Alhamdulillah..akhirnya siap gak assignment "Journey To Jakarta-Bandung"aku.Wah!wah!wah! cam study plak ek. Hampir 4 bulan baru nak siap. Maaflah kekangan masa yang tidak mengizinkan aku bermadah helah. Bagi sesapa yang nak ke Bandung atau Jakarta boleh lihat-lihat blog saya ni.
Alhamdulillah akhinya penerbangan ke Jakarta berjalan lancar. Harap-harap lancarlah untuk 6 hari. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu kerana inilah baru pertama aku naik kapal terbang...tu yang jakun sikit. Walaupun flight delay hampir 2 jam, tpt jam 9.30 a.m aku sampai di Lapangan Terbang Soekarnao Hatta jugak. Rombongan Cik Kiah seramai 12 orang, Aku, Encik Suami, Balqis, Qayyum, Babahku, Emakku, Adikku Moon, Adik Sepupuku Fira, Kawan Adikku, Tiara & Ina. Aku tidak sabar-sabar nak berjumpa dengan pak supir yang memang telah aku maklumkan dari Malaysia lagi. Rupa-rupanya pak supir aku tu dari pagi dah siap sedia menanti kami. Ku pikir pak supirnya udah berusia rupa-rupanya masih ganteng dan kecil molek aja orangya. Namanya Pak Tatang. Asal Bandung. Nombor telepon +628157112749. Umur 36 tahun. Sila hubungi dia jika berminat ek. Kemudian kami dibawa dengan Van Pregio. Perjalanan kami selama 6 hari dari Jakarta-Bandung dan Bandung-Jakarta cuma Rp4.6 juta. Berbaloi tak? Perut masing-masing dah berbunyi sedangkan baru pukul 10.00 pagi. Kedai makanpun belum beroperasi lagi. Pak Tatang bawa kami ke Restoran Sunda...kedai tu pun belum buka tapi untunglah kami dapat layanan istimewa sebagai pelanggan pertamalah. Bila perut masing-masing dah kenyang, Pak Tatang meneruskan perjalanan menuju ke bandar Bandung. Adikku, Murni demam pulak..langsung takder mood...tapi masih tidak membantutkan rancangan melancong kami. Aku suruh dia telan ubat agar berpeluh sedikit tapi macamaner nak berpeluh kalau asyik hujan sajer.
Kalau korang nak tau, perjalanan dari Jakarta ke Banding mengambil masa dalam 3-4 jam. Jika jalan jem lambatlah sampai. Nasib baik hari Khamis..arus jalan lancar. Kalau nak tau lagi h/way dorang ni macam h/way kiter gak suma kat sana straight jek takder bengkang bengkok. Kiri kanan ada sawah padi dan hutan belukar. Sangat cantik.
Untuk pengetahuan korang jugak, jalan raya kat Bandung ni bersimpang siur..xder line putih pun..main redah jek. Agak-agak boleh cilok just "pon-pon" (bunyikan hon). Agak-agak tak puas hati ngan orang sebelah makan line kiter..pon lagi. Takder marah punya...semua pemandu di Bandung ni baik hati dan penyabar orangnya. Sesak..sesak gak tapi kete still leh moving. Cuba try test kat Malaysia..silap haribulan kena tunjuk f&$*!!!Itulah keistimewaan Bandung.
~Rumah Mode~
Tempat pertama Pak Tatang bawak..Rumah Mode. Rumah Mode ni sebiji rumah banglo setingkat dijadikan gedung pakaian-pakaian branded. Ada AX, ERD (ala...baju yang selalu AC pakai dalam AC Sempoi tu) tapi tak beli pun sebab semua baju ada gambar tengkorak. Saya sempat gak rembat baju AX dan selendang yang sukar didapati di Malaysia dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Aku sebenarnya tak tahu mana satu yang ori..bedal jek. Tapi orang kater kat Rumah Mode memang original type but reject.
~Grande~
Kemudian Pak Tatang ke Grande. Kat Grande nilah baru aku ada mood sebab nampak baju2 tido yang sangat cantik dan seksi meksi pun ada. Aku mula giler bershopping...semua baju tuk anak2 jek..Simpan untuk baju raya. Terukkan? Aku memang begitu beli seawal mungkin simpan untuk jangka masa yang panjang. Siapa ingin jimat...sila tanya aku ek..Aku takkan lupa beli tuk Danish & Danial (bucuk mamalong). Kalu tak beli rasa berdosa plak kan....Hampir 1juta rp aku perabihkan duit. Takpelah...shopping untuk 1 tahun. pehtu plak kami jejalan di sekitar Fo kat area Grande tu. Pada yang banyak duit dan iman tak berapa kuat memang takleh tahan rasenyer..sib baik tak bawak duit banyak...hehehehehe...Habis ronda kami terus pulang ke hotel. Malam pertama makan Maggi jek.
Hari 2, 15 Januari 2010 ~Bandung~
~Pasar Baru~
Seawal jam 8 pagi Pak Tatang dah setia menanti kami di hotel. Sangat efisyen pak supir ni..yelah kan dah dibayar haruslah bagus servisnya. Hari ke 2, Pak Tatang bawak kami ke Pasar Baru (PB). Sampai je di sana banyak kedai belum dibuka. Jika kami pembeli terawal, acara pecah telur kata penjualnya. Mungkin pembawa rezeki kot. Aku and the Gang tak tentu arah..pasal tak tahu nak tuju kedai yang mana satu dulu. So, kami berpecah dengan syarat jangan pergi lantai (tingkat) yang lain, nanti susah nak cari. Di PB ni..macam-macam ada...dari telekung, kain lace, cotton, sulam, baju kebaya, beg dan macam-macamlah. Beli punya beli tak sedar perut dah berkeroncong..tapi..Encik Suami dah hilang. Cari punya cari rupanya dia dok beli sarung kusyen bulu beruang untuk rumah baru kami nanti.Pandai gak dia beli ek..kain-kain dia tak layan...Peh tu kami ke lantai 5 tempat makan. Baru jek lalu..dekat 2-3 orang pekerja kat situ kerumun kami. "Mau makan apa pak?" Tapi kena hati-hati memilih kedai makan takut tersalah kedai yang tidak Halal pulak nanti. Kami memilih untuk mencuba makan makanan sunda kali ke 2. Nampak macam menyelerakan tapi yelahkan..kat Malaysia lagi sedap. Habis makan ingat nak terus balik hotel sebab kesian Pak Tatang tunggu lamer di parkir. Ingatkan dah habis shopping..tapi sambung balik...ada jer yang nak dibeli lagi. Hampir pukul 4 baru kami pulang. Lepas hantar Babah, Mak dan anak-anak aku ke hotel, kami suruh Pak Tatang hantar sekali lagi ke Rumah Mode. "Boleh Pak Tatang?""Boleh aja..." jawab Pak Tatang. Masih ada yang tak puas hati sebab semalam tak beli apa-apa kat Rumah Mode.

Masih ada masa lagi ni..kami suruh Pak Tatang bawak kami kedai Parfume Shop. Perfume Shop ni memang terkenal. Semua member-member aku yang ke Bandung mesti singgah ke Parfume Shop ni. Siap berkenalan dgn tukang bancuh parfume kat citu lagi..Eddy S namanya. Dia ni kira glamerlah...Banyak jugak aku borong..seperti biasa buat stok untuk setahun.Hehehehehe.
Pehtu kami pegi kedai jual helmet plak disebabkan Encik Suami sangat teruja dengan helmet-helmet yang dipakai orang di Bandung. Sangat cantik, sangat menarik, sangat beraneka reka bentuk dan warna. Pak Tatang macam tau-tau jek apa yang bermain dalam fikiran Encik Suami. "Mau cari helmet". Pastinya "mauuuuk...". Pak Tatang bawak kami ke Helmet Shop. Masuk jek kedai helmet tu..semua jadi jakun dan xcited terlebih-lebih. Helmet kat kedai tu sangat cantik. Macam-macam ada. Dari yang murah..paling mahal pun bawah rp200 ribu. Kami sempat bergambar-gambar lagi dalam kedai helmet tu. Cuba kat Kedai Welly Sg Buloh..mesti malu giler nak berpossing.
