KAMU YANG SUKA SAYA

10 Disember 2008

Fatin Farhana Balqis

Musim cuti sekolah ni..jadual dihujung minggu memang padat..bukan berjalan tapi dengan kenduri-kendara. Cam minggu lepas, Moksu aku buat kenduri berkhatan anak bongsu dia. Cukup meriah..macam kenduri kahwin. Dan memang tradisi keluarga sebelah Mak aku bila buat kenduri berkhatan mesti siap ada pelamin dan kompang dan paling penting mesti ada "Pengantin Cilik". Setahu aku..setakat aku hidup hingga ke hari ini, aku belum tengoklah ada majlis berkhatan yang siap ada pengantin. Selalunya hanya budak yang nak dikhatankan sahaja akan diiring dengan paluan kompang tapi memang tradisi keluarga kami mesti ada "Pengantin Cilik". Dan anak sulungku Fatin Farhana Balqis untuk kali kedua dijadikan pasangan "Pengantin Cilik" tersebut. Dia memang suka bab berhias ni. Bermula dari awal "Pengantin Cilik" diarak dengan paluan kompang, kami sekeluarga dah tergelak sakan rasa kelakar..pasti orang yang lalu lalang yang tidak tahu hujung pangkal pasti akan tertanya-tanya siapa lak yang kahwin ni. Naper budak kecik lak yang kawin? Sampai ada orang berhenti ditepi-tepi jalan untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku. Rugi tak panggil TV3. Dari diarak dengan paluan kompang, "Pengantin Cilik" ini akan disandingkan di pelamin. Bukan pelamin angan..dan bukan pelamin mainan..tapi pelamin betul tau. Disandingkan bak Raja Sehari. Bukan sahaja pengantin jer yang cilik..pengapit pun budak-budak cilik gak.. Kemudian ditepung tawar lagi. Kami yang berada disekeliling pelamin tersebut, dah tergelak-gelak..rasa cam kelakar. Tapi aku solute anak aku..langsung tak rasa nervous..atau malu-malu. Siap control ayu lagi..Adik sepupu aku lak yang malu-malu..Tidak cukup jika tiada meja makan beradap untuk pengantin..itupun disediakan oleh kami khas untuk "Pengantin Cilik". Tetamu yang datangpun pelik bila lihat paranormal ini..yelah..dijemput kenduri berkhatan tapi ada pelamin. Siapa yang berkahwin? Tapi inilah tradisi keluarga kami (Ibrahim's Family) yang aku rasa patut dikekalkan untuk keunikan tradisi. Harap-harap ianya akan dikekalkan hingga generasi akan datang. Harap maklum gambar-gambar belum update lagi..tunggulah sikit masa lagi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...