Sudah lebih 7 tahun baru aku menjejak kaki ke sini lagi. Masa tu..Qayyum baru 3 bulan lebih dan Balqis baru 4 tahun. Dan kami baru 4 tahun mendirikan rumahtangga ketika itu.
Kalau tidak adik tengahku yang beria-ria mengajak..memang kami tak kesana pun. Kami pergi pun tak dirancang...main redah jek...
Masa ni Adik Qayyum baru 3 bulan lebih. Masa ni kitaorang nak pergi PD tapi singgah ke Melaka dulu..
Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12 tengahari. Takder perancangan so merata cari hotel. Hotel Mahkota 'Full House'..Hotel2 yang berdekatan Mahkota Parade juga 'Full House'..Holiday Inn 'so expensive'..akhirnya..lepak kat City Park Hotel. Not bad condition. 1 malam RM110 jek..murahkan...memang berbaloi...
Lepas check in..mandi2..makan2..buat apa yang patut..kami keluar merayau.
Mula-mula kami pi Muzium Samudera..tapi tak masuk pun..sekadar berposing-posing depan kapal jek..
3 beranak ni sedang leka melihat Menara Taming Sari...bilalah nak naik agaknya?
Lepas penat-penat berposing kat depan Muzium Samudera tu..kami beralih ke Menara Taming Sari plak..jalan kaki jek..
Kami lepak sambil tengok Qayyum, Danish & Danial main kereta control kat bawah Menara Taming Sari Aku memutuskan takmo naik Menara Taming Sari sebab aku penakut. Sila jangan gelak ek..Cukuplah Menara KL jek..Adik-adikku + Balqis excited nak naik...Balqis memang sukapun..
Disebabkan keseronokan melampau naik kereta control nlah..sampai Qayyum suruh Babah beli plak..adohyaiiii!!!!
Lepas puas di kami pulang ke hotel...pasal malam ni mau naik Melaka River Cruise
5 ulasan:
huhu.. xsinggah umah sy pon kak.. leh sy masakkn asam pedas kaw2 nye. :)
top duduk melaka ker?
cuti2 malaysia...bestnye...melaka dah maju skrg nie...last pegi bln lepas sbb ade kenduri kawin..mmg dh lama xkesana..
Alin maintainla dah ada anak pun..jeles..hehehe
Akak nak buat review nanti bila nak ke Melaka. Teringin sangat nak bawak bebudak. Masa study p Melaka hampir 5/6 kali..
Catat Ulasan