..hik..hik..kelakarlah pulak. Mentang-mentang dah 2-3 kali pegi..dorang ingat saya dah hapal jalan kat Bandung kot. 

Moral of the storynye...lebih baik cari pak supir yang pandai serba serbi. Dari segi tempat shopping..tempat menarik..dan tempat makan. Tidaklah kita membuang masa tumpang dorang sesat carik jalan nanti.

Dan lagi satu..bersedia dari kat Malaysia lagi. Korang jangan segan silu mempergunakan Pak Google tu. Suruh jek dia cari apa yang korang nak.

Lepas ni..agak-agak..bolehlah saya jadi pemandu pelancong ke Bandung...hahahahahaha....

Pada sesapa yang nak amik saya jadi pemandu pelancong nak melancong ke Bandung..bolehlah pergi tempat-tempat makan ni..saya bagi alamat sekali. Tunjuk jek kat pak supir tu...kalau dorang tak tau jugak. Korang suruh stop mobilnya..carik supir lain...hahahahahahha...gurau jumaat ek!

Tempat-tempat ini berdasarkan pengalaman saya....

 Jl. Sersan Bajuri Km. 4,7 No. 88 RR1 – Bandung
Phone: 022-2787915, 2784572, 2784573
 
 Jl. Dr. Setiabudi, No.5, Setiabudi - Bandung
Phone : 022-2031340
 
Jl. Pasirkaliki No. 189 Cipedes Sukajadi Bandung Jawa Barat
Phone :  022 6120169
 
 Alamat tak jumpa. Tapi kalau korang pi Rumah Mode..Pak Chi Med ni sehalalah jalanya..
 
SAPU LIDI
Jl. Cihampelas 7 - Bandung
Yang ni suggestion dari teman saya. Makan ala-ala tepi sawah gitu
 
Harap-harap berguna untuk anda semua. PEACE (~_^)










 

27 April 2011

Jeruk Jambu from Tapah

Korang pernah makan Jeruk Jambu ni? Aku baru 1st time tengok dan makan. Itupun bos aku MNH bawak balik dari Ipoh masa dia pi outstation. AKu jadi jakun jap. Menurut kata bos aku..Jeruk Jambu ni hanya ada kat sana jek..

Satu plastik ada 2 biji. Harganya RM10.00. Boleh tahan jugaklah...rasa Jeruk Jambu ni? Agak manis sedikit dan tidak masam.
Sesiapa yang belum mencuba silalah cari di sana ek....Selamat Mencuba.

Alin Marlini : sangat suka jeruk cermai......tapi susah nak dapat kat Sg Buloh...

18 Februari 2011

Kenapa Air Masak Tak Sedap!


Satu petang yang panas...

Aku berjalan-jalan menghirup suasana yang tenang. Tiba-tiba tekakku terasa haus sangat. Lalu ku singgah ke warung berdekatan. Ku hulur duit dan ku sambut air livita bagi menghilang dahaga. Kenapa livita?Kenapa tidak air masak?

Itulah masalah tekak aku.. Bukan sakit tekak. Tapi tekak aku memang tak boleh terima air masak. Aku ni jenis susah nak minum air masak. Sepatutnya kita harus minum air masak 7-8 gelas sehari..tapi aku segelas pun susah sangat. Macam ek?

Percaya atau tidak? Aku makan ubat kena ngan air berkaler. Aku tak bisa minum ubat dengan air masak..nanti mesti ubat keluar balik.
Qayyum jugak mengikut aku sekarang ni. Nak makan ubat kena ngan air sedap. Mesti ada stok air vitagen, susu, ribena, oren ke kat umah. Kalau tidak memang dia susah nak makan ubat. Banding ngan kakak dia, Balqis memang suker air masak. Alhamdulillah..tak payah susah-susah nak training.


