Ada beberapa perkara yang menggembirakan hati aku.
Gembira kerana hari ini Hari Selasa. 1 Feruari 2011. Hari Cuti. Hari Wilayah Persekutuan. Boleh tidur sepuas-puasnya. Boleh makan..pehtu sambung tidur lagi...kikiki..rasa Gembira kan?
Seronok dapat duduk rumah sendiri walaupun hampir 6 bulan kami dapat kunci. Sangat bahagia dapat tinggal bersama-sama orang2 yang kita sayangi. Bukan bermakna gembira meninggalkan rumah Mak & Abah yang hampir 32 tahun aku dilahirkan dan dibesarkan disana sampai anak2 pun membesar dirumah Nenek & Atuk mereka. Sedih sebenarnya...rindu juga pada Mak & Abah dan adik kecikku. Aku tidak biasa sebenarnya berpisah dengan mereka. Tapi aku juga mahu berdikari walaupun cuma untuk seminggu ini...hahahaha...Dah opis bagi cuti seminggu...balik rumah..kemas rumah..cat rumah..Gembira kan?^-^
Bertambah Gembira bila dapat bawak adik Qayyum berjalan-jalan. Dia rasa bahagia dan aku juga rasa bahagia. Terpaksa lebih berhati-hati sebab takut orang ramai tersinggung kaki dia. Nanti tak pasal-pasal dia meraung kesakitan...dan mungkin tanggapan orang ramai..Dah tahu anak sakit buatper bawak jalan. Hello!!!!!apa salahnya bawak dia keluar...takkan nak terperap kat rumah jek. Nanti minda dia terbatas..tak tengok dunia luar. Tak salahkan jika aku buat anakku Gembira?
Aku Gembira bila dapat beli barang-barang yang memang aku kepinginkan di IKEA. Walaupun makan masa lama untuk dapat...tapi aku rasa Gembira...akhirnya dapat jugak.
Rasa Gembira bila tengok akaun nuffnang semakin minggu semakin bertambah walaupun tak pernah cash out setelah 2 tahun berblogging..sebab tak cecah limit yang dibenarkan. Gembirakah? Kah..kah..kah..itulah akibatnya bila sangat malas berkarya..:) Tapi sekarang dah mula berkarya...tak sabar tak tunggu cecah 50 henggetkan?
Seronok jugak dapat kawan-kawan dan bos-bos yang sangat baik hati & sporting. Memang kadangkala aku ni yang sangat sensitif ni sakit hati ngan dorang tu tapi diorang menggembirakan aku. Jujur. Bila pergi kerja....rasa happy...takdelah stress sangat....tension pun kekadang...bila kerja datang bertimbun tetiba memang buat spoil mood jek..Gembira sangat dapat kerja ngan Team yang sporting (kekadanglah)...Gembira jugak bila dapat 'ngombrol-ngombrol' bersama teman-teman dalam FB. Walaupun tidak bersua muka tapi dengan ayat-ayat dapat menggembirakan hati ini. Oh ya!!gembira juga bila aku add mereka-mereka dalam blog ini sebagai sahabat FB. Sangat bila mereka-mereka accept request.Gembirakan?
Aku Gembira bila lihat tarikh luput pasport 1 July 2012. Tarikh akhir boleh guna adalah January 2012. Jadi....tahun ini masih boleh berjimba-jimba ke luar negara. Kemana ek jika duit hanya cukup2 makan jek???Naik tongkang boleh barangkali..takkan nak pergi Korea naik tongkang?Ada ker? Jika ada sila bagitau aku..aku mau pergi..ngeh..ngeh..ngeh..tapi yang pasti Mac ini akan menggembirakan hati aku.....
Hidup lebih Gembira lagi bila kerja keras kita selama ini terbalaskan? Selama ini ada jugak kata-kata sinis dan sindiran yang aku terima. Sakit hatikan? Memanglah sakit hati..tapi aku diamkan aje...Dan penghujung cerita aku yang terima habuan.Sangat berbaloikan?
Sekian..Gembira untuk hari Selasa. Semoga hari-hari aku Gembira. Aku bersyukur dengan Allah atas kurniaan Dia. Aku pasti hanya dia yang mengetahui mengapa Dia memberi aku sedikit Gembira...kerana sebelum ini aku banyak bersedih. Aku yakin inilah Hikmahnya dan mungkin ada lagi. InsyaAllah.Cuma aku pinta padaNya..Tolong Ingatkan Aku...Tolong Jangan Lalaikan Aku lagi..sebagai manusia tidak pernah lari dari disesatkan. Moga-moga dikuatkan Imanku ini. Dan aku bersyukur seadanya.Terima kasih Allah.Amin.
6 ulasan:
gembira nya...tumpang kegembiraan itu...hehe
hehe...sonok plak baca en3 org happy...
sonok lg kalo selangor pon cuti cam wilayah..ngeh3...
Assalamualaikum Alin
moga kecerian itu berterusan
Insyaallah
Wassalam
ada apa dengan Mac? berjalan2 lagi ya..
jadi gembira bila baca entry orang tgh gembira ni.. mmg lebih seronok klu tinggal rumah sendiri kan..
selamat bercuti...
senyum selalu :)
Catat Ulasan