KAMU YANG SUKA SAYA

27 April 2012

Anak

Anak ini yang selalu ditatang sampai anak yang seorang lagi selalu merajuk.

Anak ini yang selalu dimanja-manja bak baby yang baru lahir.

Anak ini yang selalu menceriakan kehidupan kami.

Anak ini yang selalu mengkelam kabutkan hari-hari.

Anak ini yang cekal hatinya.

Anak ini yang akan terus berjuang untuk meneruskan perjalanan hidupnya.

Anak ini yang selalu menghiburkan hati sedih ini dengan berselindung dengan tawa riangnya.

Anak ini yang buat hati ini resah gelisah.

Anak...kamu harus berjuang demi masa depan kamu.
 
Selasa lepas, anak ini baru bertemu dengan doktor di PPUM. Pelbagai kemungkinan kata-kata dari doktor. Macam biasa Qayyum akan memandang wajah saya ketika doktor berkata-kata. Dia mahu lihat bagaimana wajah saya agaknya. Adakah saya akan menangis seperti selalu. Memang dia tak suka saya bersedih sebab dia juga akan menangis bersama-sama. Seperti yang harus saya buat adalah bertenang dan cool demi menjaga hati dia. 

Ah!Doktor bukan Tuhan kan? Tak perlu simpan dalam hati sampai makan hati dengan kata-katanya itu. Dengar kata hati dan mohon pada Allah. Doa ibu sangat mustajabkan...

3 ulasan:

sisdee berkata...

anak adalah racun dan penawar bagi kita ibu bapa..

ada masalah kesihatan ke si kecik tu? harap bertabah dan terus tabah..kita ibu bapa klu tak tabah anak akan lemah..kuatkan smgat ek :)

Chenta Eyfa Najibrz berkata...

Moga Qayummm trus strong demi kelansungan hidup seterusnya.Doa byk2 yer lin.Allah the best planner.

fieda berkata...

comel anak dara ni..

anak adalah harta tak ternilai buat kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...