KAMU YANG SUKA SAYA

23 Mei 2009

Selamat Hari Jadi buat x-boss saya..En. Lazawardi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Tak lupa juga semoga cepat bertemu jodoh yang diimpikan. Walau tidak melafazkan dengan kata-kata tidak bermakna terlupa atau terleka tapi dihati ingat selalu.Semoga bahagia selalu.

19 Mei 2009

Benarkan aku bahagia.....

Kenapa aku tidak bisa bahagia persis insan lain?Aku juga mempunyai hati dan perasaan. Sebenarnya aku bahagia tapi belum benar-benar bahagia. Masih mencari kebahagiaan lagi. Aku bukan badut yang bisa menggembirakan orang lain. Aku juga tidak pandai berpura-pura untuk sentiasa senyum untuk menunjukkan bahawa aku sedang bergembira. Aku juga tidak mempunyai suara yang merdu persis Dato Siti Nurhaliza yang bisa mengalunkan lagu-lagu yg bisa menghiburkan hati.Aku tidak bisa menipu diriku sendiri. Mengapa aku begitu sukar untuk meluahkan perasaan yang sekian lama terpendam. Mulut ini seolah-olah terkunci untuk meluahkan apa yang terbuku dihati ini. Pada aku..lebih baik aku pendamkan sahaja dari melukakan hati dan perasaan orang lain. Aku lebih suka mendengar biarpun begitu pedih kata-kata itu..aku sanggup.Aku sudah tidak kisah dengan kata-kata mereka yang selalu menyakitkan hati dan perasaan aku. Pengalaman membuat aku lebih kuat. Hanya satu kekuatanku..Allah s.w.t. Ya! Tuhan..kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi kehidupan yang semakin sukar di alam maya ini. Tunjukkanlah jalan agar aku bisa menemui jalan terbaik. Sesungguhnya aku redha dengan qada' dan qadarmu. Semoga kebahagian akan menjadi milikku suatu hari nanti.Amin.

18 Mei 2009


Saya baru sahaja diofferkan kerja baru dengan salary yang agak lumayan dan memberansangkan. Tapi saya masih buntu dan serba salah. Samaada mahu terima ataupun tidak. Saya tidak pasti samada saya buntu untuk menerimanya atau buntu untuk meninggalkan HSK. Pasti ramai akan berkata "pergilah demi masa depanmu" atau "jangan pergi jika saya masih sayangkan HSK @ ABJ". Jawapannya..ye..memang saya akan pergi demi masa depan memandangkan dengan gaji yang sedikit ini tidak mampu menampung keinginan saya yang melampui kemampuan saya. Dan ye..saya masih sayangkan HSK, kawan-kawan saya, bos-bos saya..dan yang pasti ilmu saya masih belum cukup lagi.
Tapi saya perlu memikirkan masa depan saya jugak.Aduh!!!!bantulah saya untuk membuat keputusan yang berat ini......

Selamat Hari Ibu

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu pada Ibu-Ibu sedunia dan untuk diri sendiri. Semoga saya akan menjadi seorang Mama yang lebih baik dari semalam

09 Mei 2009

Blueberry Cheese Cake


Ciskek ni sebenarnya kali ke 2 aku try wat lepas belajar ngan Chef Fauziah hari tu. Tapi still x berapa nak jadi tapi kira oklah. Aku tak kisah..aku akan buat sampai berjaya. Apapun orang puji gak ciskek aku ni.hehehehehe. Actually, ciskek ni aku wat khas untuk befday Encik Suami + befday aku. Semoga kami dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

04 Mei 2009

Dinner @ Restoran Nippon Tei

1. Garlic Rice
2. Sabar Siyoyaki (Ikan Sardin)
3. Miso
4. Ocak
5. Dekorasi Jepun yang sangat menarik (yang akan dipraktikkan
dirumah baru nanti..hehehe)
Maaf harga saya tak tau sebab free...
Minggu lepas saya dan suami pergi Times Square. Kami singgah di Restoran Jepun Nippon Tei. Kami singgah bukan untuk menjamu selera tapi untuk bertemu dengan abang ipar saya iaitu abang suami saya yang bekerja disitu sebagai cheff. Saya tidak berapa menyukai masakan jepun ni sebab bukan selera tekak saya. Sambil jumpa, kami pun dijamu dengan masakan jepun. Nak taknak kena makanlah. Orang dah belanjakan...Restoran jepun yang paling saya suka pun hanya Teppayakki jer..Tapi sedap juga bila first time cuba. Pada anda yang menggemari masakan jepun saya syorkan pergilah ke Restoran Nippon Tei di Times Square..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...