Sudah agak lama tidak buat entri tentang kesihatan Firhan Qayyum.Bagi yang tidak mengetahui mengapa aku selalu buat entri tentang Firhan Qayyum..boleh jenguk Label FIRHAN QAYYUM.
Selasa lepas appoinment Qayyum kat PPUM. Alhamdulillah..doktor kata prestasi kepulihan kaki Qayyum bertambah baik dan cemerlang. Syukur sujud pada Yang Esa kerana masih mengizinkan Qayyum berjalan dan bangkit semula. Memang dia anak yang istimewa. Semangat dan kekuatan yang ada pada dirinya memang sesuai dengan nama yang ku beri.
Masih aku ingat masa doktor di Hospital Sungai Buloh berkata pada aku dan Encik Suami. Doktor-doktor pakar itu kata jangkaan adik Qayyum boleh berjalan semula akibat kecederaan yang agak parah pada tumitnya mungkin 6-12 bulan. Betapa hancur luluh perasaan aku ketika itu. Tapi kuasa di tangan Allah. Dengan izinnya..Qayyum mula berjalan dalam masa 5 bulan selepas kejadian tersebut berlaku. Dan kerana berkat kamu-kamu yang turut mendoakan kesihatan Firhan Qayyum.
7 ulasan:
alhamdullilah la kan kak.. qayyum semakin sembuh... ni berkat penjagaan mak die yang baik ni la kan :)..
alhamdulillah, qayyum mmg kuat
Alhamdullilah .. Moga Qayyum lebih cepat sehat ye.
SAPE BOLE TOLONG CIK BUNGA INGATKAN PASAL NIE, PLEASEE :(
cik bunga bengang ar publish entry tp tak kuar kat d/board.. da tukar ke auto pon die mintak kite set date & time utk publish.. tolonggggg~~~~ :(
Alhamdulillah... Qayyum dah sembuh ye...lepas ni boleh berlari seperti biasa pula...
Alhamdulillah..berkat doa kalian jugak...
alhamdulillah tumpang gembira dengar berita nii
Catat Ulasan