KAMU YANG SUKA SAYA

07 Februari 2011

Pengumpul Novel

Hari tu masa kemas-kemas rumah..jumpa balik buku-buku novel yang aku bela selama ni. Tapi sayang...ada lagi yang hilang. Memang aku suka baca n kumpul novel. Dari zaman sekolah-sekolah lagi. Minah jiwanglah katakan!!!!

Ada orang kata...tak rugi ker beli mahal-mahal. Baca sekali jek. Tapi bagi aku..bila kita dah minat tak kisah semua tu. Aku pun bukannya selalu sangat beli. Tengok jugak..sebulan sekali ker..pernah setahun sekali jek...ekonomi gawat..:)


Nilah sebahagian buku-buku novel simpanan aku. Feveret novelis aku adalah Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Sri Diah dan yang terlatest Siti Rosmizah. Bilalah agaknya Siti Rosmizah ni nak buat novel baru..aku tertunggu ni..3 novel dia yang lepas semua aku dah pulun. Aku bangga ngan dia dari seorang peguam (mentang-mentanglah keje ngan peguam)..dah jadi novelis. Bilalah clerk cabuk peguam ni nak jadi novelis plak kan? Ngeh..ngeh..ayat pun tunggang langgang..mau menulis kunun. Tapi sungguh! Itu cita-cita aku masa sekolah dulu.


Aku juga minat baca novel omputih. Buku ni beli yang secondhand jek kat CM. Kedai Uncle Maplay tu. Macam-macam ada. Semua murah2. Dah lama tak pi CM..CM tu Central Market. Kalau korang nak tau..kalau aku baca buku novel omputih ni..makan bulan jugak nak habih banding novel melayu..satu hari pun boleh habis. Siap bawak kamus lagi tau..dan aku malu nak bagi pinjam kat orang novel omputih ni pasal penuh substitle kat buku tu...:)

Bilalah agaknya aku nak buat entry dalam bahasa inggeriskan? Mesti korang tobat taknak baca punyer...

Sekarang ni tengah buat budget untuk simpan buku-buku ni plak. Nak beli rak buku plak...cam idaman aku tu...

5 ulasan:

Fieza79 berkata...

oo peminat novel rupa nya...kfieza mnat juga baca novel masa zaman remaja dl..tu pun main pinjam je kwn punya..hehe

sue berkata...

Emm....kita serupa..peminat novel.Heee...:)

AYIE berkata...

hahaha..
same la kite..!
dua2 pulun.. malay & english..
tp english tu slow sikit la sebab mahal bbanding novel mlayu..
leh je awak nk jd novelis..
stakat novel ringan2 tu x payah ayat2 bombastik pn xpe..
bukan nk tulis novel ala2 a. samad said @ shahnon ahmad pun kan.. :)
x payah malu2 nk bukak kamus..
nk blaja xperlu rse malu..
lg bagus dpd buat2 phm.. ^^
feveret sy- melayu: ramlee awang murshid, english-stephen king~

.: iEyLa :. berkata...

u know what kak???
i lovveee that novel.."manisnye cinta"
erm..kisah pilot yg low profile..hehe

Alin Marlini berkata...

Fieza, Sue, Eiyla : sangat suker :)
Ayie : insyaallah ...tp tak dpt jd novelis dpt jadi penulis blog pun ok...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...