Kalau korang nak tahu lagi, kat Bandung ni kena tips. Parking kena tips, jaga parking kena bagi tips..tapi tips tak banyaklah setiap kali parking cuma rp3000 (0.50). Kalau kat KL maner dpt..parking depan Campbell RM2.50 sejam.
Jam 7 baru pulang ke hotel. Makanan malam ni kami tapau je dari restoran padang. Sambil makan..sambil nonton TV. Tapi nasi padang kat sana tak sedap..sedap lagi nasi padang kat kedai pakcik depan Sogo..hehehe..
Sambil makan sambil layan TV kat sana..Aku suker iklan Indon...semua berkisarkan rakyat jelata dia jer. No mixer. Citer dorang pun best-best. kalau berita dorang langsung takder tapisan. Hari-hari ada jek kisah orang bunuh diri. Rumah tak cantik..bunuh diri..apa daa..Tapi malam kat sana rasa panjang sangat. Celik je mata ..baru pukul 4 pagi..aduh..bila nak siang nih....
Hari ke 3, 16 Januari 2010 ~Bandung~
Hari ni jadual kami ke Chibaduyut, Toko 3, Chemplas dan Kampung Daun.
~Cibaduyut~
Nama kat Indon ni pelik-pelik. Pak Tatang kater Chibaduyut ni tempat jual barangan kulit. Tak lengkap kalau tak pergi. So..layannn. Memang macam-macam beg kulit, kasut kuli, baju kulit ada di sini. Tapi takder yang berkenan pun. Dan jangan terkejut, di sini barangan senjata bahaya spt pisau, pistol, parang, senapang semua dijual di tepi-tepi jalan jer. Indon kan...saper nak beli boleh tapi risiko tanggung sendirilah.
~Toko 3~
Syurga jeans. Macam-macam brand jeans ada di sini. Sediakan Rp jek. Aku beli sepasang pasal kalau tak beli nanti terbayang-bayang. Babahpun beli suar jeans & jaket kegemarannya. Encik Suami tak beli apa-apa cuma jadi cameraman jek.
~Chemplas~
Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan kami ke Chemplas. Pak Tatang yang beria-ia nak bawak kami ke Chemplas..sebab mesti anak-anak aku suker. Yelah..tarikan utama Chemplas ni patung-patung besar yang menghiasi kedai-kedai di sepanjang jalan. Ada Superman, Batman, Ramboo dan macam-macam lagilah..semua hero-hero kartun. Turun je dari van, kami dikerumui oleh pengamin (peminta sedekah) dan penjaja. Bab ni yang boleh buat spoil mood jek. Aku rimas dengan hujan renyai2..kereta lalu lalang. Tidak selesa. Tak banyak kedai yang kami terjah..just selayang pandang jek. kesian kat Pak Tatang dah bawak kami. Kami tak beli apapun..cuma sempat possing-possing jek..tu wajib...
~Jalan Dago, Heritage Mall, Dago Mall~Hari ke 3, 16 Januari 2010 ~Bandung~

Semua tempat di atas adalah tempat jualan baju-baju branded. Tapi harga disini saya rasa mahal sedikit. Kat area sinilah banyak orang-orang kaya Jakarta turun shopping. So, kami just window shopping dan berpossing jek. Sempat lagi possing ngan Pak Polisi kat sana. Dorang pun sporting layan kami.Syabas...mr shahab...
~Kampung Daun~ kampungdaun (klik sini)
Kalau Moksu yang tidak beria-ria suruh kitaorang singgah ke Kampung Daun, memang kami tak pergipun. Kalau tak pergi raser rugi benor. Bagi melengkapkan perjalanan kami pergi juga. Cuaca pun tidak berapa memuaskan. Hujan dari pagi tapi taklah lebat sangat. Kampung Daun ni lebih kurang Cameron Highlandslah. Sebab apa dipanggil Kampung Daun? Sebab banyak daun kot. Memang sepanjang perjalanan ke sana penuh dengan tumbuhan fauna & flora. Apa yang ada di Kampung Daun? Sebenarnya Kampung Daun ni ala-ala tempat rekreasi. Dalam taman ada tempat menjamu selera. Tapi disebabkan adik Moon demam, kami tak jadi jamu selera kat situ. So, perkara wajib, hanya possing-possing jek bergambar. Pak Tatang..hantar kami pulang..kami mau pulang.p/s : kalau singgah Kampung Daun, sila jamu selera disana kerana makanan kat sana sedap bangat.