Aku tahu..air masak sangat penting untuk badan kita tapi aku selalu menolaknya. Tapi kenapa? Sebab takder air masak takder rasalah....
Tapi aku mahu sedarkan diri aku. Aku harus tekad. Aku harus cekal.

Jom kita kongsi ilmu tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan
 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
 
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
 
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
 
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
 
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
 
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
 
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
 
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


Cuba sedar diri okay....

03 Januari 2011

Buah Pisang Kaki

Tau tak buah apa ni? Nilah buah pisang kaki. Dulu..aku memang tak reti makan or belipun...tapi Adik Kecik aku yang suka makan. Lama2 jadi terikut ...dan mula suker...sedap n ada khasiat tau....cubalah...




Pisang kaki ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus DiospyrosEbenaceae. Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa". Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwarna jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".

Tahukah anda??Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi.

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Nak tahu camner ruper pokok Pisang Kaki ni???


Pokok ni ada kat Jepun. Bilalah aku nak pegi Jepun nie..teringin nak nengok pokok Pisang Kaki ni... :)

17 Disember 2010

Kelebihan Bismillah

~Tazkirah Jumaat~

Mukjizat di sebalik BISMILLAH. BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '  

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH  


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.  

2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)  

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.  

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.  

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.  

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .  Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '  

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '  

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.  

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.. 
 
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 
 
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.  

10 Disember 2010

Petua Agar Anak2 Ikut Cakap AnakBapa


~Takzirah Jumaat~
  • Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya  (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.
  • Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang  1 inci dari rambut.
  • Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.
  • Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah  permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".
  • Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

18 Oktober 2010

CiCaK ToKeK

Korang penah dengar pasal  Cicak Tokek?Aku pun tak pernah dengar gak..tapi lately ni sangat glamer si Encik Cicak Tokek atau Cicak Besar ni...lagi glamer dari Anuar Zain...kikikiki..

Actually, aku nak sharing info ni ngan korang pasal Encik Cicak Tokek ni sangat berharga dirinya. Boleh cecah jutaan ringgit..Kayo makcik!!Ni semua gara-gara Adik Bongsuku...sibuk bercerita pasal lagenda Cicak Tokek ni...ngalahkan citer Lagenda Budak Setan plak...

Dia dan beberapa kawan seangkatannya sedang giat membela Encik Cicak Tokek ni. Modal hanya RM1,200.00 yang dishare beramai-ramai dan untungnya yang boleh mencecah ratusan ribu..mungkin jutaan ringgit dengan syarat Encik Cicak Tokek mesti gemok dan sihat. Jika Encik Cicak Tokek hanya seperti Encik Cicak Kubing (cam yang ada kat umah Kak Eynda tu..hehehe) tak dapatlah ratusan ribu ringgit. So, kena cukup makan, pakailah ....barulah masyukkk...

Apa yang glamer sangat Encik Cicak Tokek ni???Hebat sangat  ke?Hensem sangat ke? Sasa sangat ke?
Difahamkan bahawa cicak tokek ini mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian hempedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinikal tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanser melawan HIV dan H1N1 viral. Sumber Ajaibbenar
Sangat hebat kuasa Encik Cicak Tokek ni ek..ala-ala Cicak Man pulak...hehehehe...

Ada yang berminat nak jadi penternak? Boleh jadi kayo tuu...tapi aku ni penggeli..tak sanggup nak nengok apatah lagi nak pegang. Geli wooo....

Nak tengok camner ruper Encik Cicak Tokek? Sila tengok dibawah ni.....

Amaran!!!Ibu mengandong tidak boleh lihat....
*
*
*
*
*
*
*
*

Sayalah Encik Cicak Tokek...hehehehe







Ngeh!Ngeh!..aku saja bagi korang tengok Encik Cicak Tokek versi kartun..pasal aku geli nak tunjuk gambaran sebenar. Sesaper yang tak geli bolehlah search kat google...korang taip jek Cicak Tokek...berlambak muka depa nih..orang tengah glamer kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...