KAMU YANG SUKA SAYA

29 April 2011

7 Hari Mencintaiku...

Tahu dengan siapa aku jumpa kat PWTC?Siti Rosmizah? Siapa? Siapa kenal dia sila angkat tangan?

Aku memang minat giler ngan dia. Dari karya yang pertama sampai karya ke 3 beliau..semua aku ada..dan memang aku nanti-nantikan karya ke 4 beliau. 
Nak tahu siapa Siti Rosmizah ni? Jom....

Nilah dia Siti Rosmizah. Jika korang peminat novel tegar seperti aku..mesti korang kenal. Tahu tak...ini adalah kali pertama aku berjumpa ngan penulis novel pujaan hatiku..Sangat puas hati.
Dan ini dia satu-satu tandatangan penulis novel seumur hidup aku. Novel terkini beliau "7 Hari Mencintaiku".

Kak Siti Rosmizah siap berpesan ngan aku..sediakan tisu banyak-banyak sebab karyanya kali ini lebih banyak akan mengeluarkan air mata. Memang aku akui..ketiga-tiga karyanya sebelum ini memang bisa meruntun jiwa. Aku memang akan menangis. Dan "7 Hari Mencintaiku" memang tebal mukasuratnya..mungkin akan lebih membuat air mataku berjurai-jurai. Agak-agaknya kalau nampak mataku merah @ bengkak..jangan ingat aku ada masalah jiwa plak...itu semua gara-gara  "7 Hari Mencintaiku".

Kalau korang mahu bertemu ngan Siti Rosmizah..boleh ke PWTC. Cari jek dia kat sana. Ada rezeki jumpalah...

Alin Marlini : Jika Kak Siti adalah seorang peguam yang menjadi penulis..ada kebarangkaliankah aku..si PA peguam ini menjadi seorang penulis?Sila Jangan Gelak!
 
 

4 ulasan:

@}--niEra-- berkata...

mcm best jer..kena g cari gak

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

memang nama pena die kat novel tu cm tu gak ke kak????

Qaseeh Tolia berkata...

Lin, akak kenal dia sbb Peguam bukan sbb Penulis..Keh..keh.. rerupa nyer maksik ni la yg dah benti tak practice, member akak ckp tapi akak tak kenal..mujur mu kenalkan..keh.keh

munna berkata...

munna mmg tak kenal lah..maklumlah jrg sgt membaca novel masa sekolah dulu rajinlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...