KAMU YANG SUKA SAYA

12 April 2012

Tsunami

Masih cerita kisah semalam lagi.

Usai semua kerja settle. Lepak layan tv lagi.

Berita tergempar. Tsunami bakal melanda. Gempa bumi berlaku di Acheh dan turut dirasai di Malaysia.

Sepupu saya di Sungai Petani bagitau bahawa dia jugak turut merasai gegaran tersebut lebih kurang pukul 3 lebih petang waktu Malaysia. Dan sekali lagi jam 7 lebih pulak. Kami risau jugak tapi dia kata jangan risau, keadaan stabil.

Dan sahabat saya di Padang, Indonesia juga mengabarkan keadaan disana aman-aman saja. Alhamdulillah.

Sebenarnya kisah Tsunami 26 Disember 2004 mengingatkan kenangan lama saya. Qayyum lahir sehari selepas Tsunami iaitu 27 Disember 2004.

Semoga keadaan semuanya selamat. Semoga Allah lindungi kami umat islam di seluruh dunia.

6 ulasan:

Izan Ishak berkata...

betul kak... mudah2an tiada gempa susulan yg berlaku dan dijauhkan drp berlakunya tsunami yg dahsyat kan...

adarnadzmie berkata...

akak tak rasa gegaran sbb ada dlm kete masa tu...moga negara kita dijauhi malapetaka tersebut...aminnn

h4ni3 berkata...

Mungkin Allah cuma nak turunkan peringatan
Mudah2an kita semua dilindungiNya

munna berkata...

takut juga dgr berita tu smlm....tapi alhamdulillah semuanya selamat dan tiada tsunami yg berlaku

wahida berkata...

teringat kenangan merasai gempa bumi kat Bali tahun lepas...sampai sekarang trauma...

Bitt (double IS) berkata...

semoga kita semua dilindungi..aminn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...