KAMU YANG SUKA SAYA

14 Mac 2011

Lanskap : Pokok Buluh

Asalnya setelah lihat pokok itu dalam Majalah Anjung Seri. Sangat gorgeous. Sangat Indah. Sangat Teruja.

Apakah laman rumahku akan begitu jugak?

Akhirnya setelah berbulan-bulan ku pendam-pendam..akhirnya ku luah jua. Minggu yang lalu, lepas hantar Qayyum gi dressing kat Hospital Sungai Buloh..aku ajak Encik Suami pi Kg. Melayu Sg Buloh atau lebih dikenali Teko. Memang dah 2 kali aku usher-usher pasu-pasu kat situ. Kali ni mesti..harus..kena..wajib beli..kalau idak..hidupku takkan tenang :)

Macam-macam ruper pasu ada kat situ.....

Ni antara pasu-pasu yang sempat aku skodeng...naik juling biji mata nak memilih...apa yang aku berkenan..Encik Suami tak berkenan pulak..apa yang dia berkenan..aku pulak tak berkenan...

Akhirnya...22 berkenan..wink**


2 pasu idaman sudah terletak di laman rumah Alin Marlini. 2 pokok buluh nan gorgeous jugak sudah beradu dalam pasu...Hati makin senang..

Amacam? Okay tak?

Tuan rumah kata macam tak hokey jek...sebab nampak semak samun rumah sebelah..al-maklumlah..kiri kanan rumah aku masih belum ada jiran lagi..

Tuan rumah sedang gigih kumpul duit nak buat tembok China.....ngeh..ngeh..


4 ulasan:

LyNn HaMzAh berkata...

lynn teringin gak nak letak pokok buluh kat rumah tapi mr. hubby tak berkenan...huhuhu...

kasihredha berkata...

akak pernah tanam dalam pasu...tapi kurang subur, setelah di pindahkan ke tanah...subur pulak dia.
Cuma tak tahan daun yg gugur banyak..kena selalu sapu.

topimagine berkata...

wah cantik la kak.. ikut teori sains lak, pokok buluh ne kalis bunyi kn.. :)

Alin Marlini berkata...

Lynn : sib baik Encik Suami kt tau citarasa kiter..

Kak Kasih : memang kak..byk daun berguguran..menci nak sapu

Top : ye ker?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...