KAMU YANG SUKA SAYA

14 Februari 2012

Dari Dia kita datang..kepada Dia juga kita akan kembali...

Assalamualaikum...

Terlalu berat di sesawang kepala ini 2-3 menjak ni. Alhamdulillah..selsema + batuk beransur pulih walaupun ada saki bakinya. Dugaan Allah..perlu redha.

Al-Fatihah buat paklong saya Ismail Bin Ibrahim yang telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Abang sulong kepada 9 beradik belah mak saya. Berusia 63 tahun. Meninggal akibat kanser prostat tahap kritikal. Memang tidak diduga..pertemuan ahad lepas adalah pertemuan kali terakhir kami. Doktor menyuruh semua adik-beradik berjumpa dengan paklong supaya tidak ralat jika itu akhir nafasnya.

Petang ahad itu, ketika kami saudara mara terdekat melawat paklong, keadaan paklong masih boleh bercakap dan disokong dengan bantuan pernafasan. Masih boleh bergerak. Tetapi keadaan berubah apabila kami semua dah balik. Sekali lagi doktor memanggil adik-beradik paklong ke Hospital Sungai Buloh. Sebagai adik..memang mak terlalu sedih dan terlalu sukar menerima keadaan itu. Setelah disahkan, paklong menghidapi kanser prostat tahap kritikal yang mana telah merebah keseluruhan usus dan hati. Doktor menyuruh kami tawakal dan terima ketentuan Allah sahaja. Saya tahu mak terlalu sedih sebab paklong ibarat ayah dan ibu kepada mereka 8 beradik. 

Ketika kami melawat paklong sekali lagi tengah malam itu, keadaan paklong sangat menyedihkan. Saya memang seorang yang cengeng. Tapi saya masih boleh bertahan lagi. Tapi gelodak hati yang ditahan-tahan..akhirnya jatuh juga air mata saya. Keadaan paklong sudah tidak seperti petang tadi. Tiada kerdipan mata. Mata paklong terbuka..seolah-olah sedang memandang isteri dan 2 anaknya. Mungkin terakhir kali. Pertama kali melihat seorang insan menghadapi saat-saat terakhir dalam kehidupan. Sayu sekali. 

Dan tepat 2.50 pagi, kami dikejutkan..paklong sudah tiada lagi. Inalillah...mungkin bagi kami..anak-anak buahnya tidak terasa begitu sedih akan kehilangannya tapi bagaimana perasaan maklong dan 2 anak-anaknya yang masih memerlukan paklong? Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika mak dan kami adik-beradiknya menghadapi situasi pilu itu? Ya! Allah..Engkau lindungilah keluargaku. Panjangkan usia dan sihat tubuh badan kedua ibu bapaku. Amin.

Alhamdulillah..hingga ke liang lahat saya melihat proses matinya seorang manusia. Insaf? Semestinya. Terasa betapa kerdilnya kita di dunia fana ini. Semoga arwah paklong bersemadi dengan aman. Dilindungi dari azab api neraka. Ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh.

Buat maklong, wanie & iwan..usah risau dan khuatir. Kami akan tunaikan amanat terakhir arwah paklong yang menyuruh adik-beradiknya menjaga maklong dan anak-anak. Insyaallah...kami akan terus bantu yang perlu.
Wajah terakhir arwah paklong.

Info tentang Kanser Prostat :

1) Epidemiologi:
Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.

2) Ketumbuhan kanser prostat :

Kanser ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.

3) Simptom:
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau
  sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
- Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.

4) Diagnosa:
- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ;
- Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke
  10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan kanser prostat dari bengkak prostat
  biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini
  mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko kanser tinggi.
- Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor.
  Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.

5) Rawatan:

Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon.
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;
- Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan
  impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan.

6) Rawatan susulan:
- Pemeriksaan klinikal;
- ultrasound;
- Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada
  peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.

7) Pencegahan:

Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.

AWAS : Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi "DHEA", anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit kanser prostat. "DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat." kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah. 

Moral of the story : Jika kita dah rasa lain macam pada diri kita..maka..cepat-cepatlah buat rawatan susulan. Begitulah yang terjadi pada arwah paklong saya..biasalah orang tuakan..sakit-sakit tapi takut nak jumpa doktor. Dan akhirnya, sudah kelewatan.

26 ulasan:

TS berkata...

takziah kak...
dari Nya kita dtg..kepadaNya jugak kite kembali...
kematian adalah peringatan tuk kita yang masih hidup..

Izwa Kamaruddin berkata...

al-fatihah..
takziah dr saya..

ibh_sue berkata...

Takziah Alin. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan org2 yg beriman. Amin

::Misz sunsWeetz:: berkata...

takziah sis..semoga rohnya dicucuir rahmat dari ilahi

NoorNazuha berkata...

Al Fatihah buat Arwah yer Alin...Arwah Atok saya meninggal pun dengan penyakit yg sama....

Nyue berkata...

al-fatihah & Takziah dr nyue..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan org2 yg beriman. Amin

mummy_ayu berkata...

takziah dear..al fatihah untuk arwah..moga dia tenang di sana..amin

dalisha berkata...

al-fatihah....

sisdee berkata...

takziah dan alfatihah kepada Allah..masa kita pun akan sampai cuma tak tau bila..

adarnadzmie berkata...

alfatihah buat paklong alin.. moga rohnya dicucuri rahmat...amin...

Unknown berkata...

Al-fatihah ...semoga arwah ditempatkan bersama org yg beriman ...mmg betul kalau sakit sikit pun better jumpa dok...la ni macam2

AQ Eyfa berkata...

Al-Fatihah..Takziah..saat menghabiskan coretan lin..aduihhh..sib bek kat opis.bergenang ayer mata nih.Moga roh arwaha Pak Long Lin damai di alam sana dan ditempatkan bersama mereka yg beriman

Kak Amy berkata...

Takziah sis..alfatihah semoga rohnya dcucuri rahmat dan di tempat di kalangan org2 yang beriman

Ati Masrif berkata...

al-fatihah buat arwah

tahziah alin

munna berkata...

Al-Fatihah buat arwah..salam takziah buat ahli keluarga

No name berkata...

Al fatihah

atuk berkata...

Assalamualaikum Alin

Al fatihah Pak Long

moga kuburnya diteranggi dgn cahaya Syurga

Butik fiQ'Ra berkata...

semoga arwah di tempatkan d kalangan org beriman, alfatihah...

anyway salam ukhuwah :)


Jemput cuci mata tengok shawl, tudung, inner di butik fiQ’Ra =))

http://www.facebook.com/media/albums/?id=164060767034987

*SiRibenMerah berkata...

takziah buat keluarga arwah..

sekadar satu coretan berkata...

Alfatihah...semoga rohnya ditempatkan golongan yg beriman...

farah berkata...

salam takziah

bdk johor berkata...

Al-Fatihah..
takziah ye Alin. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Amin..

ratusiput berkata...

takziah alin...alfatihah utk arwah...mmg betul.ratu sndiri pun takut sgt2 nk jumpa doc sbb takut pikiran kacau kalau dh tau hal sebenar.

::NureeN:: berkata...

Al-Fatihah.. ucapan takziah buat keluarga pak long dr kami sekeluarga...

Mama Mya berkata...

Takziah buat Alin sekeluarga.... Semoga Roh Paklong ALin di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.. AMin...

kurus berkata...

takziah dan alfatihah buat arwah
semoga arwah pak long ditempatkan bersama org2 yg beriman .. aminnnn

semoga keluarga paklong tabah hadapi kehilangan ini ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...