Sebenarnya saya memang hantu citer Korea. Sejak dari zaman anak dara lagi. Masa tu yang tengah glamer "Winter Sonata". Kalau tak tengok sehari..tak lengkap hidup rasanya...
Kali terakhir layan cter Korea masa zaman anak daralah...dah kahwin ni mana ada masa nak layan...
Dan akibat saya cuti lama haritu...maka terlayanlah balik citer Korea ni...
Citer "Its Okay Dadddys Girl"...sempat saya layan sampai habis kat umah. Habis citer tu...layan plak "Jewel In The Place" @ "Janggeum".
Saya memang gemar tengok citer Cina/Jepun/Korea ala-ala klasik.
"Jewel In The Place" @ "Janggeum" ni plak memang best giler. Ceriter tentang masakan dan institusi Raja di Korea.
Hero dan Heroin dalam "Jewel In The Place" @ "Janggeum"
Watak Min Jeong-ho (민정호) dilakonkan oleh Ji Jin-hee (지진희)
Rupa-rupanya bos saya yang lelaki tu pun layan citer ni. Saya jek yang ketinggalan zaman baru nak tengok citer ni. Sekarang layan kat Maaduu.com
Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja Seongjong, Raja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.
Selepas kejadian itu, Seo Cheon-su, seorang pengawal yang terlibat
dalam pembunuhan itu, pulang ke rumah tetapi dalam perjalanannya
mengalami suatu kemalangan. Dia diselamatkan oleh seorang pertapa Tao
yang memberitahu dia bahawa hidupnya berputar di keliling tiga wanita:
dia akan membunuh wanita yang pertama; dia akan menyelamatkan nyawa
wanita yang kedua, dan wanita ketiga akan mengakibatkan kematiannya
tetapi akan menjadi penyelamat kepada yang lain. (Wanita-wanita yang
dimaksudkan adalah pertama, ibu putera Yeonsang-gun yang dibunuhinya,
wanita kedua adalah isteri lelaki tersebut dan ketiga adalah anaknya,
Jang Geum). Tekanan jiwa yang dialaminya membuat dia meletak jawatan
dari istana.
Di dapur istana pula, Park, seorang perantis dapur, telah menyaksikan
sebuah komplot untuk membunuh ibu kepada raja oleh Choi, dan
kemudiannya dituduh membuat kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan
diberi hukuman menurut cara mereka sendiri. Park diselamatkan oleh Puan
Han, kawan baiknya di istana dan kemudian diselamatkan sekali lagi oleh
Seo, pengawal istana yang telah meletak jawatan. Kedua-dua Seo dan Park
memutuskan untuk tinggal di sebuah kampung yang terpencil dan hidup
sebagai petani. Mereka kemudiannya berumahtangga dan melahirkan dan
membesarkan seorang anak cilik yang diberikan nama, Seo Jang-geum.
Pada tahun 1504,
Raja Yeonsang-gun memerintahkan penyiasatan atas kematian ibunya. Dia
mendapat tahu akan tempat sembunyi bekas pengawal Seo dan keluarga,
disebabkan juga oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh si anak
kecil Jang Geum. Seo diberkas dan dihukum mati. Jang Geum dan ibunya
melarikan diri tapi ibunya dapat diberkas oleh musuh-musuhnya dari dapur
istana dan diracuni. Sebelum ibunya meninggal dunia dia memesan kepada
Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat
menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum
wanita di dapur istana.
Jang Geum melalui beberapa peristiwa sebelum dia dapat masuk ke
istana. Disebabkan ketabahan, bakat, keinginan untuk tahu, dan kerja
yang keras, dia telah membantu Puan Han (kawan baik ibunya) untuk
menjadi tukang masak utama dalam dapur istana. Dalam istana, Jang Geum
telah melalui bermacam-macam cabaran dan sering dijauhkan diri oleh
rakan setugas kerana dia lebih bijak dari perantis-perantis yang lain.
Walaupun begitu, Jang-geum tidak berputus asa dan dia tekad untuk
menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya kerana dia percaya bahawa
tujuan memasak adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesihatan kepada
orang yang akan memakan masakan tersebut. Malangnya, sebuah konspirasi
yang diketuai oleh Puan Choi dan juga kemanakan perempuannya,
Geum-yeong, telah mengakibatkan Jang Geum dan Puan Han dibuang negeri ke
pulau Jeju.
Semasa di pulau Jeju, Jang Geum bertemu dengan seorang wanita perubatan
bernama Jang-deok. Kemahiran Jang-deok dalam bidang perubatan amat
terserlah, dan dia sering dipanggil ke istana untuk berkhidmat tetapi
Jang-deok menolak setiap tawaran yang dibuat oleh istana.
Jang Geum sedar hanya dengan mempelajari ilmu perubatan saja dapat
dia pulang ke istana dan menuntut bela untuk ibunya dan Puan Han. Di
bawah bimbingan Jang-deok, dia mempelajari ilmu perubatan...
Mentang-mentang kaki sakit lagi..asal lunch jek kirim kat member beli makanan. Sementara tu saya layanlah "Jewel In The Place" @ "Janggeum". Ngeh!Ngeh!
Nota Orang Sakit : Tiba-tiba minat giler kat orang bermata sepet. Acaner tu? Nak suruh Encik Suami tarik mata sampai sepetlah...hehehehe...
10 ulasan:
adeess..tak layan lgsg citer korea kecuali strong hearts tu je..
da tgk cerita ni dulu kat 8tv! best!
akak ada cd dia...
dulu sanggup beli cd nak tengok cite ni...hihi
mmg best
aida pun suka cerita korea.. tapi tengok cerita jugak la.. hehe.. kalau winter sonata tu dulu memang wajib tgk. hehe
Dh tengok bbrapa kali pun tk jemu..
baru habis tgk cite ni - best
hehe..sy suka gak citer yg ala2 dinasti gittu...mcm layann jek..
tp xleh nk layan mana movie panjanng2 sbb xdan..bila dh stop liat plak nk sambung balik..kiki
dah lama x layan cite KOREA nih.
emm... best ke cite ni? Kena layan gak la...walaupun dah lama tak berkecimpung. Hehehe
mia suka sangat2 citer ni dulu... sanggup beli cd korea ni satu set...
Catat Ulasan