KAMU YANG SUKA SAYA

15 Julai 2011

Majlis Pernikahan Murni & Firuz

Majlis pernikahan adik bongsu saya Murni diadakan di rumah mak & abah saya di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh. Majlis diadakan jam 10.00 pagi. Memang agak kelam kabut sikit pasal nikah awal pagi. Yang kelam kabut kakak pengantin ler....hehehehe...tak sempat nak touch-up lebih-lebih.

Seri pengantin baru. Teringat zaman saya nikah dulu. Jantung berdegup sekencang-kencangnya..hanya Allah yang tahu.

Muhammad Firuz Bin Kamil & Murni Binti Matusan..2 hati 2 Cinta = Kuasa Cinta


Alhamdulillah...dengan 2 kali lafaz je..adik bongsu saya sah menjadi isteri orang. Setelah menempuh pelbagai onar duri..akhirnya jalan bahagia masih ada untuknya.

Buat kali terakhir Abah saya menyerahkan anak perempuannya yang bongsu. Saya yang sedih ketika ini..sebab semua anak-anak perempuan Abah dah dipunyai orang lain.

Upacara menyerahkan mas kahwin. Sudah sah mereka sebagai suami isteri.

OMG! i like this moment. Sungguh romantis..sadis..gementar..semua adalah....

Upacara Batal Air Sembahyang. Cinta itu satu anugerah. Tanpa diduga tanpa dipinta...

Saat-saat ini yang amat memilukan hati. Hati seorang mak & abah. Gembira bercampur sedih. Selama 24 tahun adik bongsu saya ditatang..Saya tahu perasaan mak & abah saya ketika ini..saya juga turut merasakan. Semoga kebahagiaan milik mereka berdua. Amin.

Adik ipar bongsu saya adalah anak bongsu. Lagilah mak dia sedihkan...Dua-dua bongsu...

Gambar kami yang tak berapa nak sekeluarga. Abah ntah kemana..hero-hero jugak hilang...

Yang ni pulak atuk hero-hero pun takder...atuk sibuk kat luar layan orang makan. Masa ni Abah dah siap tukar baju lain..hampeh!!

Keluarga belah lelaki dari Pontian, Johor..

I love U!!!


Sila Jangan Senyum. Bekas Pengantin. Nak jugak ....^_^


Doa kakak buat kamu berdua. Semoga kamu berdua akan berbahagia hingga hujung nyawa. Saling jaga antara satu sama lain. Semoga dapat anak-anak yang comel.

Nantikan Majlis Berinai & Bersanding pulak ye....

5 ulasan:

ieda berkata...

selamat pengantin baru...moga bahagia berkekalan.

eni osman berkata...

salam alin...nice wedding...soft color...nampak semuanya tersusun...tak sabar nak tgk kesinambungan dia...alin ni wedding planner ka...

Azian Elias berkata...

cantikknya..baik pengantin maupun kakaknya...

akak mmg teringin nak pegi.. tp hubby ada keja lepas balik dr melaka..

Juwita Afifah berkata...

Wahhh. Canteknya warna tema. Ckp congrats kat dia k. Hhehehe. =D

ziana berkata...

Seperti biasa Pengantin lama yg lebihhh sudaaaa....!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...