KAMU YANG SUKA SAYA

03 Januari 2011

Buah Pisang Kaki

Tau tak buah apa ni? Nilah buah pisang kaki. Dulu..aku memang tak reti makan or belipun...tapi Adik Kecik aku yang suka makan. Lama2 jadi terikut ...dan mula suker...sedap n ada khasiat tau....cubalah...




Pisang kaki ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus DiospyrosEbenaceae. Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa". Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwarna jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".

Tahukah anda??Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi.

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Nak tahu camner ruper pokok Pisang Kaki ni???


Pokok ni ada kat Jepun. Bilalah aku nak pegi Jepun nie..teringin nak nengok pokok Pisang Kaki ni... :)

18 ulasan:

Yan berkata...

Akak suka sangat makan buah ni. My mommy lak suka makan yg died punya.. Best sangat...

Sofya berkata...

erm pisang kaki.. sedap! pernah makan tapi ni 1st tengok pokok dia..

Myaby berkata...

comel ah pokok die. kat msia xdak eh. patot x kenal buah tu. hihihihih.

Alin berkata...

sangat suker buah nie..:)

Amy Syaquena berkata...

amy pernah tengok tapi xpernah makan..macam mane rasanya ye..

Alin berkata...

Amy : sedap my..cubalah rasaer..ader rs cam epal pun ada..pear pun ado..tp isi dia keras ckit..

MB : Kat Malaysia xder kot...pokok pisang kaki yg hiasan tu adalah...hehehe

daisy berkata...

aku kalau pegi pasaraya,tak pernah rasa nak mencuba pulak buah ni.sebab rupa dia cam tomato,aku pun automatik setting dalam kepala rasa dia masam

Alin Marlini berkata...

Daisy baik ko cuba..sedap...aku mula2 cam tak suka..tp bl nak makan..pasti nak lagi...pi beli sekarang jugak...hehehe

~aku_najwa~ berkata...

actually seumur hidup mmg x pernah lg merasa buah ni...nnt kena try lah

diana berkata...

oo..
pisang kaki namanye ye..
pelik nama dia..
tak tau pulak nama dia pisang kaki
tapi biasa la makan..

sue berkata...

Sue pun tak berapa suka mkn pisang kaki...Dan baru ja kenal juga rupa pisang kaki ni..ermmm..tak sesuai kan namanya..Tang manalah pisangnya tu kan..hehehhehee

Alin berkata...

Najwa : orang ngandung pun blh makan..heheh

Sue : tulah psl..tang mana ada kaki pun x taulah..hehehe

Diana : hahaha...bedal je...

kakchik@ella berkata...

kakchik suka makan sebab dia sedap. tapi herankan nama dia pilih pisang dan kaki utk nama dia. hihi ..

Adik, thnks for sharing dis ye. 1st time akak tgk pokok dia. really appreciate. gd job adik.

Ellen berkata...

sedap buah ni..akak ellen suka sangat..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ berkata...

aikss?? xpernah tgk nih..mana mau carikkk??

Amy Syaquena berkata...

pasni kalau jumpa lagi leh la amy rasa..

Nieza Ishak berkata...

sedap buah ni ...
tp betul ker pisang kaki ???

Just Between Us berkata...

Saya pernah mkn sekali, 2 minggu lepas. X kenal pun buah ni tapi adik tgh makan, so asking her. dia ckp pisang kaki. Mula rs x percaya, iye laa pisang kan pjg tp yg ni bulat. x kisah la. Bila mkn, sedap. mcm rs buah ciku... gitu2 laa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...