KAMU YANG SUKA SAYA

10 Ogos 2010

Salam Ramadhan dari Marlini Binti Matusan aka Alin Marlini


Salam,
Sempena tibanya bulan Ramadhan pada esok hari, saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Maklumlah selaku makhluk kerdik di muka bumi Allah ini, kita tidak lari dari melakukan kesilapan samada dalam sedar ataupun tidak. Doa saya pada orang berkenaan agar pintu taubat dibukakan untuknya. Doa saya semoga di bulan penuh kemuliaan ini, Allah tunjukkan kebenaranya. Jangan selalu anggap diri kita hebat kerana di atas sana lagi Maha Hebat. Jangan fikir diri kita kaya, sesungguhnya di atas sana lagi Maha Kaya Raya. Doa saya juga pada orang berkenaan, semoga Allah buka mata hatinya..sesungguhnya memfitnah itu satu kesalahan besar. Semoga Allah beri pedoman pada kehidupannya.Amin.

Selamat berpuasa kawan-kawan. Semoga jalani ibadah puasa kali ini lebih mudah dan afdal.Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...