KAMU YANG SUKA SAYA

27 Disember 2011

Selamat Hari Lahir Encem Boy Mama :)

Assalamualaikum...rindunyer ngan blog picisan nie. Ada yg merindui saya ke? :) Dah 4 hari tidak mengupdate blog. Tuan rumah pi cuti-cuti Malaysia. Niepun dah memalam baru nak update sebab sesiang keasyikan membalas dendam..tido...qada' 4 hari punyer..hehehehe..

Hari ini..27 Disember 2011..genaplah usia Firhan Qayyum 7 tahun. Tahun depan dah nak masuk darjah 2. Sekejap je masa berlalu..terasa baru semalam saya melahirkan Qayyum. Terasa baru semalam kejadian tahun lepas berlaku. Terlalu kecil usianya untuk melalui dugaan yang hebat itu. Tapi itu semua dugaan yang kami sekeluarga harus hadapi dengan redha. Dan kami sentiasa mengharapkan dengan dugaan itu, pasti ada hikmahnya yang membahagiakan kami sekeluarga.

Kasih sayang ini memang terlalu mendalam untuk Qayyum. Bukan membezakan antara anak-anak..tak tahulah..mungkin selepas kemalangan itu ..perasaan terlalu memikirkan masa depan Qayyum membuatkan saya terlalu mendalam menyayanginya. Bimbang dengan apa yang akan terjadi di masa hadapannya. Tapi itu semua kerja Allah. Apa yang perlu saya lakukan adalah terus berdoa agar keajaiban akan berlaku buat Qayyum.

Adik....Mama, Babah, Kakak, takkan pernah putus berdoa buat adik. Mama tahu jauh disudut hati adik jugak memahami apa yang Mama rasakan. Mama tahu adik tak suka melihat Mama bersedih selalu. Mama tahu adik kuat untuk semua ini. 

Ya! Allah...aku amat berharap Engkau memakbulkan segala doa-doa kami untuk Firhan Qayyum. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang bergetar di dalam hati ini. Semoga Engkau memudahkan perjalanan anakku Firhan Qayyum. Amin.

Alin Marlini : update tentang makan hangin? Tunggu ye...

10 ulasan:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

selamat hari lahir qayyum.. pe laghi.. p la pau mama n papa tu hadiah yg mahal2... haha

dalila berkata...

selamat hari lahir.... dah besar anak alin ye

atuk berkata...

Assalamualaikum Alin

selamat hari lahir Encem Boy
moga jadi anak yg soleh
amin

Wassalam

- dieyana - berkata...

cuti2 mesia rupanya, patut la sunyi..heheh...

selamat hari lahir Qayyum...moga panjang umur, sihat sokmo, jadi anak yang soleh, blajar pandai2 ya! Amin....

AQ Eyfa berkata...

Eppy Bday Qayyum..Moga jadi anak yg soleh dan terbaekkk..Sama2 lah berdoa utk Qayyum.Moga lin terus tabah ok.Tiap yg berlaku tersimpan hikmah yg tak tercapai dek akal.

Unknown berkata...

epi besday qayyum..;)

ziana berkata...

happy besday qayyum...semoga panjang umur murah rezeki

yangyuyu berkata...

oo jalan makan angin mana tu

adarnadzmie berkata...

moga qayyum jadi anak yg baik buat mama ok...

My Little Diary berkata...

happy birthday qayyum, semoga menjadi anak yg soleh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...