KAMU YANG SUKA SAYA

05 Mei 2011

Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah

Assalamualaikum..Selamat Sejahtera...Selamat Pagi semua...

Korang pernah tak disogokkan dengan citer Hantu Kum-Kum atau Hantu Purdah. Kalau tidak silap aku kisah seorang perempuan yang mahu kecantikan abadi. Kisah seorang perempuan yang menuntut ilmu hitam. Kata mereka..disebabkan perempuan ini melanggar peraturan untuk kelihatan cantik lagi menarik adalah "Dilarang Melihat Cermin" akan tetapi perempuan yang memang tidak pernah bersyukur dengan ciptaan Illahi itu ingkar. Maka wajahnya yang memang sempurna itu berubah menjadi sehodoh-hodohnya. Kata mereka lagi..untuk merubah semula wajahnya ke asal..perempuan itu harus menghisap darah seramai 99 orang anak dara sunti. Ish!ish! mana nak cari 99 orang anak dara sunti ni...(hehehe..iklan jap).

Kata mereka lagi..bagi mengelakkan orang ramai melihat dan jijik melihat kehodohan wajah perempuan itu..dia harus pakai purdah...dah jadi arkam..hehehehe..Bagi melaksanakan niat jahat dia akan merayap-rayap pada dingin malam mencari anak-anak dara sunti. Tika tu mesti anak-anak dara takut nak keluar rumah kot termasuk aku...hehehehe..Dia akan mencari mangsa dari satu negeri ke satu negeri dengan menaiki kereta Kancil merah..masa tu kereta kancil tengah glamer.

Cerita ini sangat glamer pada tahun 1996-1997. Masa tu aku baru lepas SPM dan buat part time at Pos Malaysia. Kerja shif pulak tu..bila balik naik komuter ramai-ramai ngan kawan-kawan. Sangat seronok..tapi takut bila citer Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah. Siap jerit-jerit dalam train sebab yang konon-kononnya Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah naik komuter..kelakarkan?

Tapi masa tu..seingat aku..tak pernah pulak dengar anak dara sunti mati kena hisab darah dek Hantu Kum-Kum a.k.a Hantu Purdah..ngeh..ngeh..ngeh..Korang pernah dengar tak?

Kalau korang nak tahu ending of this story..korang saksikanlah sendiri dalam Kum-Kum The Series kat Astro 104 setiap Selasa, jam 10.00 malam. Ngeh!Ngeh!Ngeh!....


Alin Marlini : Cerita-cerita hantu ni tidak pernah ada kesudahanya. Sudahnya...manusia yang selalu jadi hantu.

 

15 ulasan:

biruVSpink berkata...

tak pernah tengok cerita hantu...takut walaupun bukan hantu sebenar ;p

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

terlampau banyak la cter seram kat malaysia sekarnag ni kak.. nak nengok pon malas kadang2 sebab jalan ceritanye sume lebih kurang sama jerk :(

zahidah dihaz berkata...

pernah gak dengar story pasal hantu kum kum ni...sekarang ni ramai je anak dara merayau malam2....tapi hantu kum kum mesti tak heran...



New Entry: Emilio Valentino

Fieza79 berkata...

byk sgt kan citer hantu kat tv skrg ni..fieza tk suka sgt tgk..sbb nnt nk gi bilik air pun kena ajak org teman kan hehee...

Azian Elias berkata...

akak tak suka tgk cite hantu.. sakit jantung..

munna berkata...

MUNNA INGAT LAGI CITER NI ...MMG GLAMER GILA MASA TU ...PUNYALAH TAKUT MASA TU..ASAL NAMPAK JE KANCIL MERAH KECUT PEROT

qellissa berkata...

sekarang ni mcm2 citer hantu keluar.takut kalau tgk hantu2 ni tp nak gak tgk wlupon takut..hahaha

Tanpa Nama berkata...

kalau mimpi kena kejar hantu, maksudnya kitalah hantu tu..haha!

tapi seram jugak bila mimpi momok2 ni..rasa mcm taknak tidor..haish!

Kak Amy berkata...

sekarang nie macam2 cite seram ada , amy x tengok pun sebab x berapa berani hehehehe...

Sofya berkata...

tapi bagus gak dulu anak2 gadis takut hantu kum2 jadi tak keluar malam.. tapi zaman skrg dah terbalik la..

Akak Kembang berkata...

hehehehehe..budak2 sekarang mana nak takut hantu lagi...

Misz-ella berkata...

zmn kakchik kecik2 dulu, cukup takut kat hantu kum kum ni. asal org bagi salam je takut. huhu

PinKy MoMMa berkata...

citer hantu suka tgk tapi tak de keberanian walaupun ada sesetengah org kata x seram..uihhh xboleh2.. ;)

Unknown berkata...

tak pernah tgk pulak cerita ni..nampak menarik ni..kena tengok :)

dhiera berkata...

oo..hantu kum kum 2 aka hantu purdah ke?baru tahu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...