11 November 2010 - Khamis
Hari ke 2. Alhamdulillah setelah bertarung 4 jam (8.45-12 tgh malam). Stage pertama Qayyum selamat. Urat berjaya disambung. Tulang yang retak sudah diletak area tv (aku tak tau nak panggil aper) bagi menyokong urat2 yang terputus.
Doa aku tak putus2..agar Allah menyelamatkan Qayyum. Dan aku tahu ramai lagi yang mendoakan buat Qayyum. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Bila aku datang pagi tu lawat dia...bila lihat dia senyum padaku. Ya!Allah...leganya hati ku sedikit. Tapi bila lihat keadaan dia yang masih lemah. Aku sedih sangat. Pilu sangat.
Adik...Mama rindukan peluk cium adik. Mama rindu sangat dik....
Betapa berat dugaan Qayyum kan? tapi aku redha. aku cuba menerima hakikat itu kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik kejadian Tuhan.

Beginilah keadaan Qayyum selepas di masukkan di wad. Masa ini dia masih menanggung kesakitan akibat di "dressing" idup-idup. |
Wajah insan kecil yang sedang berlawan kesakitan. Qayyum memang anak yang tabah. Sedikitpun dia tidak merengek. |
Pemeriksaan doktor sebelum operation |
Keadaan Qayyum selepas 4 jam bertarung di bilik pembedahan. Kesian tengok dia.Aku cuba tabah masa ni..tapi air mataku meleleh jugak..siapa yang tak sedih tengok anak sendiri kan... |
beginilah keadaan kaki Qayyum.... |
Betapa berat dugaan Qayyum kan? tapi aku redha. aku cuba menerima hakikat itu kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik kejadian Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan