KAMU YANG SUKA SAYA

15 Mac 2012

Angel In The Devil's Suit

Assalamualaikum...sapa sini suka baca novel? Ada orang kata..siapa yang suka baca novel ni jiwang orangnya. Sebenarnya orang yang suka baca novel ni halus jiwanya. Macam saya...hehehehehe...

Tajuk : Angel In The Devil's Suit
Harga : RM23.00
Penulis : Kaseh Esmiralda
Penerbit : Kaki Novel
Mukasurat : 640

Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit dan meninggal dunia akhirnya.

Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu 'tuan'nya menyelesaikan masalah itu?

Pi carik novel ni kat kedai buku cepat. Yang pasti ending Angel In The Devil's Suit memang mengasyikkan dan best.

Bagi saya..Angel In The Devil's Suit ini sangat sesuai buat pelajar kot tapi saya plak yang rasa seronok. Korang akan rasa macam baca novel Inggeris yang ditranslatekan Melayu. Best sangat. Dari jalan ceriter dan watak-watak dalam Angel In The Devil's Suit ..mesti korang siap berangan jugak kot.Kih!Kih!

Tahniah buat penulis KASEH ESMIRALDA tak sabar nak tunggu next novel awak (~_~)
 

8 ulasan:

MizzTina berkata...

mcm best jer.. hr tu nmpk dh, tp xbeli lak..

Unknown berkata...

nmpknya sy tk halus jiwa [sl tk suka bca novel..ekekke kalo baca tu mau sebulan tk hbis lg 1 novel..

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rasa cuti sekolah ini saja kakak dah berhabis ratusan hanya kerana membeli novel dan majalah buat anak-anak kakak. Novel ini rasanya kalau dia dapat pun mesti suka...

adarnadzmie berkata...

akak suka baca novel cintan cintun...hehe

miloaiskurangmanis berkata...

macam best aje ceritanya....

munna berkata...

dah lama tak layan novel... tapi sejak ada popular kat sini..mcm memanggil2 suruh beli novel mcm zaman remaja purba dulu

Myalycia berkata...

best ekk citer ni.. nnt Alycia nk carik la..

eh, nnt dtg putrajaya tgk hot balon taww ;)

Unknown berkata...

selalu nampak novel ni tapi tak pernah tergerak pun nak beli.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...