Hari ke 4, 17 Januari 2010 ~Bandung-Jakarta~
Hari ni hari terakhir di Bandung. Pagi-pagi Pak Tatang bawak kami ke Pasar Pagi tidak jauh dari hotel kami. Memang besar Pasar Pagi di Bandung. Larat dengan tak larat jek nak jalan. Yang ikut cuma aku, Encik Suami, Babah, Fira dan Qayyum. Yang lain lebih suker tido. Mak malas nak ikut sibuk kemas beg. Yelah..bawak satu beg balik 3 beg..hihihi..Aku malam tadi dah siap kemas-kemas. bawak 4 beg sandang + satu beg kain. Kat Pasar Pagi ni macam-macam dijual. Ada yang kater harganya lebih murah tapi aku raser lebih kurang jek. Apa yang pelik-pelik semua ada kat sini. Anak Penyu pun ada dijual. Aku jadi sangat teruja dan jakun. hehehehe..yelah kat Malaysia kalau nak unik kat Petaling Street. Ada anjing..kodok..B..i pun ado..Penat jalan, Babah kater..nak try naik keta kuda tak? Wah!!!nakkkkkk.....seumur hidup tak pernah pun naik keta kuda...huhuhuhu..Sekali round charges Rp30,000 (RM10)..murahkan??? Kemudian aku suruh Pak Tatang bawak kami ke Pasar baru sekali lagi. Masih tak puas hati nih..hehehehe..Nak tau apa aku beli?Aku beli kain organza sulam dan 2 telekung kekanak. Hah! lagi satu kalau nak cari baju Bandung..beli kat Pasar Baru. Jangan beli dikaki lima atau tepi jalan sebab t'shirt di Pasar Baru lagi berkualiti dan murah. Baru puas hati. Jam 12.30 kami check out dari hotel. Selamat tinggal Bandung..ada rezeki kami datang lagi.

~Puncak~
Sebelum sampai ke Jakarta, Pak Tatang bawak kami ronda-ronda Puncak. Puncak ni ala-ala Genting Highlands plak. Rugi kalau tak pergi. Apa yang ada di Puncak ni hanya sebuah Masjid yang dikelilingi air..tapi aku tak singgah pun masjid tu pasal cuaca tak begitu mengizinkan. Yang adik aku sorang nipun..dari pergi sampai nak balik demam lagi. Cuaca kat sana amat sejuk..bila cakap siap kuar asap kat mulut lagi. Lepak kat atas sekejap jek sambil makan jagung bakar ngan ubi kayu goreng. Yang uniknya tauhu bakar pun ada siap makan ngan cili api lagi.Fuhh!!!!syokk...
Sepanjang jalan nak turun dari puncak, korang akan nampak berderet-deret pengamin. semuanya yang cacat anggota badan. Sangat kasihan. Kami buat amal jariah gak kat sana. Mana syiling berlebih-lebih kami hulur kat dorang. Biar dorang doakan kami murah rezeki.Amin.
Lewat petang baru kami sampai di Jakarta. Kedatangan kami ke Jakarta disambut dengan hujan lebat. Kami menginap di Hotel Aphine, 3 Bintang. Sangat selesa, cantik dan mahal sikitlah. 1 mlm Rp1juta (RM372) untuk deluxe room. Baru saja mahu berehat, Fira kater adikku demam panas dan kecing berdarah. Kelam kabutlah aku dan Encik Suami. Dan yang paling risau..Maklah. Aku suruh Pak Tatang bawak ke klinik berdekatan. Baru aku tahu kenapa dalam sinetron2 Indonesia, rakyat yang tidak berduit tidak mungkin ke Rumah Sakit. Rumah Sakit di Jakarta sangat cantik dan kelassss.. dan jangan terkejut..sekali jumpa doktor kena caj Rp450,000 . Ambil ubat kena lagi caj Rp 450,000. Waduh!Waduh!..sangat expensive. Nasib baik tak duduk kat situ..kalau tidak habih duit kat Rumah Sakit jek..tak payah shopping.
Hari ke 5, 18 Januari 2010~Jakarta~
Hari ke 5, 18 Januari 2010~Jakarta~
Hari ni Pak Tatang bawak kami ke Tanah Abang. Aku bayangkan Tanah Abang ni macam tanah lapang. Rupa-rupanya bangunan. Jejak je kaki kat Tanah Abang, aku bayangkan macam kat Plaza GM kat Chow Kit. lebih kurang jek. Aku cari apa yang patut dibeli sahaja. 1 beg untuk Tini, 1 beg untuk Kak Fieda, 1 beg bagasi untuk aku dan 1 beg laptop. Anak aku Balqis mula merengek-rengek nak beg roda gak. Aku ingat nak bawak p sekolah..rupenye nak isi baju dia..kwang..kwang..kwang..Sangat murah dan cantik-cantik.
Kemudian Pak Tatang bawak kami ke Magga 2. Ya!Ampun..berada di Mangga 2 ni seolah-olah berada kat pasar malam @ Petaling Street. Sangat sesak dengan orang. Rasa tidak selesa. Hanya window shopping lagi. Takder hatipun nak beli apa.
Dari Malaysia, sepupuku suruh beli jeans levi's. Kami suruh Pak Tatang hantar ke Kelapa Gading. Tak sangka kat sana pun ada Sogo. Rindulah kat Sogo, erm..lepaskan gianlah nak beli barang kat Sogo.
Pergi tanpa ditemani Encik Suami , kami suruh Pak Tatang bawak ke Hard Rock Cafe. Kalau tak pergi raser menyesallll....Habih jejalan dan berpossing..tipon jek Pak Tatang suruh ambik. Macam bos pulak. Balik hotel boleh rehat-rehat. Nonto tv lagi. Kat Jakarta ni kitaorang makan Maggi jek..pasal maleh nak turun cari kedai makan.
Hari 6, 19 Januari 2010~ Jakarta~
Hari terakhir di Jakarta, Indonesia. Kami dibawa bersiar-siar sekitar bandar Jakarta. Kami ke Monas, mercu tanda Indonesia. Kita ada Menara KL. Dalam hati, tempat nilah aku nak pergi..nak amik gambar macam Am. Aku dan Encik Suami berpossing nak amik gambar. Tukang amik gambar kat situ pun menawarkan perkhidmatan sambil menunjukkan gambar-gambar yang telah diambil. "Enggak mau bapak..kami udah pandai kami sendiri".
Flight kami pukul 3.30 ptg, banyak masa lagi. Pak Tatang bawak ronda-ronda lagi. Kami pergi segala shopping Mall kat Jakarta. Terasa cepat masa berlalu..sudah 6 hari kami di sana. Terasa sedih pulak ingin meninggalkan Pak Tatang yang budiman. Sepanjang perjalanan, kami nyanyi lagu balik kampung. Pak Tatang pula hiburkan kami dengan lagu gelang sipaku gelang. Segala kenangan manis akan tersemat sampai bila-bila. Bila nak balik, mana-mana duit rupiah yang berlebih-lebih kami bagi Pak Tatang. Suka dia. Qayyum yang selalu memanggil "Pak Tatang" masih merindui dia. Harap-harap ada rezeki berjumpalah lagi kita.
Tips :
~ Jika jumpa pengamin, kita boleh bagi sedekah tapi kena pandang kiri kanan dulu takut dia bawak geng plak..tak ke jenuh nak bagi.
~ Jika mahu beli barang, jangan sesekali kita tidak membeli jika sudah ditawar banyak kali. Dorang ni ada hati & perasaan. Dah tawar-tawar tak mahu beli plak..takker hangin satu badan. Kalau betul-betul nak beli barulah tawar seboleh-bolehnya.
~Jangan bawak banyak baju. Beli kat sana jek.
~Jangan tukar duit di sana. Lebih baik tukar di Malaysia lagi banyak dapat.
Sekian saja assignment saya. Bulan 7 pegi lagi..hehehehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan