KAMU YANG SUKA SAYA

17 April 2012

Kek Karamel

Percubaan pertama Dari Dapur Kecil Little Voice Cup & Cakes :)

Dicilok dari resepi Kak Ita Masam Manis

Disebabkan teruja sangat..sampai tak sabar nak tunggu kek sejuk terus terlangkup atas pinggan sampai robek hatiku...hehehehe...
Walaupun tak secantik Kak Ita Masam Manis punya...tapi mak tetap bangga..sebab menjadi kek karamel mak...hehehehehe

Sebenarnya mak malu nak tayang..tapi dah namanya blogger kan...harus + wajib tayanglah...

Marilah ramai-ramai mencuba resepi ni...berbaloi-baloi...

Step 1 
Bahan-bahan untuk Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Loyang 8 inc (saya guna loyang empat segi 7")
Taburkan gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biarkan gula hingga hancur dan warna tukar jadi perang/coklat.
Goyang-goyang loyang untuk ratakan gula yang hangus tadi.
Padamkan api dan biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Biarkan ketepi.

Sementara tu sediakan 
Step 2
Bahan-bahan untuk Karamel

1/2 tin susu cair
70g gula castor (saya guna gula icing)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua-dua bahan tersebut dan kacau rata perlahan.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Biarkan ketepi.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Step 3
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak (saya guna minyak jagung)

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Step 4
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukkan  sikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup (gaul) balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Biarkan ketepi.

Step 5
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar-tar

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Step 6
 
 Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuang dalam adunan kek ini ke atas lapisan karamel tadi.
Belang- belangkan adunan
  Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


8 ulasan:

Norzie berkata...

Sedapnya kek karamel...cantik warna kek tu.

ratusiput berkata...

tahniah2 sbb berjaya buat kek karemel ni.ratu tak berani lagi la...risau tak jd part keremelnye tu...ehehe...

kakyon berkata...

sedap kek ni alin ye..
akk pernah ode dgn kawan..memula ok cantik.kali kedua ode..kek dah jadi kek sunami..huhu corak dia ntah appepe aje..grrrrmmm.
nk blajar buat sendiri la..copy resepi ye..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

perghh... nampak sedap je tu kak... meleleh nengok.. hehe.. tp warna cam xmenarik je :)

[leily.laily] berkata...

pes try kira menjadik la tu...
waa.. best tu!

NoorNazuha berkata...

adoiii nampak sangat sedap..tapi saya ni pemalas...tau makan jeh..hehe

Izan Ishak berkata...

kak alin.. izan tgk yang dah dipotong tu macam rupa aiskrim je. sedapnyaaaaaa!!!!

cik izars berkata...

sedapnya...! ada masa kena cuba nh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...