KAMU YANG SUKA SAYA

26 Ogos 2011

Persiapan Raya 2011

Salam Ramadhan ke 26....mesti semua tengah mood raya ^_^

Bila nak raya jek hati mesti rasa gembira...tapi ada jugak yang bersedih dengan kehilangan orang tersayang. Maaf..saya masih belum merasainya kecuali ketika arwah nenek kesayangan saya meninggal 5 tahun lepas. Kalau diizinkan biarlah saya merasai kebahagiaan ini sampai bila-bila.Tapi itu semua kuasa Allah..tak bisa kita menolaknya.

Lagi 4 hari jek kita nak berayer...dah siap persiapan korang?

Baju Raya

Tahun ni baju raya saya sepasang jek. Pecah rekod sebab sebelum ni mesti ada 5-7 pasang baju raya. Baju anak-anak baru last week beli. Pecah rekod jugak sebab sebelum ni awal-awal dah beli.
Kasut Raya

Untuk saya dan Balqis dah settle. Cuma untuk Encik Suami & Qayyum yang belum selesai. Malam tadi Qayyum dah tanya bila nak beli kasut raya dia. Dia nak beli kasut converse tapi sayang sekali dia tak boleh pakai kasut sebab boleh pakai jenis selipar je..sebab kaki dia belum benar-benar sembuh. Kesian Qayyum. Aritu jenguk-jenguk kat Crocs..old pattern..tak der yang menarik hatipun. Mau jenguk ke Nike @ selipar sporty seangkatannya pulak di Pertama hari ni. Kasut Encik Suami..biar dia beli sendiri. Kejam betul bini dia ni..hehehehe

Duit Raya
 
Encik Suami yang prepare. Tak taulah tahun ni nak bagi berapa RM sorang? Ekonomi menjunam teruk nih!

Biskut Raya

Pecah rekod jugak..sehingga minggu terakhir Ramadhan masih belum ada satupun biskut raya. Tidak tahu mengapa saya sangat MALAS tahun ni. 

Rumah
Emmmmmm...tak taulah..tahun takde masa langsung nak menghias rumah. Tapi akan cuba jugak..

Kampung

Raya pertama di Sungai Buloh ...pehtu baru balik ke Seremban.

Gaji

Dah dapat 2 hari lepas dan dah habis pon :)

Bonus Raya

Baru dapat hari ni....yahoooooooooo!!!!!!!!Alhamdulillah...

12 ulasan:

TS berkata...

wahhh..dapat bonus kah??
hihi...selamat hari raye kakak cayunk!!! ;)

Unknown berkata...

tak jauh pun balik beraya ye..kami yang lain balik beraya jauh-jauh..hehehe..
selamat hari raya
Kawasan Speed Trap (Part 1)

Akak Kembang berkata...

Ieyla : selamat hari raya lalink :) makan rendang jgn lupa den..

Abah : hehehehe..tulah kampung plg best..hehehe..Selamat hari Raya abah..

Zura Tahir berkata...

yang last tue best...hehe..

ziana berkata...

Wah syioknyer... takpe Lin yg penting perabis jer

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

SMH.MZB.

miloaiskurangmanis berkata...

best banget dapat bonus raya!

selamat menyambut hari raya buat alin sekeluarga ye...

hati2 di jalanan hoccay!

insyaallah... kita jumpa dialam maya selepas hari raya... :D

terokai seni berkata...

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

Tanpa Nama berkata...

salam alin....selamat hariraya...maaf zahir batin...seronoknya depa dpt bonus...:)

ajumohit berkata...

Selamat hari raya maaf zahir batin!!!

Tanpa Nama berkata...

salam, selmt hari raya..

rafina mimi abdullah berkata...

selamat hari raya juga alin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...