KAMU YANG SUKA SAYA

16 November 2010

Aku terpaksa hadapi juga....

Hari ke 4

Hari ni nak tak nak..aku kena hadapinya juga. Nak tak nak aku terpaksa harungi. Aku kuatkan semangat untuk bersama-sama Encik Suami melihat anakku di "dressing". Pada mulanya memang aku cuba tabah. Tapi bila Qayyum mula menjerit meminta tolong dari nenek, makngah, pakngah,atuk,kakak, danial,danish, moksu...semua dia mintak tolong..aku mula menangis. Aku perasan dia mula mengerling mata kat aku. Aku cuba sembunyi mata nan merah itu. Memang aku tak berdaya.

Tapi aku percaya Firhan Qayyum memang anak yang kuat semangat. Dia berjaya harungi kesakitan itu walaupun perit. Mama doakan agar Qayyum sentiasa dilindungi Allah.

Habis je proses "dressing" dia lena tido. Lega sedikit hatiku. Kukucup2 wajah comelnya. Begitu aku merindu keletahnya. Aku pasti dirumah pasti sunyi sepi tanpa adik.

Doa Mama hari ini semoga adik cepat sembuh sepenuhnya.

2 ulasan:

daisy berkata...

memang kita tak sampai hati tengok budak kecik sakit.rasa macam disiat-siat hati ni..

Alin Marlini berkata...

betul tu daisy..menyayat hati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...