KAMU YANG SUKA SAYA

28 April 2011

PWTC vs The Mall

Berpegang pada pepatah "Alang-alang keluar baik pergi banyak tempat"..kikiki..pepatah yang dicipta oleh aku sendiri.

Nasib baik appoinment Qayyum ngan doktor sekejap jek kali ni..macam tau-tau jek Qayyum dah okey. Lepas balik PPUM, aku dah janji nak bawak Balqis ngan Qayyum pegi Pesta Buku @ PWTC. Alang-alang dah nak pergi PWTC, Encik Suami parking kereta kat The Mall aka Yaohan. Siapa ada masa zaman gemilangnya Yaohan suatu ketika dahulu? Kalau zaman sekolah aku memang Yaohanlah tempat lepak-lepak. Agak-agak nak kena marah ngan mak bapak..pi Yaohan main Roller Coaster. Memang sangat best dan nostalgia. Tapi sekarang bila dah tukar nama The Mall...macam tak best sangat pulak. Tak taulah Roller Coaster tu ada lagi ke idak. Nama jek pegi The Mall tapi malas nak jalan-jalan nanti bebudak tu taknak balik plak.

Sebelum ke PWTC, kami soru dulu. Kasi perut kenyang dulu. Hari tu hari Selasa. Hari Selasa ada 50% untuk Meatball Spagetti kat Pizza Hut. Yummi....i likeeee.....

Lepas perut kenyang baru kami pi PWTC sambil redah hujan renyai-renyai. Sambil tu..korang layanlah gambar-gambar yang tak berapa nak ado ni ek....

Yummy..yummy...aku memang hantu Spagetti....bulan April ni ntah dah berapa kali aku makan Spagetti aganya...
 Superhero aku...tapi kantoi ngan si gadis bervespa itu....kikikikiki
 Sama tak senyuman kami?hehehehe...
 Chenta hati aku...
Tempat pertama sekali kitaorang pergi booth Ana Muslim. Memang gadis cilik ni peminat setia Ana Muslim. Setakat ni dah 3 novel Ana Muslim dah Balqis kumpul.
Kat booth Ana Muslim..gadis cilik itu jadi tak tentu arah sebab terlalu banyak pilihan. Pusing kepala mau pilih yang mana. Mama dia kata .. beli buku di bawah harga RM15.00 sahaja. Gadis cilik itu senyum. Beli 1 Novel Ana Muslim (tajuk tak ingat) dan 2 majalah Ana Muslim.

Superhero tu pun sibuk cari buku pinky kat situ...hehehehehe...nampak tak dia sedang berdiri?
Nampak? Gadis cilik masih sibuk cari buku lagi. Mama kata buku latihan tak payah beli sebab yang ada kat umah pun tak habis-habis buat lagi. Gadis Cilik itu senyum lagi. Kali ini Gadis Cilik mahu buku lagi. Cerita hantu. Akhirnya Mama mengangguk. Gadis Cilik suka sangat.
Setiap kali pergi Pesta Buku..aku selalu berpesan pada diri sendiri dan Encik Suami. Jika ada orang seperti di atas cuba meraih perhatian anda untuk dengar penjelasan yang agak panjang lebar mereka...Sila Abaikan. Tapi Encik Suamiku ini terlupa @ tergoda kot....hehehehehehe. Aku memang cukup tak berkenan nak layan. Sebab nanti..seboleh-bolehnya dia paksa kita beli walaupun tidak cuma kata "cuma dengar jek..tak belipun takper". Dekat 1/2 jam ...akhirnya aku yang bersuara. Sorrylah...kami tak mahu. Mula mereka tarik muka. Padan muka korang. Aku dah cakap takmo dengar..korang gak sibuk bazir air liur. Bukan murah-murah produk dorang ni..beribu-riban..pehtu bayar bulan-bulan. Sampai bila nak habis hutang...bertambah hutang adalah....

Lepas jek blah dari situ...kami terus cari buku aku yang masih tak jumpa-jumpa lagi. Tahu apa yang jumpa kat sana?Tungguuuuuuuu.....



4 ulasan:

munna berkata...

Bestnya... klu lah munna duduk dekat je dgn PWTC...

Qaseeh Tolia berkata...

Lin, bestnyer g Pesta Buku.. Akak pun suka Ana Muslim tu sbb kaler Pink. Yg booth arik suruh dengar penerangan akak mmg tak ksi chance langsunf..Soalan pertama mesti Anak akak umur berapa? Kadang-kadang akak jwb belum kawin..keh..keh.. dalam htai tipu jer utk slamatkan diri..

Sofya berkata...

dulu saya selalu gak terkena camtu.. dah la masa kita diorang curi pastu nak marah2 dah kita taknak ambik padahal awal tak bagitau dah.

Sekarang jumpa ja camtu terus saya cakap.. maaf saya tak berminat. terus blah...he3 kejam tak?!

Alin Marlini berkata...

Munna : mailah sini...

Kak Ziana : pegilah kak..mesti bebudak tu suka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...