KAMU YANG SUKA SAYA

15 Julai 2011

Acara Melapah Sang Lembu

Asalammualaikum w.b.t..Salam Jumaat..Salam 1 Malaysia....
Alhamdulillah..keadaan saya semakin pulih dan kembali sihat. Terima kasih Allah dan terima kasih atas doa kalian jugak. Korang memang terbaikkkkkk!!!!Jauh dimata dekat dihati...

Saya tahu masih ada yang tidak sabar nak melihat gambar-gambar sekitar perkahwinan adik bongsu saya Murni & Firuz. Buat permulaan..mari saya kenalkan anda dengan si dia..
*
*
*
*
*

 Hai...my name is Blacko. I'm from Ijok. Today is my last day. Hope you're enjoy...

 Walau dalam keadaan terharu saya tetap encem kan...

 Saya redha dengan ketentuan hidup saya. Memang begitu riwayat kehidupan mahkluk jenis saya. Saya amat bangga. Itu pengorbanan terbesar buat saya.

 Ye...yang baju biru itu tuan yang beli saya. Terima Kasih Tuan. Semoga rezeki Tuan melimpah ruah selepas ini.

 Akhirnya...

 huhuhuhu...itu ekor saya...


Begitulah riwayat kehidupan sang Lembu..

Majlis gotong royong melapah lembu yang diadakan pada Sabtu pagi. Lembu yang dihadiahkan adik ipar saya untuk mak & abah saya. Begitulah adat orang berkampung. Alhamdulillah..kampung saya Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh..masih mengamalkan gotong royong. Dan itulah kepentingan Majlis Dudukkan Orang. Setiap orang ada kerja masing-masing..tak payah disuruh. 

Makcik-makcik pulak sibuk dengan kupas kentang, potong bawang, potong ayam...saya? Saya..kakak pengantin sudah tentu sibuk dalam rumah. 7 hari 7 malam..kakak pengantin tak duduk diam. Penat beb!
Cuma saya terikir..adakah zaman saya akan datang..masih ada acara gotong royong sebegini?

Korang jangan termuntah pehni akan ada marathon adik bongsu Alin Marlini kahwin.Ngeh!Ngeh!

1 ulasan:

NM02 berkata...

saya suker cara bergotong royong mcm ni. sembang2 gelak2.. seronok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...