KAMU YANG SUKA SAYA

18 Mac 2010

@ MPH Book Store

Minggu lalu hati saya beria-ia mengajak Encik Suami ke MPH Book Store. Lalu Encik Suami pun membawa saya ke MPH di One Utama, Damansara. Terus terang, ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke MPH kerana selama ni hanya tengok...dan...lalu saja. Maklumlah tak biasapun beli buku kat kedai besar-besar ni. Setakat Kedai Buku Mukmin ke Popular ke atau Mesra biasalah. Reaksi saya, teruja sangat ..macam-macam adaaaa.....saya tinggalkan Encik Suami dengan buku-buku kegemarannya , saya pula just cari apa yang saya nak cari. Nak tahu apa yang saya cari? Heh!heh!heh! saya mencari buku tentang cakes and decoration. Dan sila percaya dengan 2 buku saya membayar hanya RM48.20 sahaja sebab MPH ada sales. Saya tidak sabar untuk kesana bersama-sama anak-anak saya nanti.
Esok ada pesta buku kat PWTC, juga hari yang saya nanti-nantikan. Seingat saya campur esok baru 2 kali saya pergi ke pesta buku..yelah....orang macam saya buku apalah yang hendak dicari. Kalau dulu saya gemar kumpul buku-buku novel, kini buku masakan pulak. Tak sabar rasanya menanti hari esok. Ngeh..ngeh..


  1. Pictures 1-Sebenarnya dah lama saya mencari buku ni. Buku ini adalah untuk deco fondant cupcakes. Tapi...saya rasa saya kena cari buku lain juga berkaitan fondant pasal buku ni agak rumit.
  2. Pictures 2-Disebabkan saya suka makan ala-ala Italian gitu..saya pun beli buku masakan ni. Nak try cara masakan Italian pulak.
  3. Pictures 3- Buku ni plak telah dipinjamkan oleh boss saya (nama..dirahsiakan..hehehehehe). Kenapa dia bagi saya pinjam buku ini? Sebab saya cakap saya nak pergi Kedai Buku nak beli buku masakan. Tak sangka, ingat suka baca pasal undang-undang jek tapi masak-masak pun suko...hehehehehe..Saya sangat suka pasal macam-macam ilmu berguna ada dalam buku ni. Mekacih ek bos sebab bagi pinjam tapi belum katam lagi.

3 ulasan:

EikaZalikha berkata...

pasni bleh la bukak kedai kek plak k.lien...

EikaZalikha berkata...

pasni bleh lah bukak kedai kek plak k.lin..

Alin berkata...

insyaallah ka..1 day....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...