Minggu lepas rumah family saya buat Kenduri Dudukkan Orang atau disesetengah tempat panggi Berkampung. Kenaper buat Kenduri Dudukkan Orang? Adakah sebab orang itu tidak pandai duduk?Ngeh!Ngeh!..sebabnya...adik bongsu saya saya nak kahwin minggu hadapan. Jadi..orang-orang kampung perlu dibahagi-bahagikan tugas masing-masing agar perjalanan majlis lancar dan tidak kelam kabut.
Kenduri kali ni buat 3 serangkai sekali..Kenduri Dudukkan Orang, Kenduri Tahlil & Kenduri Kesyukuran Firhan Qayyum.
Pulut Kuning + Rendang Daging. Hasil air tangan saya. Sila Percaya. Niat hati bila Qayyum start boleh berjalan.
Bersama adik-adik pujaan hati saya..
Bersama-sama makcik-makcik saya yang vouge lagi anggun...
Ini Moksu saya. Dia Mak Andam. Sesaper memerlukan khidmat perkahwinan boleh contact saya. hehehe..
Ini Nurul Amirah aka Kak Long. Anak belaan mak saya sedari usia 2 bulan. Sampai ke besar masih mengingati mak saya.
Ini rumah mak saya di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor.
Yang itu pulak..Encik Suami saya...
Yang ini anak sedara saya. Nazmi namanya. Usia 18 tahun. Manis kan?
Hah....yang ini pulak anak buah kesayangan. Budak paling noti..tapi comel..
Adik-adik kesayangan saya. Dunia akhirat. Love u..yang bongsu dah nak kawin..siap tanya..kalau dah kahwin dia akan dapat duit raya lagi ker? Mesti dapat..dah adik 2 kerat tu jek..
Alhamdulillah..masing-masing dah boleh duduk..hehehehe..sekarang tengah sibuk ngan persiapan akhir jek. Insyaallah..anda semua akan dijemput.
Alin Marlini : 2 minggu ini akan kurang sikit entri atau blogwalking dari saya..al-maklum..bz skit...
Alin Marlini : 2 minggu ini akan kurang sikit entri atau blogwalking dari saya..al-maklum..bz skit...
9 ulasan:
assalam,
first time dgr kenduri dudukkan orang, memang masyarakat negara kita kaya dgn pelbagai budaya....
Assalamualaikum Alin
selalu juga lalu lalang kat paya jaras tu..
Wassalam
1st time dgr istilah ni...
"Kenduri Dudukkan Orang"
harap semuanya berjalan lancar..
seronok bila berkenduri2 mcmni.. :)
tp uolls adik-beradik muka lain2
selamat pengantin baru utk adek akak :)
kat kg kami panggil 'kenduri mesyuarat' kehkeh...
kalau adik nk kawen, biasanya kakak ler yg plg sibuk...... selamat bekerja ;)
salam alin...first time dgr nama kenduri dudukkan org...kalau kat sini kita pagi `mesyuarat'.lepas tu kalau hari ni gotong royong utk kenduri esok...hari ni kita buat makan makan...kita panggil `nasi sorok'....tapi jarang dah jumpa...byk yg pakai catering..dan tempah tempah saja...kenduri pun byk yg buat kat dewan...teringin nak rasa kenduri kat kg alin...he he.XOXO...
alo x dpt dtg tgk moon kawin...bday aaron same date ngan moon kawin lak tu.Semoge sume bjln ngan lancar ye
First time dengar nama kenduri dudukkan orang...Mula mula ingat pasal baby dah pandai duduk...hi hi hi silap ye.
Catat Ulasan