KAMU YANG SUKA SAYA

15 November 2010

Kisah Qayyum

Hari ke 3 

Keadaan Qayyum beransur sihat..dia semakin ceria..alhamdulillah...itupun cukup lega buatku. Tapi part yang aku tak boleh tahan masa upacara "dressing". Ya!Allah..Engkau kurangkanlah kesakitan anakku Firhan Qayyum..kasihanilah dia masih kecil Ya!Allah. 

Aku tak sanggup melihatnya. Aku tak cukup kuat untuk bersama-sama dia menghadapi kesakitan itu. Aku lari keluar. Dari jauh sayup-sayup..aku dengar jeritan Qayyum. Tak sanggup rasanya aku dengar. Tak dapat kubayangkan bagaimana perasaan Qayyum ketika itu. Sedangkan kita yang besar ni luka sikit dah sakit...inikan pula budak sekecil itu. Aku menangis dan menangis. Aku tak kisah orang nak pandang ke nak kata aper ke...memang aku tak sanggup. Kesian anakku.

Habis selesai kena cuci..baru aku masuk. Qayyum jeling aku pasal dia tau aku menangis. Dia memang tak suker tengok aku menangis. Tu sebab dia suker Babah dia yang jaga dari aku. Qayyum memang anak yang baik. Sangat istimewa.

2 ulasan:

Nieza Ishak berkata...

insyaallah qayyum anak yg tabah + kuat semangat.

semoga qayyum cepat sembuh. AMIN

Alin Marlini berkata...

terima kasih nieza...amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...