KAMU YANG SUKA SAYA

08 Mei 2010

Cream Chiffon Cheese Cake

Salam semua...nak buat per pulak ngan cream cheese & butter tu???Ni mesti nak buat cheese kek kan?

Betul.......yang keberapa kali tak tahulah...Alin memang lemah kalau nak buat cheese kek ni..selalu tak menjadi...dah pi ambik kelas pun tak jadi2...mintak2 kali ni jadilah....

Petang2 hari dihujung minggu ni...dari membuta lebih baik mengunyah kan..:) Pun dari laman blog Hana Alin cilok sekali lagi resepi dia. Mintak cilok ye Hana...
~Cream Cheese Chiffon Cake~
Bahan A :

90 ml susu segar
60 gm cream cheese
40 gm butter
120 gm tepung kek (diayak)
5 biji telur kuning 
100 gm gula kastor
1/2 tsp garam
1 tsp ovellete (optional)

Bahan B :

5 biji putih telur
1/2 tsp cream of tar tar

Cara-Cara :

1. Panaskan oven selama 10 minit. Griskan loyang.
2. Cairkan butter, campur susu & cream cheese dan suamkan secara double boiler.
3. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga gebu.
4. Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji. Pukul.
5. Masukkan ovellete & garam. Putar. Masukkan tepung kek, pukul hingga sebati.
6. Didalam bekas yang lain, pukul Bahan B hingga kembang & gebu (soft peak form/terbalikkan mangkuk telur tak jatuh)
7. Masukkan ke dalam adunan tepung kek tadi dan kaup balik hingga sebati.
8. Tuang ke dalam acuan.
9. Bakar pada suhu 150'c selama 45-50 minit. 

Tips : Kek Chiffon hendaklah dibakar dalam oven yang 'warm' bagi mendapatkan hasil yang baik. Panaskan oven sebelum bakar.


2 ulasan:

.: iEyLa :. berkata...

weee..dapnye kak..
nk cikit.. :p

adarnadzmie berkata...

cedapnya alin...memang alin pakar masak kek kan...klu akak la memang tak jadik la kek tu...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...