KAMU YANG SUKA SAYA

18 November 2011

Hari Anugerah Kecermelangan Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong 2011

Saya memang tak jangka sangat tentang peperiksaan akhir tahun Qayyum. Yelaa...diakan baru 4 bulan jek bersekolah. memang dia bersekolah tadika tapi dia agak lemah sedikit. Kadang-kadang saya malu dan jeles dengan anak-anak orang lain yang bijak pandai...tapi itu bukan penyebabnya untuk Qayyum tidak boleh maju.

Setiap kali Qayyum ada ujian, saya akan bertanya dapat nombor berapa?

Dan Qayyum akan jawab "Adik dapat No. 2" dengan selambanya. Rupa-rupanya markah dia 2 jek...kekekekeke...

Bila peperiksaan akhir tahun..dia cakap dia dapat No. 2..kami gelak-gelak jek..

"Mama ngan Babah tak caya ke? Nah!!" sambil tunjuk slip keputusan peperiksaannya. Kami terkedu dan saya menangis kesyukuran. Saya rasa bangga sangat walaupun Qayyum kelas terakhir dan baru 4 bulan mempelajari pelajaran Darjah 1 tapi dia boleh berjaya. Saya malu dengan diri sendiri sebab memperkecilkan kebolehan Qayyum. Anugerah Allah buat Firhan Qayyum. Tidak terjangka.

Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong a.k.a SKSP adalah sekolah saya dari darjah 1-6. Kini..anak-anak saya yang bersekolah. Memang ada yang cakap sekolah saya sekolah kampung tapi bukan sebarangan kampung. Kini dah maju dan saya rasa sangat jeles sebab ramai budak-budak pandai.
 
Saya rakamkan setiap detik gerak langkah Firhan Qayyum. Saya mahu dia bangga dengan diri sendiri. Saya mahu dia terus berusaha.
 Langkah ke 2 Qayyum
 Langkah ke 3. Dah 2 hari buat latihan penyampaian hadiah. Nasib baik mood dia okay walaupun malu-malu..
Langkah ke 4..
Langkah ke 5...menurut kata kakak Balqis..masa latihan..Qayyum tak mau salam ngan cikgu besar. Amik adiah terus blah je. Nasib baik semalam dia okay..Tengok! dia salam cikgu besar :)
 
 Qayyum & kasut Crocsnye. Memang tagline kat sekolah. Semua orang kenal Qayyum sebab Crocsnye.
Kakak Balqis takde rezeki tahun ni. Balqis dapat no. 6. Kalau dapat no. 1-5 baru hadiah. Alhamdulillah..tahun 2011 ni anak-anak saya menjadi. Walaupun tahun ni memang agak sibuk dan kurang pantau anak-anak..tapi Balqis & Qayyum pandai bawak diri.Syukur sangat.
Generasi ke 3 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Bermula mak saya, saya dan anak-anak saya. Semoga anak-anak saya berjaya hingga ke menara gading. 
Dulu...padang itu sangat luas dan best. Tempat saya menjadi juara larian pecut. Sekarang dah tak best sebab ada 2-3 bangunan didirikan sebab tak cukup tempat.
Chenta Jiwa Lara saya :)

Tahun depan Balqis darjah 5 dan Qayyum darjah 2. Kesekejapan jek anak-anak saya besar. Rindu zaman baby dorang. Masing-masing dapat naik kelas. Walaupun bukan kelas terbaik tapi saya mahu dorang dapat A semuanya sudah memadai.

Tahun hadapan kena keje keras skit.  Balqis dah nak masuk pra UPSR. Kena struggle sikitlah..Qayyum kena banyak latihan membaca sebab bab tu dia masih lemah.

Alin Marlini : dapat jumpa kawan lama yang sama-sama bersekolah di SKSP dan anaknya jugak bersekolah di SKSP

11 ulasan:

.: iEyLa :. berkata...

congrats adik!!!
t kakak bwk adik jln2 k..hikhik

Chenta Eyfa Najibrz berkata...

Congrats utk Qayyum...tumpang bangga dgn pencapaian dia.Moga anak2 kite sume akan lulus dgn cemerlang di mase2 akan dtg.Akak pun thn depan mmg nak fokus lebey kat Syafiq sbb dah pra-UPSR kan...

ziana berkata...

Hummm..terharu nyer Lin..Itula kita ni slalu macam tu..tapi jgn tak tau anugerah Allah itu amat besar..Tahniah..wah..abis la duit mu Lin ooiii nak kena beli Ipad

Anne berkata...

Anak2 Alin lawa :)

Alin Marlini berkata...

ieyla : kakak? auntie okay...hehehehe

Kak Efa : mekacih auntie effa..samer2 kita berdoa.

Kak Ziana : kekekekekeke...tulah pasal kak...

Anne : mekacih

intanfirdaus247 berkata...

Tahniah Alin...Bangga intan dengan Qayyum.. Mudahan Qayyum berjaya dunia dan akhirat..Ameen

WuMing berkata...

Baca dan sebarkan untuk kebaikan semua.

KESAN PENYAKIT KANSER DALAM BADAN

miloais berkata...

tahniah buat Qayyum...
alhamdulillah nok...

adarnadzmie berkata...

tahniah buat qayyum n kakak...

Naimah SiDiK berkata...

very touchinggggsss ....

menangis ai baca entry nie.. even anak akakblogs frenz kan but tumpang bahagia.. dah terlambat baca entry nie...

btw ai pun risaw gaks seems like ur feelings. anak teruna ai-Qayyim pun lebey kurang laa.. agak slow skit..

marul82 berkata...

nak tanyalah korang belajar kat sekolah ni dari tahun brapa? pasal aku tanya cari member kelas lama.. aku dulu sekolah start tahun 1989.. tp aku ni jenis berpindah sekolah pasal aku ikut ayah aku.. aku betul2 nak jumpa kawan2 lama aku.. sbb aku dah tak kenal diorg lagi.. klu korang ada gambar kelas tolong post kat blog korang ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...