Petang
ahad lepas..teringin sangat nak wat Nugget Ayam sendiri...pasai apa
gedik sangat pompuan ni rajin masak kan??hehehehe...semangat ni datang
lepas usher2 blog HANA.
Kebetulan ada daging ayam dalam peti ais. Bahan dah ada..senang sikit...apalagi......mula operasi...
Bahan-Bahan :
400 gm daging ayam cincang (Alin guna cap Ramli)
1 cwn breadcrumbs (boleh ganti tepung gandum/serbuk oat/cornflakes)
1/4 biji telur (Alin guna sebiji)
sedikit garam
sedikit lada sulah
Untuk saduran/coating :
Kaedah 1
Breadcrumbs
Tepung Gandum
Telur
Kaedah 2
Air
Penyembur air @ spray
Breadcrumbs
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2.
Bulat2 & leperkan dan lumurkan bersama tepung gandum mengikut
citarasa masing-masing. (Alin buat bentuk love/mickey mouse/bulat)
Kaedah saduran@coating
Celup ke dalam telur kemudian lumurkan breadcrumbs. Buat hingga habis.
@
Sembur air ke atas nugget depan belakang dan lumurkan pula dengan breadcrumbs
3. Panaskan minyak & goreng hingga kekuningan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan