Rentetan lepas balik dari PPUM...Qayyum ajak aku ke KLCC. Tapi memandangkan cuaca tidak enak dan jalan jam plak..aku pujuk Qayyum pergi One Utama. Dia tarik muka masam. Bila aku cakap kita tengok wayang..baru senyum sampai ke telinga. Kesian Qayyum dan Balqis. Dah lama dia nak tengok wayang..aku bukan takmo bawak...tapi kan Qayyum kena pakai wheel chair...susah untuk bergerak. Rupa-rupanya ada kemudahan untuk orang yang pakai wheel chair kat GSC. Siap ada lif lagi.
Qayyum dah booking citer ni..
Dalam banyak-banyak citer katon..citer Rango ni jugak yang dia berkenan. Puas sogok tak jalan jugak. Akhirnya Mama mengalah..
Kalau tak kerana suara Johnny Deep digunakan untuk watak Rango tu..aku pun kureng nak tengok sangat Rango ni...sib baik ada Johnny Deep..bagi can kat Qayyumlah...
Kalau kena bagi 5 bintang. Aku bagi 3 bintang jek untuk filem Katon ni. Kira oklah...tapi kekadang aku rasa cam tak sesuai pulak untuk budak2 kecik ni. Aku geli sebenarnya tengok watak2 binatang dalam Rango ni. Sib baik tak ngandong.
Cinta hati saya ^_^
7 ulasan:
mcm kakak dgn adik2 je alin dgn anak2..hehee kita sama badan saiz kecik..tanak besor2 daahh..hahaa
Assalamualaikum Alin
happy qayyum
Alhamdulillah
Wassalam
Fieza : betul3x..belum ms nak besar lg kot..hehehe
Abg Rozali : tulah..mmg hati berbunga2 bl lihat dia gelak ketawa
kak alin nampak muda lah..hehe..apa rahsia..=)
MJ : Muda....hehehehe...gelak selalu kot...
Akak tengok alin dan anak2 macam kakak & adik je..
Assalam Alin,
seronoknya dpt gi wayang. Muka anak dara awak mcm awak sebijik.
Catat Ulasan