Fuhh! Tajuk panjang kemain.Hari ni aku masak sayur omputih. Dah tu jek ada dalam peti ais. Sesekali tukar selera plak.
Bahan-Bahan :
Sayur Brokoli
5-6 ekor udang dibuang kulit
1 biji bawang kecil (dihiris)
5 biji bawang putih (dipotong dadu kecil)
2 sudu sos tiram
sedikit garam & perisa tambahan
Cara-cara :
- Tumis bawang putih hingga kekuningan. Tos dan asingkan.
- Tumis bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan udang.
- Masukkan sos tiram, garam & perisa tambahan.
- Akhir sekali, masukkan sayur brokoli.
- Angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Kemudian taburkan bawang putih yang telah ditoskan tadi. Sedia untuk dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan