KAMU YANG SUKA SAYA

18 Mac 2011

Qayyum dah boleh berjalan???

Selasa lepas pergi appoinment Firhan Qayyum kat PPUM. Hari ni kaki Qayyum akan di x-tray tanpa simen. Luka pada kakinya makin sembuh. Alhamdulillah.

Seperti biasa, Encik Suami yang akan masuk bilik doktor..dan sila percaya..aku tidak pernah masuk bersama untuk jumpa doktor. Aku penakut ok. Aku tidak berani. Aku lemah.

Keputusan hari ini...doktor kata..kaki Qayyum tidak memerlukan simen lagi. Doktor kata lagi..Qayyum dah boleh praktis menapak. Tapi macam biasa aku yang risau lebih. Boleh ke? Ok ke?

Ya!Allah..permudahkanlah perjalanan baru Firhan Qayyum. Kasihanilah insan kecil itu. Kuatkan semangat Firhan Qayyum.

Seperti biasa juga..Encik Suamilah yang banyak membantu memberi semangat. Tanpa Encik Suami..patah semangat aku..


12 ulasan:

Misz-ella berkata...

Moga Qayyum diberi kekuatan oleh Allah SWT.

julia berkata...

julia doakn adik qayyum blh jln cm biase.Kuat kn smangat ye k.lin.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

huhu.. bagos la cm tu.. hope cepat la sembuh kn :)

Nieza Ishak berkata...

alhamdulillah ..

insyaallah tak lama lagik sehat dah qayyumn boleh berlari main bola ;)

tim_fs berkata...

insyaallah berkat doa ibu sgt mujarab..doa byk2 insyaallah Allah permudahkan..

Unknown berkata...

alhamdulillah..leh la main dgn akk nnti...ehhehe

zahidah dihaz berkata...

semoga qayyum cepat sembuh...



New Entry: Temubual Cikgu Shida bersama Hot.fm

erieyain berkata...

akak qayyum nih nape kak??ain kan baru kenal blog akak nih...;)tuh yg xtau..

munna berkata...

Alhamdulillah.... semoga Qayyum boleh jalan dan berlari macam biasa dgn cepatnya

atuk berkata...

Assalamualaikum Alin

Alhamdulillah
moga dipermudahkan

Wassalam

Akak Kembang berkata...

terima kasih kengkawan. Semoga dipermudahkan. Tak sabar nak lihat dia berlari-larian..dah 5 bulan tak berjalan.

Erieyin : Kaki masuk dlm rim motor sayang...kalau rajin pi label Firhan Qayyum..

Nor Suhaiza berkata...

bru selesai bca kisah qayyum..erm..hope qayyum kmbali mcm biasa..kpd k.lin, semoga tabah.ini dugaan..mgkin ada hikmah..take care kak..kim salam pada qayyum n balqis...
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...