KAMU YANG SUKA SAYA

12 Mac 2010

Renuion X-SMBG PMR '94 & SPM '96

Terima kasih pada MukaBuku @ lebih dikenali Facebook kerana telah menemukan aku dan sahabat-sahabat sekolahku Sekolah Menengah Bukit Gading (kalau nak tau..dulu Faizal Tahir pernah kat sekolah aku ni...tak silap dari Form 3 kot..) telah telah terpisah selama 13 tahun. Aku dan beberapa sahabat yang jadikan inspirasi itu juga untuk menyatukan kami semua. Pada awalnya memang aku rasakan tiada sokongan dari kawan-kawan tapi semakin dekat hari pertemuan tersebut semakin ramai yang menyokong. Aku dan komiti yang lain sangat rasa bangga dan teruja untuk menyiapkan persiapan pada tarikh keramat tersebut iaitu pada 22 November 2010. Walaupun dijalankan pada hari Ahad tapi rata-rata tidak kisah. Bayangkan ada yang tidak jumpa selama 13 tahun tapi akhirnya pada tarikh keramat tersebut bertemu semula dengan rakan-rakan yang lain. Aduh!!!hanya Tuhan yang tahun perasaan masing-masing terutama pihak komiti yang telah bertungkus lumus lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menjayakan program tersebut. Untuk tajaan, tidaklah seberapa sangat tapi kira oklah walaupun tiada badan-badan korporat yang menaja...hehehehe...


Inilah adalah 8 ahli comittee yang bertungkus lumus selama 3 bulan. Tak kira hujan, panas...semua redah jer..sib baik Encik Suami sporting. Tukang consultant tak bertauliah pun ada.

  1. Aku bersama Encik Suami yang juga sedikit sebanyak memberi peransang untuk menjayakan program Bertaut Kembali 13 Tahun ni. Masakan tidak, jika aku pergi meeting, Encik Suamilah yang menolong menjaga anak-anak..yang sudi memberi pinjam kereta..yang sudi menuang minyak untuk aku ke sana sini.
  2. Aku bersama Encik Consultant (Emi Yaakob) yang tidak bertauliah. Hehehehe..jangan mare mi..dulu kat sekolah memang aku kenal dia tapi lain kelas dan tak berapa rapat sangat tapi disebabkan pertemuan ni hubungan tu jadi berpanjangan. Lagipun dia kawin ngan budak sebelah kelas aku (5B1). Sungguh kecil dunia ini.
  3. Aku bersama isteri Encik Consultant..Rozi...tahniah zi dapat set bilik tido lagi..rezeki anak. And tahniah lagi sekali pasal baru dapat baby..Balqis Najwa.
  4. Aku bersama salah seorang kawan baik aku..dari form 1 sampai sekarang. Walaupun form 4 dia dah pindah sekolah tetap baik lagi.
  1. Ni sahabat baik aku gak masa dalam kelas dulu Ijue...lama sangat tak jumpa. Kelas aku 3 orang jer yang join renuion ni..yang lain tak dapat dikesan.
  2. Yang tengah-tengah tu NorAzim namanya..belum kawin lagi...diapun kawan baik aku gak.
  3. Konon-konon yang amik gambar ikut kelas masing-masing tapi semua dok pulun nak bergambar, lastly bergabung kelas.


  1. Kami 4 orang pernah satu kelas dulu 1B2-3B2...sampai form 5 pun nak kelas sesamer lagi..kecuali salleh pindah sekolah vokay.
  2. Yang ni plak..gambar gabungan kelas gak.
  3. Mamat ni namanya Faizal Md Desa...sibuk nak bergambar...hehehehe..(dgn izin Encik Suami)
  4. Yang ni kawan baik aku gak...Ijam Toman..sangat baik..tempat aku mencurah rasa dolu-dolu...) Dan disebabkan keakraban kami ada orang salah faham sampai sekarang. Dorang ni ingat aku ngan Ijam pernah couple kat sekolah. Sumpah...tidak pernah sama sekali. Aku dan Ijam memang sangat rapat tapi sebagai seorang sahabat sahaja tidak lebih dari itu.
Tepat 12 tengah malam, berakhirlah pertemuan kawan-kawan aku..macam Cinderella pulak kan..tidak puas rasanya. Ingin sekali lagi aku dan para comittee mengulangi peristiwa bersejarah tersebut..tapi apakan daya masa tidak dapat diputarkan kembali.Oh!!!my kawan-kawan..i miss u that moment..ever n ever...
Syabas buat para comittee dengan usaha jayamu Ijam Pak Itam, Tini, Zahrah, Aku, Salleh, Iwan, Anna & Din.
Jika salah silap hanya datang dari insan yang lemah. Jika berpeluang, akan kembali Renuion X-SMBG the Series........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...