Hari ini genap setahun selepas kemalangan yang menimpa Firhan Qayyum. Sekejap jer masa berlalu. Masih teriang-iang ketika kejadian itu. Tapi yela...jadikan apa yang berlaku itu pengalaman-pengalaman pahit kehidupan. Sepahit-pahit manjakani..pahit lagi apa yang saya alami.
Maafkan jika coretan ini mengganggu emosi kamu semua. Ianya hanya rintitan hati seorang Mama. Titipan kasih buat anak tersayang Firhan Qayyum.
Walau telah berlalu setahun...setiap kali melihat wajah manisnya..senyumannya..keletahnya..saya tahu ada satu perasaan yang tidak dapat diluahkan oleh Qayyum. Yela...diakan masih kecil..manalah tau nak luah-luah perasaan ni. Paling koman pun..dia nangis je..persis Mama dia...asyik cengeng jek....
Sungguh!!!saya tidak sanggup lihat dia menangis. Biarlah apa orang nak kata. Saya memanjakan dia. Tapi benar! saya tidak sanggup mendengar rintihan dia. Bagai dicucuk-cucuk jauh di sudut hati saya.
Oh! Tuhan...saya tahu..ini baru sekecil kuman Engkau turunkan ujian buat kami sekeluarga. Alhamdulillah. Tidak seperti mereka-mereka diluar sana yang maha hebat ujian mereka. Saya masih ingat ketika saya merintih di surau Hospital Sg Buloh. Seorang ibu turut solat bersebelahan saya. Katanya :
"Adik..ini baru sedikit ujian Allah bagi pada adik. Anak kakak lagi teruk. Dia ada leukimia. Tahap akhir. Sekarang hanya doa-doa kakak yang kakak harapkan agar dia kembali pulih"
Dan masih teriang-iang kata-kata sabahat saya Salleh @ Joga Bonita :
"Anak ko masih hidupkan Alin..ada yang diluar sana mati anak. Lagi teruk dari nasib anak kau"
Ya! Allah..betapa kerdilnya saya disisimu. Cepat berputus asa. Cepat mengeluh. Terlupa bahawa Engkau masih ada. Mendengar cerita kakak dan sahabat saya itu...saya tahu..masih ada yang lagi hebat diduga. Saya tahu Allah menduga supaya saya lebih kuat..lebih dekat padaNya. Saya akur. Pasrah. Redha dengan qada' & qadarnya.
Saya bersyukur..Allah masih bagi nikmat terindah untuk saya bersama-sama Firhan Qayyum. Dan Allah beri kekuatan luar biasa pada Firhan Qayyum.
Doa saya lagi..Ya! Allah..Engkau berikan keajaiban buat anakku Firhan Qayyum. Berikanlah Firhan Qayyum kekuatan agar dapat menghadapi hari-hari mendatang. Amin.
Saya menangis ketika coretan ini ditulis. Saya sedih. Saya cengeng. Maafkan saya.
Alin Marlini : Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan..kata-kata semangat..doa-doa kalian selama ini. Semoga dirahmati & dimurahkan rezeki kalian semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua.
8 ulasan:
Allah turunkan ujian sebab die tahu orang tu mampu tuk terima ujian-Nya..
syukur kak..sebab Allah masih lagi sayang pada kite..
dugaan Allah walopon sekecil selsema atau batuk pon kekadang kita ka mampu hadapi... apatah lagi sebesar itu... rintihan anak kecil yang sakit buat kita tak senang walopon orang lain memujuk untuk menenangkan perasaan kita...
berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
moga Allah berikan ketabahan kepada kita dalam menghadapi setiap dugaan
Moga Qayyum terus membesar dengan sihat dan jadi anak soleh :)
dieyana sedih baca entri ni...
Kuatkan semangat alin..moga qayyum membesar menjadi anak yg soleh dan dia tahu bhw ibunya begitu menyanyanginya
Alin,
Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu.. sebagai seorang ibu, zareene faham perasaan Alin.. Even zareene sendiri pon pernah rasa down sangat2 tahun lepas lepas mengetahui diri ini diuji olehNya... Walaupon sedih, tapi zareene kena redha dan berfikiran positif... Alhamdulillah.. si kecil Shahnaz menunjukkan positive progress... Shahnaz mengidap sejenis metabolic syndrome yg dipanggil hypothyrodism dan jantung berlubang (minor).. Tabahkan hatimu sahabatku, Alin Malini...
sabar ya Alin...kita masih bernasib baik...kadang kadang tengok orang lain lagi hebat nasib mereka diduga...memang kita ibu ni selalu kalau tengok anak anak tak tau kenapa rasa sebak semacam memikirkan nasib dan masa depan anak2...tambah Alin pulak lagi la cepat terasa dengan keadaan anak macam tu...tapi Allah tu maha kaya...disaat anak Alin di timpa kemalangan...dia ada ibu yg kuat utk menjaga dia....
terima kasih semua...terima kasih atas kata2 semangat itu..
Catat Ulasan