KAMU YANG SUKA SAYA

06 Februari 2011

Landskap : Rumput Carpet

Projek tanam rumput carpet.

Dah lama Qayyum minta tanam rumput halussss....ni kat laman kami. Dah tertunai permintaan dia. Alhamdulillah. Nak tanam sendiri tak berapa nak konpiden plak..kang tak pasal-pasal mati plak rumput tu. Dah tambah budget plak. So, dah decide pi cari si tukang tanam rumput. Setelah di suggest oleh sahabat baikku Puan Lily..Encik Suami terus pegi jumpa Kak Salmah Nursery kat Saujana Utama ni. Semua urusan kami serah pada dia..malas mau pening-pening kepala.

Pukul 9.00 pagi Kak Salmah ni dah antar pekerja-pekerja dia. Kerja-kerja mencangkul rumput rampai aku yang sedia ada. Kasi clear dulu...
Selesai proses mencangkul rumput rampai. Sudah clear...

Proses tambak tanah pulak. Macam senang jek kejenye kan? Kasi rata satu laman.
Okay..sekarang proses menanam rumput carpet plak...lagi macam senang. 
Kita minum dulu. Aku dah biasa...kalau orang datang buat keje kena buat air. Mak yang ajar. Biar dia semangat sikit buat kerja. Biar dia tak buat alakadar jek. Biar dia tahu kita hargai dia buat kerja. Baru hati gembira buat kerja. Jemput minum!
Inilah hasilnya proses tanam rumput carpet di laman rumah aku. Tak sampai setengah hari dah siap. Kos tanam rumput carpet RM500 setelah bodek-bodek tokey dapatlah diskaun sikit. Wink!Wink! 
Aku dah tahu dah camner dorang ni tanam rumput carpet. Senang jek. Lepas ni bolehlah tanam sendiri..kah!kah!kah!

9 ulasan:

Yan berkata...

Murahnya.. Nanti boleh lah akak contact. nak ganti rumput kat laman akak ni.

norh berkata...

makin berseri la halaman ye..macam murah ja 500 tu :)

kasihredha berkata...

Dulu suami akak tanam sendiri...buat sikit2.

Rozali berkata...

Assalamualaikum Alin

boleh Alin tolong tanam rumput kat rumah saya pulak kannn

rumput baru moga bertambah ceria kehidupan sekeluarga

Wassalam

Anne berkata...

bestnyer laman ada carpet grass..rumah Anne takder laman..susah tak nak menten rumput ni?

Sofya berkata...

wah! dah cantik umah dia...

azaflower berkata...

cantik taman...rumah saya pun rumput carpet tanam sendiri hehehe..kalau upah mau rm5000++.

penyu berkata...

bagus2 ni beri idea kat gua ni...tima kaseh

Ujang9897 berkata...

nk buat sendiri ler...=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...